06 June 2016

Berbuka Puasa di Tony Roma's Mahkota Prade




Mesti korang macam blur hendak makan waktu berbuka puasa. Kak Z pilih untuk berbuka di Tony Roma's Mahkota Prade. Secara kebetulan ada voucher RM100.00 boleh lah di gunakan. Sekarang Tony Roma's sedang buat promosi beli 2 dapat percuma 1. Jimat-jimat..






Hanif, Haris dan Hanis pilih burger. Besar betul burger daging ni. Kenyang sampai sahur. Ada chips. Puas hati. Orang tua-tua kata keneneng perut. Abang dan Momee makan Fish and Chips. Kenyang jugalah untuk mak dia. Abang dia kenyang sebab kecil. Di sebabkan adik hanis tak larat hendak habiskan burger dia. Abang hakim kena habiskan.




Kami minum air kosong aje. Jimat cermat...haa. Secara keseluruhan kak Z puas hati dengan makanan di Tony Roma's ini. Cuma layanan dari pekerja kurang memuaskan. Mungkin kami hanya pakai selipar jepun dan pilih makanan yang paling murah. Pandangan terhadap kami mungkin ada sikit low class. Ada pekerja mempersoalkan dari mana Kak Z dapat voucher RM100.00 Tiny Roma's. Sepatutnya ini tidak berlaku. Sebab kami datang bukan sebab kami tidak berduit. Boleh aje hendak bayar dan makan lebih mahal. Anak-anak kak z tak makan. Dari membazir baik makan apa yang mereka suka walaupun murah. Voucher itu adalah perberian Tony Roma's bukan curi. Kalau kak z beri voucher itu sebagai gift away macam mana? Mungkin kesian penerima tersebut bila dipersoalkan begitu. Diharapkan pihak berkenaan dapat melatih pekerja dengan lebih baik lagi.

Ok bai

Ramada Plaza Melaka..Balik Kampung Dinner


Dalam bulan puasa pasti ramai mencari tempat untuk berbuka puasa yang sedap dan menarik. Ramada Plaza Melaka menawarkan sesuatu yang menarik di bulan ramadan ini bertajuk Balik Kampung Dinner. Balik Kmapung Dinner menawarkan pelbagai masakan kampung. Gulai Kawah antara yang wajib. ada gerai BBQ, Signature Whole Lamb Biryani, Durian Roti Canai, Roti John, Ulam Kerabu, Fruits Galore dan Shawarma. Semua masakan  ini adalah gabungan masakan India, Melayu dan Cina. Para tetamu akan di hiburkan dengan persembahan Ghazal.

Harga 

RM90.00 nett (dewasa)
RM55.00 nett (kanak-kanak)

Untuk Tempahan sila hubungi:-

Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
 Tel   +6 06 284 8888.


Ramada Plaza Melaka..Citarasa Malaysia Gala Dinner Bersama NowSeeHeart



Ramada Plaza Melaka akan mengadakan Citarasa Malaysia Gala Dinner pada 23hb June 2016. Gala Dinner akan di meraihkan lagi dengan kehadiran kumpulan NowSeeHeart  akan mebuat persembahan sempena bulan Ramadan ini. 

Sempena Ramadan ini, pihak hotel akan meraikan anak-anak yatim di Negeri Melaka. Pelbagai acara akan dijalankan bagi memeriahkan majlis. Terdapat juga cabutan bertuah kepada yang datang. jomm ramai-ramai memeriah majlis ini.

Harga 

RM108.00 nett (dewasa)
RM68.00 nett (kanak-kanak)

potongan 15% jika menempah sebelum 15hb Jun 2016

Untuk Tempahan sila hubungi:-

Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
 Tel   +6 06 284 8888.




Bercuti dalam negeri...Bermalam di Ramada Plaza Hotel Melaka

Rancang cuti sekolah kali ini hendak ke Bangkok menaiki keretapi. Rancangan tinggal angan-angan. Sebab anak-anak ada aktiviti lain. Macam mana pun kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Cuti dalam negeri sahaja lah anak-anak. Dalam seminggu 4 hotel kami tidur. Syiok sungguh. Mula-mula A Famosa Resort, kemudian di The Straits Hotel and Suites. Kali ini di Ramada Plaza Melaka.


Kak Z dah banyak kali ke hotel ini atas urusan kerja. Tapi tidak bermalam. Bila budak-budak cuti sekolah apa lagi bermalamlah disini. Hotel Ramada Plaza Melaka adalah hotel 5 bintang yang terkenal di negeri Melaka. Kalau sebut pasal hotel Ramada ramai yang tahu. Bila masuk sahaja kita akan di tegur dengan mesra oleh pertugas hotel.
Lampu hiasan yang cantik. Terpegun Kak Z...



Kami duduk di bilik deluxe. Katil king muat 4 orang. Lagi sorang tidur atas sofa bed. Pastinya abang hakim lah. Si kembar dan adik sukalah. Dengar diaorang cakap. Best lah bilik ini besar. Buka TV tetiba ada nama Azura. Welcome note dari hotel. Rasanya diaorang belum pernah jumpa macam ini. Maknanya korang belum habis buat lawatan hotel-hotel di Malaysia. Lepas ini korang siap-siap, satu Malaya kita jalan.




