29 October 2016

ANAK-ANAK SUDAH BESAR



Anak-anak semua dah besar. Abang 16 tahun, kembarb14 tahun dan adik 8 tahun. Ingat lagi masa zaman anak kecil.. si Hakim paling kuat menangis sampai lah umur di setahun.

Si kembar.. Hanif dan Haris dari kecil sampai setahun 2 bulan tak kuat nangis. Lepas tu baru lah kuat menangis. Diaorang ni lahir 32 bulan. Consider tidak cukup bulan. Alhamdullilah membesar dengan jayanya sehingga 14 tahun.

Adik namanya Ahmad Hanis. Umur 8 tahun. Taiko dalam rumah. Semua orang kena dengar cakap dia. Kalau nak berurus niaga dengan dia kena pandai pujuk. Kalau tidak jangan harap lah. Contoh nak gi sekolah. Mak kena pujuk baik-baik punya ayat baru sampai sekolah. Nangis mak tau..

Apa-apa pun mao doakan anak-anak menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, bertanggungjawab, baik, manusia berguna, sesemua yang baiklah untuk anak mak ni


Ok bai