21 November 2015

TUNE HOTEL PENANG

Selalunya kalau hendak pergi berjalan, kena fikir tempat tidur. Hotel murah. Ikut budget lah.. anak ramai faham-faham sahaja lah. Setiap perjalanan kena rancang betul sebab budget ciputt.



Pilihan tempat tinggal ialah hotel budget. Banyak budget hotel yang kami sudah tidur. Contoh di Perak, Selangor, Pahang, Johor dan Penang. Di Penang, Tune Hotel jadi pilihan. Bilik bersih dan toiletnpun bersih. Berbaloi dengan Harga RM60.00. TUne Hotel Kulum, Kelantan dan johor Bahru pun sama bersih. Tapi harga sedikit berbeza.
Saya cadangkan kalau hendak tempah bilik di Tune Hotel ada baiknya tempah melalui www.tunehotel.com lebih murah dari tempahan melalui agoda dan trivago

Selamat bercuti-cuti Malaysia

Ok bai

MERANCANG PERJALANAN

Setiap kali berjalan kena buat list to do. Kenapa sebab ada 4 anak ..ada 4 perangai.. ada 4 beg kena bawa.. termasuk momee punya beg. Tanpa list to do dan rancangan perjalanan masa adalah terhad dan klang kabut di buat. List yang di buat selalunya memudahkan perjalanan kami. Anak- anak juga telah di beri tugasan masing-masing. Tujuan supaya mereka ada rasa tanggungjawab.

Contoh :
1. Abang jaga adik n bawa beg kamera
2. Hanif bawa sleeping bag n extra bag
3. Haris bawa beg makanan
4. Adik -sila bawa diri...adik tolong momee tolak beg
5. Momee bawa beg adik n momee hand bag n jaga anak-anak


Mulakan dengan list to bring







Keperluan ini supaya akak tahu berapa berat beg yang hendak di sandang oleh anak2 sebab kami beg pack sahaja. Kalau berat kesian. Masih halus malus... abang dah besar tak apa. Tapi si kembar tu kesian. Dia orang juga akan bawa semua barang di dalam rumah tu..hurrrm,.. anak akak kan..

Sebelum bertolak akak akan check setiap barang dalam beg. Sebab tidak mahu..momee spender tinggal... momee berus gigi tinggal... momee telinga tinggal... telinga tinggal? haru haru.....boleh terjadi weiii kalau telinga tu boleh cabut tau...

Kemudian list to do



List to do ini supaya kami tidak penat atau tidak tertinggal flight dan keretapi. Korang bayangkan.. berlari dengan beg dan diri.. nombor 1 tergolek mak.. sebab mak gemuk... dah lah KLIA2 tu besar dan jauh jauh bording terminal.. dapat yang hujung bangunan.. mahu mak pengsan sebelum naik flight...sebab berlari.. kena CPR.. wow awesome..gatainya aku..hiii

Dan cost setiap di buat



Costing sangat-sangat. Lari budget.. lari shoruuu next month.. Budget Rm1000.00 sahaja. Alhamdullilah kurang dari Rm1000.00. Kami berlima. Mak dan 5 orang anak...
Masih jauh lagi perjalanan kami. Dulu berjalan ada ayah. Sekarang mak sorang sahaja. 5 hari 4 malam. Anak-anak kena disiplin dan mak kena sentiasa beringat setiap perkara dalam perjalanan. Monitor dan sering mengingatkan anak-anak. 1st phase lulus..Kalau lulus semua apa yang di rancang... next trip oversea.

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...