Semua kelengkap cukup. Selesa dan bersih. Kalau selesa dan bersih orang akan bercakap dimana-mana. Masuk jer anak-anak test katil. Katil pun pass. Best untuk tidur. Kemudian check bilik air. Compom bersih. Air corndition sejuk. Malam boleh tidur yang  menyebabkan telajak subuh. Tapi telajak sebab dah set alarm..hii





Anak-anak Kak z, kesukaan diaorang ialah mandi swimming pool. Swimming pool di tingkat 9. Ada kolam dewasa dan ada kolam kanak-kanak. Kak z tidak risau sangat sebab ada lifeguard yang memerhatikan diaorang. Kak z buat kerja dalam hotel. Anak-anak mandi di swimming pool. Boleh Nampak Kg Morten  dari kawasan swimming pool ni. Bersih dan luas. Kanak-kanak boleh lari keliling kolam. Setiap hari Ahad, pukul 5.00petang hotel ini mengadakan kelas renang dengan bayaran RM50.00 sebulan. Lepas ini Kak z hendak hantar adik sebab dia tidak pandai berenang. Abang-abang dia tak payah cakap kedalam 9 kaki swimming pool lepas dia orang teroka. Belajar denga Pak ngah masa duduk Kuala Lumpur dulu.

Makanan mudah hendak cari di hotel ini. Sebab ada 3 restoran yang korang boleh pilih untuk makan.
  1. Restoran Zest
  2. Long Feng Chinese Causine
  3. Olio Itali Restaurant

1. Zest Restoran Ramada Plaza Melaka




Di Zest Restoran kita boleh menikmati buffet sarapan pagi, buffet makan tengahari dan buffet makan malam. Anda juga boleh memilih makan secara ala carte. Di restoran ini menyediakan makanan Melayu, Cina, India dan barat. Semua ini disediakan secara segar dari dapur Zest sendiri. Kita puas hati. Boleh makan sampai kenyang.








2. Long Feng Chinese Restorant 

Di Long Feng anda boleh makan dim sum. Sedap Dim sum di sini. Dari hari Selasa hingga Jumaat terdapat set dimsum secara ala carte dari pukul 11.00 pagi -2.30 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad sarapan dimsum secara buffet. Dari 8.00 pagi -12.00 tengahari. Makan sampai kenyang.











3. Olio Restaurant

Kalau terasa hendak makan Itali boleh ke Olio Restaurant. Di sini anda boleh makan pizza, spaghetti, ravioli atau panacota yang sedap. Semua kak z dah cuba. Bukan cakap mohong. Semua sedap. Bukan sebab buat review. Tapi sebab sedaplah.










Layanan para petugas Marcom, petugas hotel, petugas restoran dan housekeeping semua best. Masa Kak z duduk sanalah. Tapi kalau masa korang datang ada masalah, Kak z minta maaf sebab kak z cakap best, korang kata tak best. Semua ramah menyapa kak z, mungkin sebab dah kenal. Kak z suka hotel ini. Ada juga hotel yang kak z tak suka kalau kak z menginap di hotel itu sana. Tapi kak z tak cerita. Malas nak tulis..hii.

Apa pun terpulang pada pandangan dan pilihan masing-masing. Kak z tulis berdasarkan pengalaman menginap di Ramada Plaza Melaka. Hotel ini memang best sebab mereka betul menjaga quality service dan nama baik hotel.


Untuk maklumat anda boleh menghubungi:-

Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
 Tel   +6 06 284 8888.

Untuk tempahan boleh di lakukan secara online http://www.ramadaplazamelaka.com/


 Room Price

Premier  Room ( without breakfast)
Weekday - RM270.00++
Weekend - RM320.00++

Executive Deluxe (without breakfast)
Weekday - RM320.00++
Weekend - RM3370.00++

Junior Suite ( without breakfast)
Weekday - RM370.00++
Weekend - RM420.00++

Club Room ( with breakfast for 2)
Weekday - RM500.00++

Weekend - RM550.00++

Presidential Suite - untuk tempahan boleh menghubungi pihak hotel untuk keterangan lanjut.

#Sarapan boleh di tambah dengan RM25.00++ seorang.


Zest Restaurant

1.Sarapan Pagi

RM49.00 nett (dewasa)
RM33.00 nett (kanak-Kanak)

2. Buffet Makan Tengahari

RM65.00 nett (dewasa)
RM41.00 nett (kanak-Kanak)

3. 'International' Buffet Makan Malam

RM80.00 nett (dewasa)
RM53.00 nett (kanak-Kanak)

4. Thursday Barbeque Buffet Dinner

RM96.00 nett (dewasa)
RM65.00 nett (kanak-Kanak)

5. Jumaat dan Sabtu Seafood Buffet Dinner

RM108.00 nett (dewasa)
RM65.00 nett (kanak-Kanak)

(Harga termasuk 10% charge perkhidmatan dan 6% GST)


Long Feng Restaurant

1. Weekend Buffet Dim Sum
8.00am-2.30pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

RM53.00 nett (dewasa)
RM33.00nett (kanak-kanak)

2. All you Can Eat Dim Sum Set Lunch

8.00am-2.30pm

Setiap hari kecuali Isnin

RM38.00 nett (dewasa)
RM23.00nett (kanak-kanak)

(Harga termasuk 10% charge perkhidmatan dan 6% GST)

Entertainment &Restaurants
  1. Famosa Lounge 
  2. Zest Restaurant 
  3. Olio Restaurant 
  4. Long Feng Restaurant
  5. Melaka Garden Poolside 
  6. Sport and Recreations
  7. Fitness Centre
  8. Swimming pool 
ok bai




SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...