27 December 2021

GLAMPING SECARA CAR CAMPING




Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malaysia. Tetapi sambutannya tinggi, Kenapa car camping dan tidak buka khemah. Selalunya Kak Z| akan camping solo. Buka khemah tengok tempat yang Kak Z pergi. Kalau tidur atas bukit tidak boleh pandu kereta kena buka khemah juga betul tak? 

Tapi Kak Z lebih suka tidur dalam kereta. Rasa lebih selamat. Gambar yang korang tengok ni ialah antara decoration yang Kak Z| hias dalam kereta ketipa pergi camping.



 Kipas wajib




Kipas portable cucuk pada usb tu wajib ada. Sebab dalam kereta panas. Kak Z buak sedikit je tingkap. Nak mati kalau semua tertutup. Tapi enjin off lah. Kipas sambung pada power station. Kak Z ada power station. Power Station untuk kegunaa ringan boleh tahan 5 hari.








Bila waktu malam memang cantik hiasan dalam kereta. Rasa macam nak duduk dalam kereta tak balik rumah. Selesa juga kalau tidur bila kita dah hias cantik-cantik. Kalau tengok kehidupan dalam van di oversea. Rasa macam nak beli Van macam diaorang hias canti-canti dan travel 1 Malaysia. verangan tak salah.







Jika kita camping tepi laut pemandangan memang cantik terutama waktu matahari terbit dan terbenam. inspired me to take picture. Kak Z suka mabil gambar waktu macam ni. Cantik sangatkan?


Perbezaan ambil gambar waktu malam dan waktu siang. Lainkan? Apa pun bergantung kepada cara masing untuk berhias. kalau nak tengok video ada di youtube channel Its Azuraa Rahman

Ok bai





 

TUNTUTAN NAFKAH ANAK




 Assalamualaikum... 

Ni saya copy dari biro bantuan guaman.. Moga jadi panduan


Nafkah anak? apa yang perlu diketahui

Suami Isteri Wajib Tahu Hal Nafkah Anak Penceraian / By Peguam Syazmee

“Pada siapa harus kutagih nafkah anak ini?” kerap kali kita mendengar cerita-cerita pengabaian terhadap anak di media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain.


Adakah disebabkan kurangnya ilmu ataupun kurangnya pemahaman berkaitan di kalangan masyarakat?


Menurut Statistik Pendaftaran Kes ini di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bermula dari tahun 2013-2018 yang berdaftar sahaja berjumlah 12,983 kes.


Bayangkan yang tidak mendaftar di mahkamah, sudah pasti lagi banyak. Mungkin anda tergolong dalam golongan belum berdaftar?



APA ITU NAFKAH?

Pertama sekali, kita perlu faham definisi. Nafkah ini ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk:


● keperluan tempat tinggal,

● makanan,

● pakaian,

● pendidikan,

● keagamaan

● perubatan.


NAFKAH BAGI ANAK SAH TARAF

kita akan fokuskan kepada anak sah taraf sahaja. Hal ini kerana terdapat sedikit perbezaan di antara anak sah taraf dan anak tidak sah taraf di mana anak tidak sah taraf lebih merujuk kepada si ibu.


Persoalan utama di sini, siapa yang wajib menanggung anak?


Jawapan yang paling tepat ialah BAPA. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.


Hal ini bersesuaian dengan nas al-quran daripada Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang menyatakan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.


Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya.


Ringkasnya penurunan tanggungjawab menurut turutan (turutan wali) sepatutnya seperti

berikut:


SYARAT WAJIB

Jumhur Fuqaha mendasarkan seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anaknya dengan syarat: 


Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga dia berkahwin atau sehingga dia ada pekerjaan. 

Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

Bapa itu mampu memberi nafkah. 

Nafkah anak telah dijamin dalam undang-undang di Malaysia. Perkara ini dapat di rujuk di dalam Seksyen 72 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.


Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak


(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.


(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.


Sesungguhnya, anak itu adalah amanah Allah kepada orang tuanya dan wajib seorang bapa memberi hak kepada anak-anaknya. 


