Posts

Showing posts from July 1, 2013

Oreo Cheese cake

Image
Assalamualaikum
cheese cake yang senang hendak di buat dan bahan mudah untuk di cari

Oreo Cheese cake
Bahan:- 1 bungkus biskut  OREO 1/3 cawan  butter  cair 1kg cream cheese 3/4 cawan gula  sugar castor 1 cawan sour cream.. sy guna yogurt 1 sudu te esen  vanilla 4  biji telur
Cara -cara
1.Panaskan oven 180 darjah 2.Kisar biskut oreo  jgn lupa buang cream di tengah. Gaul dgn butter  utk dijadikan asas kek.  
      Tekan di dalam Loyang. 3.Pukul cream cheese dan gula hingga sebati 4.Masukkan sour cream dan esen vanilla 5.Masukkan telur satu persatu  pukul hingga sebati 6. Masukkan di atas oreo tadi. 7.Hias dengan biskut oreo di atas kek tersebut dan bakar selama 1 jam atau kekuningan 8.Biarkan sejuk  boleh di hidang..

Kek Butter Pelangi

Image
assalamualaikum

kek pelangi

Kek Pelangi
bahan
5 biji telur saiz A 180gm gula kastor  200gm tepung naik sendiri  1/2 sudu teh baking powder - ayak dgn tepung
1/2 teh serbuk koko..- ayak dgn tepung.. jgn terlalu byk 250gm butter SCS
secubit garam 1/2 sudu teh esen vanilla 5 jenis warna
cara:-
1. pukul gula dan butter hingga kembang 2. masukkan telur satu persatu dan masukkan esen vanilla dan garam 3. pukul rata 4. masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. bahagi kepada 5 bahagia dan campur dgn warna pilihan
6. masukkan satu persatu kedalam loyang pembakar hingga selesai.
7. bakar selama 1 jam ++ hingga masak dgn suhu 180 darjah (ikut oven masing2)

selamat mencuba

Karipap inti daging

Image
Assalamualaikum

karipap daging
resepi:-
bahan pastry:-
50gm majerin - panas 400gm tepung gandum 150ml air panas- kalau adunan keras tambah lagi air sedikit demi sedikit hingga jadi doh.. secubit garam
cara:- 1. uli perlahan-lahan .. akak guna mixer. klu guna tangan berhati-hati sebab panas 2. biarkan sebentar tutup dgn tuala lembab
bahan inti
500gm daging hancur 2biji kentang sederhana - potong halus 1/4 sudu teh lada sulah 1/2 sudu teh garam.. klu kurang tambah 1/2 sudu teh gula 2 ulas bawang besar di hiris 4 ulas bawang putih di hiris minyak masak untuk menumis 2 biji telur
cara:- 1. tumis bawang  2. masukkan kentang goreng agak-agak lembut 3. masukkan daging biarkan garing 4. masukkan lada sulah, garam dan gula biarkan masak 5. masukkan telur masak hingga telur masak.. tutup api.
cara buat karipap
1. pasty tadi ambil dlm 25gm uli bulat-bulat 2. giling dan masukkan inti... untuk mengelim karipap tu klu tak tau guna tangan blh guna acuan. bagi mengelakkan kulit terbuka masa goreng g…

Kuih Tako

Image
assalamualaikum,

sempana hari raya ni ramai tercari resepi sepanjang bulan puasa...
 cuba kuih tako.. simple dan senang


image copy - www.jennyong.co.uk


Kuih Tako
Bahan - bahan
Lapisan bawah: 30gm tepung Hoen Kwee /tepung kacang hijau 90gm gula 300ml air 6-8 biji sengkuang cina- dibersihkan dan dipotong dadu
Lapisan atas: 270ml santan 20gm gula 20gm tepung beras secubit garam Daun pandan atau bekas-bekas kecil sebagai acuan
Cara - cara
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.

selamat mencuba