02 June 2017

BAZAR BUKA PUASA DI MELAKA.. THE SETTLEMENT HOTEL



Bulan puasa pastinya macam-macam kit rasa hendak makan. Pening juga mak-mak macam Kak Z memikirkan hendak makan apa? Sebab banyak permintaan dari putera-putera kesayangan. Kak Z malas hendak pening kepala so joomm kita gi Bazar Buka Puasa di The Settlement Hotel, Ujung Pasir Melaka. Harga pun berpatutan Dewasa RM68.00 untuk dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Kalau tempah awal ada discount RM15%. Apa lagi mak dia joomm anak-anak..

Bougainvilla Walkway

Kadang-kadang tak terfikir di Ujung Pasir ada hotel yang cantik seperti The Settlement Hotel. Kak Z hanya terfikir terfikir perkampungan Portugis sahaja kalau ke Ujung Pasir. Bila masuk ya Allah.. macam villa di persisiran laut Itali. Sebab Itali banyak villa tepi laut yang cantik-cantik macam ni .. teruja..Itali mu tunggu Kak Z datang lagi tau..

Jomm cerit apasal Bazar Buka Puasa The Settlement Hotel, Melaka. Ada bermacam pilihan makanan orang Melaka. Wajib asam pedas. Anak-anak mestinya pilihan dia orang Roti John dan Satay. Kak Z apa-apa pun boleh. Kalau di rumah start dengan air kosong dan kurma sahaja. Tapi bila dah makan buffet macam-macam boleh makan. Betul tak?


Kebanyakan lauk adalah tempatan yang berasakan pelbagai kaum yang ada di Melaka. Melayu, Baba nyonya, India, Portugis dan Cina. Dang Lemak Nenas Nyonya, Daging Gulai Kawah, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Lala Kam Yeoong, Ayam Perchik, Iakan Jelawat Tempoyak, Char Kuey Teow, Nyonya Asam Laksa, Ketupat dan Rendang. Juga tidak di lupa kerabu... meleleh makan.











Bazar Buka Puasa bermula pada 3hb Jun - 24 Jun 2017. Kak Z dan cuba. Korang bila lagi. Jadi kalau hendak buat tempahan boleh hubungi Tina 0123561448 atau 06 2921133. LAang-alang dah nak cari tempat makan yabg best di bulan puasa dan bawa anak-anak berbuka di luar. ini mungkin menjadi pilihan korang.

Alamat:-

The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Melaka
Malaysia

Tel:-

Tina 0123561448 atau 06 2921133

Website:-

www.thesettlementhotel.com

Bazar Buka Puasa Buffet Price:-

Dewasa - RM68.00++
Kanak-KAnak- RM40.00++
15% discount untuk tempahan awal

ok bai






07 May 2017

CAFFE BENE MANGOTELLA.. SEDAP SANGAT

안녕하세요.
Annyeonghaseyo

Tertiba cakap Korea. Kak Z kan nak gi South Korea and Japan bulan Disember ni.. Oleh kerana itu Kak Z belajar sedikit-sedikit bahasa diaorang. Bahasa Korea, Kak Z belajar dengan menonton cerita Korea. Bahasa Jepun, ada cikgu dua orang di rumah. Sapa lagi si Kembar lah. Sebab diaorang belajar Bahasa Jepun di sekolah. 

Hari panas sambil layan cerita Korea teringat pulak dengan Mangotella Caffe Bene. Sebab dalam cerita yang Kak Z tengok tu ada Caffe Bene. Aduss..Craving Mangotella Smoothie.. Sedapnya..kalau dapat masa hari panas macam hari ini. Kak Z pun buka lah gambar masa minum di Caffe Bene Terminal Pahlawan 2 minggu lepas. Meleleh air liur tengok gambar-gambar ni semula. Tak pe next week Kak Z mesti pergi untuk repeat. Hari ini korang tengok gambar nanti korang pun boleh join Kak Z.


Mangotella Smoothie

Bila Kak Z minum Mangottela Smoothie  ko tau tak terus tangkap kepala. Sejuk...hancus diet Kak Z that day. Kenapa.. sebab mango campur nutella apa pendapat korang. Mestilah best. 1 slurp.. jadi 2 slurp dan sampai habis aku minum sorang. Sebab masam-masam mango campur dnega nutella mana taknya..wajib habis..


Mangotella Bingsu

Si Hakim dan adik pilih Mangotella Bingsu. Sebab Hakin dan adik suka coklat. Si kembar kurang sikit coklat. So Kak Z bagi pilihan lain. hakim dan adik makan sampai habis. Bila sampai di meja terkejut kodok anak aku... besar bekasnya tidak menahan. Apa lagi makan sampai habis. Mak lagi terkejut kodok. Habis ko.. Sedap katanya.. ialah macam ABC tapi ini lain..ice campur yogurt mango dan nutella. Masing-masing pegang kepala.. Otak beku...haaa...


Mango Yogurt Bingsu

Mango Yogurt memang favorite Hanif dan Haris. Kalau beli yogurt atau lassi, perisa manga adalah pilihan dia orang. Hari tu.. hambik ko semangkok besar ko layan dua orang. Mango Yogurt Bingsu. Mula-mula complain sejuk lah..masam sangat lah.. sikit sangatlah.. depan mata. Terdiam ko.. apa? makanlah sampai habis. Dia makan berdua..licin. Mak minta sikit tak bagi. Tak pe batu belah batu bertangkup jadinya kang...ko tunggu..hii ..korang dah kenyangkan..Mak ada 1 lagi.. itu haku yang punya..


Mangotella Waffle

semua bila mak minta sikit kedek.. apa lagi mak oder Mangottela Waffle. Apa? Sila tengok mak makan sampai habis. Mak makan perlahan-lahan jer.. semua mata yang sepet tu jadi besar..haaa. Tapi kita ni mak.. tak sampai hati.. bagi lagi each of them 1 piece.. ada anak aku kempunan pulak kang. Apa pun memang sedap. Mangga, yogurt dan nutella. Licin..


Pinggan Licin

Hujung mingu kalau tidak ada tempat untuk kami melepak boleh datang lagi ke Caffe Bene Terminal Pahlawan. Anak-anak pun suka. Jadi mission minggu depan sebelum bulan puasa nak ulang lagi Mangotella di Caffe Bene, Terminal Pahlawan


Ok bai





12 April 2017

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH CHEF MOZART



Korang kan tau Kak Z ni suka merayap. Bila free time jer satu Melaka aku rayap. Satu hari rayapan Kak Z menemukan sebuah restoran nasi kukus ayam berempah. Waa.. sangat menarik.

Salah satu spot tempat makanan kalau korang datang Melaka betul tak? Sebab ramai Pm Kak Z mana tempat makan menarik kalau datang Melaka. Ini salah satunya. NASI KUKUS AYAM BEREMPAH CHEF MOZART.



Konsep kedai ni adalah makanan segera. Bayar RM9.90 korang dapat set nasi kukus, ayam berempah, jelantah dan minuman. Kak Z tekejut bila dia bagi Kak Z Hambik ko besar punya hidangan.. kenyang aku makan sepanjang hari.



Kak Z pilih ayam serai. Sedap ko...bila.makan teringat ayam perchik Ramada. Rupanya Chef Mozart ni ex Executive Chef kat Ramada. Patutleh sedap


Kalau korang Melaka boleh datang sini makan. Lokasi Jln Syahbandar, Kota Laksamana. Sebelah Hotel Taipan. Kalau google Nasi Kukus Ayam Berempah Chef Mozart mesti jumpa..

Ok bai