“Suami Isteri Wajib Tahu Hal Nafkah Anak”

Pingback: Nafkah Anak Bergantung kepada Kemampuan Si Bapa | Peguam Syarie


Copyright © 2021 Peguam Syarie

HAK-HAK WANITA SELEPAS BERCERAI




HAK HAK WANITA SELEPAS BERCERAI


1) Mahar Yang Belum Dijelaskan

Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.

kalau dirujuk didalam undang-undang syariah di malaysia perkara ini termaktub dibawah seksyen 59 enakmen keluarga islam.

jelas disini isteri berhak menuntut mahar yang tertunggak


2) Nafkah Iddah

nafkah iddah adalah nafkah yang boleh dituntut oleh bekas isteri selepas bercerai semasa dalam tempoh beriddah.

contohnya selama tiga bulan bekas suami harus menyediakan tempat tinggal dan makan minum pada bekas isteri.


3)Tunggakan nafkah

Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing  berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.

jika nafkah itu tidak dibayar dengan secukupnya maka si isteri boleh menuntut jumlah tunggakan tersebut


4)Hak Terhadap Mut’ah

Hukum syarak jelas menyebut tentang kewajiapan seorang lelaki membayar mut’ah kepada isteri (saguhati slps perceraian)


5)Harta sepencarian

Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka. Harta ini dikenali sebagai harta sepencarian dan menurut Adat Temenggong atau harta carian laki-bini menurut istilah Adat Pepatih.


6)Hak penjagaan anak (Hadhanah)


7) nafkah anak


#copypastedaripeguamsyarieNAA

#1hari1ilmusyariah

#1hari1ilmu

03 October 2021

KAYAK DAN CAMPING KEM TASIK BIRU

 


Kayak and camping.. di Kem Tasik Biru Jasin Kelaka

Seronok anak- anak kat sini..


Total lost 🤭🤭🤭 = RM180.


Sewa tapak =  RM10 / person x 5 =RM50.00

kayak  ( termasuk kayak, life jacket  trainer and guide ) = RM40/person x 3 = RM120

Extra life jacket = RM5.00/ perjacket x 2 = RM10.00

Khemah bawa sendiri

Ada toilet untuk cuci, mandi or buang air besar dan kecik

Ada surau, ada dewan 

Tempat mandi paling best dalam tasik

Masak sendiri boleh oder kalau malas masak

Boleh memancing


Korang nak datang sini senang je..

Dari toll jasin lebih kurang 20 minit. Waze kem tasik biru.. dia bawak kita sampai kem. 


Book awal..takut fully book..


Pendapat.. anak2 sis suka adventures.. memang berbaloi. Murah.

Jangan lupa siapkan plastik sampah.. sbb sampah kena bawa balik demi menjaga kebersihan kawasan


Nak tengok full video  kat youtube aktiviti anak2


https://youtu.be/gOxuZwj7fUs

17 June 2021

MENANAM POKOK PUDINA DENGAN KERATAN BATANG

 



Menanam pokok pudina dengan cara yang mudah. Kak Z hanya mengunakan potongan batang pudina.Cara:-

1. Daun pudina yang kita beli di pasar atau supermarket ambil batang yang panjang supaya kita boleh gulung bulat dan simpulkan. 

2. Potong atau cantas batang pokok pudina yang pernah kita tanam. Caranya sama. Potong batang yang paling panjang.

Sudah potong gulung bulat dan simpulkan. 


Selamat mencuba


This video show how did i plant my mint. It very easy and it grow fast. Younguys should try. Dont have to buy mint from supermarket anymore...


My guider is my SIL. 


Ok bai

11 June 2021

CARA MEMBUAT TAUHU DENGAN CUKA


 Ramai suka makan tauhu. Tapi tidak ramai tahu membuat tauhu. Selalunya kita beli dipasar. Masalah pada Kak Z kalau hendak membeli di pasar perlulah buatan muslim. Hendak mencari buatan muslim memang susah di tempat Kak Z.  

Kak Z memang membuat tauhu untuk jualan. Cuma kesuntukan masa menyebabkan Kak Z berhenti sekejap dari membuat dan menjual tauhu. Insyallah nanti Kak Z  sambung semula.

Kali ini Kak Z nak share cara paling mudah untuk membuat tauhu dengan mengunakan cuka sebagai bahan untuk mengeraskannya. Untuk jualan Kak Z mengunakan GDL. GDL boleh di beli di kedai menjual nahan bakery. Orang panggil serbuk buat too fu faa. Orang kedai mesti tahu.

