03 February 2016

Apa itu virus Zika.. Simpton.. dan pencegahan..




Apa itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.



Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.





Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

1.  Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007.

2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang

Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.



Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

1.Sakit kepala
2.Ruam pada kulit
3.Sakit sendi
4.Mata kemerahan



Cara Rawatan

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.




Kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.




Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.





Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Mari kita cegah pembiakan nyamuk..untuk cegah zika..mencegah lebih baik dari menawar

Ok bai

Sumber: PAHO, WHO, KKM dan google..

Apa itu virus Zika..?



Penemuan virus zika di Jambi, Indonesia amat mengejutkan. Kita ingat virus ini biasanya akan tersebar di Afrika dan area pasifik. Zika Virus ini jarang muncul di kawasan Asia Tenggara. Tetapi dengan kemunculannya di Jmabi mendorongpara pengkaji mengulas lebih lanjut mengenai virus ini.

Apa sebenarnya Zika Virus dan apa kesan dari Zika Virus?

Zika Virus adalah virus yang menularannya melalui nyamuk Aedes aegypti. Masih dalam satu kumpulan dengan virus lain seperti virus penyebab penyakit demam berdarah, penyakit kuning, dan penyakit chikungunya.

Beberapa penyelidikan yang dilakukan, kerana kemungkinan virus ini bukan sahaja di sebarkan melalui nyamuk, , mungkim dengan pemindaham darah dan hubungan seks. Tetapi masih belum dapat di pastikan lagi.

Virus ini pertama ini dikenal pasti pada tahun 1947 di negara Uganda. Pertemuan pertama ialah pada seekor monyet. Kemudian virus ini menjangkit manusia dan pernah menyerang sejumlah populasi manusia di kawasan Afrika secara meluas pada tahun 1954.

Penemuan pertama dari penyakit yang disebabkan oleh Zika Virus di luar Afrika terjadi di Yap Island, sebuah pulau di kawasan Pasifik Mikronesia pada tahun 2007. Semenjak itu, Zika Virus muncul hanya beberapa kali muncul di kawasan Pasifik. Di Asia Tenggara virus ini jarang di temui.



Kesan Zika terhadap Wanita Hamil

Menirit kajian yang di lakukan, Virus ini bahaya kepada wanita hamil, kerana jika wanita hamil terkena virus Zika, virus ini mungkin akan merebak kepada janin dalam kandungan Dan Zika Virus akan menyerang jaringan otot dan sistem saraf termasuk sistem saraf pusat di otak dari janin.

Dalam sebuah laman penyelidikan Zika, mengatakan jangkitan virus Zika pada ibu hamil dengan kejadian cacat mikrosefalus (ukuran otak yang kecil) pada bayi yang dilahirkan belum terbukti secara ilmiah, namun bukti ke arah itu semakin kuat.

Penemuan di Brazil yang diketahui sebagai salah satu bandar di Amerika Latin, di jangkiti Zika Virus tinggi pada tahun 2015, terjadi peningkatan signifikan bayi yang lahir dengan cacat mikrosefalus.

Berdasarkan data pada tahun 2015, di Brazil secara beribu orang di jangkiti Zika dan 500 orangnibu hamil di jangkiti virus ini pada bulan Disember lalu. Dan dari angka tersebut 150 ibu hamil yang di jangkiti akhirnya melahirkan bayi dengan mikrosefalus. Menurut laporan CNN secara total diperkirakan ada peningkatan bayi dengan mikrosefalus hingga 4000-an sepanjang tahun 2015 hingga Januari 2016 ini.

Kesan serius terhadap wanita hamil hanyalah salah satu dari beberapa potensi bahaya Zika Virus. Secara umum, terdapat 4 hal yang perlu Anda ketahui tentang bahaya Zika Virus, cari tahu lebih banyak mengenai hal tersebut di artikel: Ada 4 Hal yang Harus Anda Ketahui dari Bahaya Zika Virus.

Bagaimana Gejala Zika Virus?

Beberapa pakar mendapati Zika banyak persamaan dengan demam denggi. Keduanya sama-sama di mulakan dengan demam yang naik turun serta rasa ngilu pada sendi dan tulang. Kadang juga disertai mual, pusing, rasa tidak sedap di dalam perut dan disertai rasa lemah dan lesu yang hebat.

Beberapa persamaan gejala awal membuat penyakit ini telah dikenal pasti kerana kadang-kadang keliru dengan penyakit demam denggi. Namun sebenarnya terdapat beberapa gejala khas yang boleh memnbezakan jangkitan Zika Virus dengan penyakit demam denggi. Antaranya ialah:-

1. Demam cenderung tidak terlalu tinggi, kadang maksima hanya pada suhu 38 darjah celcius. Cenderung naik turun sebagaimana gejala demam denggi , tetapi tidak terlalu tinggi.

2. Muncul beberapa ruam pada kulit yang berbentuk makulapapular atau ruam melebar dengan benjolan tipis yang timbul. Kadang ruam meluas dan membentuk semacam ruam merah tua dan keperangan coklat yang mendatar dan menonjol.

3. Muncul rasa ngilu pada sendi dan otot, kadang disertai lebam dan bengkak pada sendi dan otot seperti terbentur dan keseleo ringan.

4. Kerap muncul keluhan jangkitan mata menyerupai konjungtivitas dengan mata kemerahan. Kadang warna sangat kuat pada bagian dalam kelopak sebagai tanda munculnya ruam pada bagian dalam kelopak mata.

5. Meski beberapa pakar kesihatan belum mengibarkan bendera putih yang menandakan penyakit ini tidak berbahaya. Namun sejauh ini tidak ada kesan kematian kerana Zika Virus. Penyakit yang memang masih dalam penyelidikan tidak menunjukkan sebagai penyakit berbahaya kecuali adanya masalah gangguan sendi, sakit kepala hebat, dan ruam yang membuat kulit terasa kurang nyaman dan gatal.

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...