11 April 2013

My lunch - masak lemak cili padi daging bakar

Assalamualaikum,

Masa arwah mak saya masih hidup lauk kegemaran yg selalu beliau masak ialah masak lemak. Arwah ayah pun suka makan lauk masak lemak. Hari ini saya ke pasar tani. Daging yg dijual tadi sungguh cantik maknanya fresh la. saya beli sekilo. Anak-anak minta lauk daging bakar masak lemak.  dulu masa saya tinggal di kampung pandan kedai ros 911 selalu jadi pilihan sbb nak beli sedikit shj. sedap juga. tapi di sungai petani nak cari mana. oleh sebab saya kena turun gelanggang utk masak lauk ini. saya terus teringat cara arwah mak masak. saya bakar daging. dan masak lauk itu. ini lah hasilnya.



Masak lemak cili padi daging bakar

bahan:-
1. 1/2kg daging yg telah dibakar
2. 200ml santan
3. 1 keping asam keping
4. 10 ulas cili padi - klu nak pedas blh tambah lagi
5. 5cm kunyit hidup
6. garam secukup rasa
7. 3 biji kentang belah 4
8.1 batang serai
9. sehelai daun kunyit yg telah dihiris halus

cara

1.potong daging yg telah dibakar kecil-kecil
2. kisar kunyit dan cili dan masuk campurkan dengan daging kedalam periuk 
3. masukkan juga kentang, serai dan asam keping jerang hingga kentang empuk
4. masukkan santan. kacau supaya tidak pecah minyak. bila sudah agak masak masukkan daun kunyit..
5. sekarang blh makan ..bagi yg tak makan nasi. cicih dgn roti pun sedap.

selamat mencuba