Kak Z ada share video di Youtube. ini linknya nanti boleh tengok


Bahan A
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air

Cara:
1. Campur cuka dan air 

Bahan : B

1 1/2 cawan kacang soya
10 cawan air
3 sudu besar cuka makan + 1/2 cawan air

Cara:-

1. Rendam kacang soya selama 3-4 jam
2. Bersih  kacang soya
3. Kisar dengan air sedikit demi sedikit
4. Tapis dengan mengunakan kain bersih
5. Tujuannya adalah untuk mendapat susu air soya yang halus
6. Masak air soya denga api yang sederhana
7. Perlu sentiasa kacau supaya tidak hangit di dasar peiuk. Jika hangit tauhu kita juga akan berbau hangit
8. Bubble yang pertama tututp api dan buang buih di bahagian atas air soya yang telah masak
9. Sekali lagi air soya perlu dia tapis
10. Biarkan 10 minit
11. Selepas 10 bahagia atas akan mengeras menjadi seperti pucuk tauhu keluarkan
12. Kacau sendikit demi sedikit air cuka yang di kita telah sediakan lebih awal.
13. Kacau perlahan. kalau terlalu kuah enzim air soya akan pecah dan menjadikan tauhu keras
14. Biarkan selama 20 minit

Selepas 20 minit adalah proses untuk menjadikan tauhu. kak Z mengunakan acuan tauh yang di beli di shoppe. sangat mudah dengan adanya acuan ini. Acuan ini disertakan dengan kain 




Cara:-
1. Basahkan kain dan alaskan ke dalam acuan
2. Buang air didalam tauhu yang kita keraskan tadi dengan mengunakan senduk sedikit demi sedikit
3. Masukkan tauhu sedikit demi hingga habis
4. Tutup tauhu dengan kain dan penutup acuan
5. Tindihan acuan dengan pemberat, tujuannya ialah mengeringkan air dalam tauhu dan membentukan tauhu
6. Sudah kering keluarkan danmasukkan kedalam air sejuk sehingga tauhu sedikit keras
7. Bila sudah keras boleh potong dan masak ikut kesukaan kita


Tutorial tauhu ini lebih mudah kalau lihat tonton di youtube

Selamat mencuba

ok bai



04 June 2021

CHEEZY SPAGHETTI BOLOGNESE MEAT AND MUSHROOM



Memasak dan makan dengan rasa gembira adalah satu reward. Maknanya masakan kita sedap. Anak-anak Kak paling suka masakan yang berjenis pasta dan cheese. Pastinya licin periuk. Hari ini Kak Z share cara buat cheezy spaghetti bolognese yang tentunya menu yang selalu Kak Z buat untuk anak. Untuk video boleh tonton di


Bahan:-
500gm daging hancur
Beberapa ulas bawang putih
Bawang besar
3 biji tomato
1 tin tomato yang di dadu (pilihan jika tidak ada pun boleh
1 tin kecil tomato puree
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu besar garam halus/ secukup rasa
2 sudu besar gula
Daun rosemary
Daun Thyme
1 pek spaghetti
Minyak zaiton untuk menumis
Mozarella cheese

Cara:-

Masak Spaghetti terlebih dahulu

1. Hiris bawang  besar dan bawang putih
2. Potong tomato dan cendawan
3. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih
4.  Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu
5. Masukkan daging dan biarkan masak hingga daging keluar air
6. Masukkan tomato
7. Masukkan garam
8.Masukkan tomato tin
9. Masukkan cendawan dan di ikuti dengan tomato puree
10. Kak Z suka mengunakan thyme dan rosemery fresh sebab aroma yang sedap. boleh juga guna parsley yang kering
12. Masukkan gula dan lada hitam kisar
13. Masukkan air satu cawan biarkan  bolognese masak
14. Pasta telah masak boleh di tuangkan dengan kuah bolognese
15. Taburkan mozarella dan panaskan kedalam microwave  selama 1 minit
16. atau ke dalam oven sehingga mozarella cair
17. Boleh hidang

selamat mencuba






 

IKAN KURAU MASIN GORENG BAWANG


Bila umur sudah meningkat takut nak makan benda yang terlebih masin atau terlebih manis. Tapi bila sampai ke ikan masin tidak boleh tidak mesti kena makan. Hari ini Kak Z share resepi mudah Ikan kurau Masin Goreang Bawang. Mudah dan sedap. 15 minit serving sahaja. jumlah bahan yang kita gunakan adalah ikut berapa banyak yang korang hendak masak. Kalau tengok gambar untuk seorang makan sebab sedap yang amat.. jom kita buat

Bahan:-

Ikan kurau masin
Bawang holland
Halia
Bawang putih
1 sudu besar biji sawi 
Cili kering
Minyak masak

Cara:-

1. Potong ikan kurau saiz cube
2. Rendam dalam air untuk kurangkan masin
3. Potong cili kering untuk buang biji
4. hris bawang holland, bawang putih dan halia
5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan kering hingga garing
6. Masuk cili kering untuk rasa pedas-pedas sikit
7. Masukkan biji sawi untuk menaikkan aroma 
8. Masukkan bawang hiris dan goreng hingga bawang layu
9. Boleh hidang

ini adalah link youtube video Kak Z yang korang tengok satu persatu Kak Z buat dan di bawah adalah gambar sebagai rujukan


Gambar rujukan




Ikan kurau masin


Biji sawi


Cili kering


Bahan hirisan -Bawang holland, bawang putih dan halia


Goreng hingga garing



Masukkan semua bahan.



