13 September 2015

Cara menyimpan cream cheese

Cream cheese jika dibuka tidak boleh tahan. Jika kita simpan dalam peti sejuk cream cheese mudah berkulat. Masalah timbul jika kita hanya mengunak separuh sahaja cream cheese tersebut.Tetapi cream cheese boleh tahan lama dalam peti sejuk jika simpan dengan cara yang betul.




Simpan cream cheese dalam plastik





Ikat tanpa ada ruang udara

Caranya ialah simpang cream cheese dalam plastik bersih belum digunakan. Kemudian ikat dengan getah. Cara ini di ajar oleh Mamazieza Hassan, salah seorang guru roti akak. Tetapi diubah suai sedikit olah akak sesuai dengan keadaan.

Cream cheese selepas di ikat disimpan didalam peti sejuk. Bukan di bahagian freezer tetapi bahagian tengah yg menyimpan yogurt atau marjerin. Jika simpan di bahagian freezer. Cream cheese akan berketul sebab terlalu beku. Apabila defrost quantity air akan terasing dari cheese sebab itu cheese akan berketul

Selamat mencuba

Ok bai

Orang berbaju putih

Masjid tanah-lubuk china-batu hampar-rembau-simpang ampat-padang kambing-jumpa hantu-masjid tanah

2 minggu lepas ada buat delivery ke Rembau. Waktu penghantaran ialah 6.30ptg. Sampai di rembau kul 7.30ptg. Lepas sekejap balik semula ke Masjid tanah. Ikut laluan rembai - Chengkau pula. Sampai simpang ampat dalam pukul 9.00mlm bawa slow malam-malam jarak penglihatan akak kurang sikit.

Simpang ampat-padang kambing.. masa dalam perjalanan ini adik cakap momee ada orang tahan nak tompang kereta kita. Haaisshh dalam hati kata apalah budak ni bising lah pula. Mak dia diam tak jawab

Mak sudah nampak. Tapi diam dalam hati baca jer ayat kursi. Bawa laju boleh tahan untuk lepaskan objek tu. Objek tu macam orang pakai warna putih tahan kereta. Orang atau hantu. Tidak pasti. Berdiri tepi jalan.. seram lah juga. Si abang ada tapi dia tak perasan. Dah jauh baru tanya abang ada nampak orang pakai baji putih berdiri tepi jalan ke tidak tadi. Tak de pun pun momee. Maknanya dia tak nampak adik sahaja yang nampak..

Apakah itu?

Tidak pasti ..biarlah..

Kalau cerita dengan kakak mesti dia kata kenapa lah benda ni suka sangat dengan ko.. tiada jawapan yang tepat untuk di bagi. Sebab selalu sangat nampak dan jumpa..huuuu...spesis apa lah aku ini?

Pernah tanya orang pandai-pandai. Jawapannya ko tu baik. Sebab tu benda ni suka. Benda-benda ni suka orang baik-baik. Ia ye ke?

Gelak jap

Ok bai

Naik ERL

Budak-budak ni dah request lama nak try naik ERL. Selalu dengar mak cerita laju. Tapi tak selaju keretapi laju jepun lah.



Abang hakim dalam ERL




Hanif dengan muka hendak tahu




Haris memandang keluar menikmati kelajuan train

Teruja diaorang sebab selalu naik komuter, keretapi biasa, star atau lrt. Haris macam tidak percaya dari TBS ke KL sentral hanya 10 min. Harga tiket berbaloi lah dengan kelajuan dan kepantasannya. Kami berlima harga tiket RM14.40. Hanif, Haris dan Hanis, mak dia beli tiket kanak-kanak...hiiii

Kalau kita hendak ke KLIA. Rasanya ERL lebih effective dari segi masa dan cost. ERL boleh sampai ke KLIA 2 juga tau. Kenapa effective dari segi masa dan kos. Masa untuk sampai ke KLIA dari KL Sentral hanya 25min-30min. jem yang memang terkenal di kuala lumpur. Jika dengan kereta lebih kurang 1 -1 1/2 jam. Kos pula ialah jimat duit minyak, toll dan parking. Betul tak?

Ok bai

Suka pergi supermarket awal pagi

Akak suka pergi tolong buka pintu supermarket waktu pagi. Kenapa?
Supermarket dekat sahaja dengan rumah. Boleh nampak dari rumah banyak kereta atau tidak. Supermarket dekat ni namanya Family Store. Tiap-tiap hari penuh orang. Sebab murah. Orang kalau berniaga mesti datang beli di sini. Dan ada sistem credit katanya..entah lah yer

Akak suka datang awal sebab orang masih tidak ramai. Mudah hendak tolak troly. Lambat sikit penuh dengan peniaga mencari bahan mentah. Kemudian cepat dapat bayar. Kalau tidak..fuhhh panjang que.. paling sakit hati orang potong .. tapi jarang lah berlaku. Mau kena sound. Siap cepat.. balik cepat.. masak cepat. Mak kan busy.. driver, chef, makpak, blogger reporter.

Paling mustahak pergi awal pagi ni ialah.. tak kena saman sebab tak letak parking tiket....sebelum penguatkuasa datang waa dah ciow.. letak parking paling jauuhhh nun belakang

Weyyy.. Masjid Tanah ku udah moden tau. Kena letak parking tiket. Kalau tidak SAMAN..


Ok bai

Tahap IPU berapa ni?

Assalamualaikum

Hari ahad.. oagi lagi dah keluar rumah hantar abang gi tusyen. Lihat dekat luar berjerubu sangat. Sakit kejap




Penglihatan juga kurang

Rasa sakit tekat, bersin, nak tarik nafas rasa sakit hidung dan dada rasa sesak. Ini bermakna udara kita betul tidak bersih. Lusa momee dah nak ke kuala lumpur. Dia orang kena balik dari sekolah jalan kaki. Fuuuhhh... kesian anak ku.



Matahari di sebalik jerubu

Punca jerubu ialah pembakaran hutan negara jiran. Sudah bertahun tapi masih tidak jumpa jalan penyelesaian kedua-dua negara. Masing-masing menuduha antara satu sama lain. Mangsa siapa.. kita lah

Apabila keluar dari rumah di nasihatkan memakai topeng. Kurangkan aktiviti luar rumah. Jangan lakukan pembakaran terbuka dan minum air yang banyak

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...