Selamat mencuba












 

13 February 2021

DONUT KENTANG GEBU | sukatan cawan


Musim MCO atau PKP ni, anak-anak semua ada di rumah. Semua akan cepat lapar. Tau aje lah semua anak lelaki. Sebangai ibu , Kak Z kena kreative untuk menyediakan pelbagai jenis makanan. Antara pilihan adalah donut. Secara kebetulan Kak Z nak rakam video untuk youtube Kak Z. Maka terjadilah donut kentang gebu ni. Selalu buat antara malas dan rajin sahaja untuk merakamkan video dan menulis resepi dalam blog.

Resepi ini menguna sukatan cawan. Jadi semua orang boleh buat. Bukan semua rumah ada alat penimbang. Cara mudah mengunakan cawan. Jom kita buat

Bahan A

1 biji kentang

Cara:-
1. buang kulit rebus dan lenyek

Bahan B 

1 pek yis atau 11gm yis
1 sudu besar gula
1/4 cawan air

Cara:-

Campur semua bahan ini sampai yis kembang

Bahan C

3 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk
2 sudu besar marjerin

Cara:-
1.  Semua bahan A, B dan C.
2. Uli semua bahan ini hingga menjadi doh
3. Rehatkan doh selama 30 minit dengan menutup doh. jangan bagi terdedah nanti doh keras
4. Selepas 30 minit  bahagi doh kepada 20 biji dan  bulat-bulatkan. 
5. Rehat semua selama 10 minit
6. sesudah 10 minit buatkan lubang di tengah- tengah doh. janjikan seperti cincin
7. Panaskan minyak masak dengan suhu yang rendah. Jika suhu terlalu tingga donut akan menyerap minyak yang banyak
8. Goreng donut sehingga kekuningan
9. Kak Z mengunakan gula castor untuk salut donut.

Kalau koranng dan tengok cara Kak Z buat donut boleh tonton youtube Kak Z 


Selamat mencuba

ok bai




 

30 January 2021

KUIH BINGKA TEPUNG BERAS

 


Kuih bingka tepung beras antara kuih kegemaran arwah ayah Kak Z. Arwah mak memang pandai buat kuih ini. Tapi masa itu Kak Z masih kecil belum sempat belajar. Jadi belajar dengan kakak dan sepupu. Selalu menjadi rebutan ialah bahagia tepi. Orang panggil kerak kuih. sedap like heaven. Bila Kak Z dah pandai buat kuih ini, no regard dapat belajar dan share resepi dengan korang. Dalam youtube Kak Z kuih ni mendapat view tertinggi as per today. Seronok korang. Gunalah resepi ini untuk family atau perniagaan. insyallah menjadi. Kalau hendak tahu cara langkah demi langkah boleh tonton di youtube Kak Z, chanel: Its Azuraa Rahman https://www.youtube.com/watch?v=31ObpAkXbVI&t=212s

Bahan A - 

1 cawan gula 
1/2 cawan air

Bahan A adalah untuk membuat gula hangus. Jangan terlalu hitam. Jika tidak gula hangus akan menyebabkan kuih berasa pahit. Sesudah masak biarkan air gula hangus sejuk.


Bahan B

5 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
5 cawan air
2 cawan santan

Cara:-
1. Campur semua bahan B dan kacau
2. Tapis bahan B supaya tidka beketul
3. Masukkan air gula hangus dan kacau rata
4. Masak semua bahan ini dengan api yang kecil sehingga menjadi som som
5. Koyang pembakar seeloknya di alas dengan daun pisang untuk mendapat aroma yang enak. jika tidak ada boleh mengunakan kertas minyak
6. Masukkan bahan yang telah menjadi som som kedalam loyang pembakar dan bakar selama 1 jam dengan suhu 200c
7. Sejukkan dahulu sebelum potong.

Selamat mencuba

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...