12 June 2014

Asam Pedas Lada Hitam ikan tenggiri

Assalamualaikum,

asam pedas lada hitam ikan tenggiri
masa arawah mak masih ada lauk ini akan jadi kegemaran adik beradik..
kakak-kakak semua tak pandai buat mcm mana arwah buat
sedap sangat cousin n adik beradik mak pun tahu kesedapan lauk ini..
saya pun mencuba walaupun tidak sesedap yang arwah buat.. dengan bertanya kakak-kakak dan abang2.. sbb saya tak sempat belajar.. i kan anak bongsu.. dok asrama lak tu..itu lah alasannyer

R
Asam pedas lada hitam ikan tenggiri


mari masak

1 ekor ikan tenggiri yg berat 1 kg - 1 1/2 kg..pastikan sudah di katam. - ayat orang kedah...dah potong lah
100gm cili kering goreng tanpa minyak hingga garing
2 sudu besar lada hitam goreng tanpa minyak
4 biji bawang besar
5cm halia sebesar ibu jari
6 ulas bawang putih
1 keping kelapa. sebesar tapak tangan perlu di bakar  hingga kehitaman dan tumbuk
20gm belacan
10 gm asam jawa buat air dan klu nak lebih boleh tambah
gula
garam
sebatang serai
minyak untuk tumis
1/4 sudu teh halba
3 biji tomato belah 4
50gm lobak masin
1000ml air buat air asam


cara
1. kisar bawang besar, putih,  lada hitam dan cili hingga hancur
2. tumis belacan hingga garing dan masukkan halba biarkan sebentar
3. masukkan bahan kisar biarkan garing dan masukkan serai
4. masukkan kelapa kering dan air asam jawa
5. biarkan mendidih  dan masukkan lobak masin
6. masukkan ikan dan biarkan sedikit pekat
7. akhir sekali masukkan tomato

ok bai

Popia binti Spring Roll

Assalamualaikum



Popia.. setiap kali puasa popia adalah makanan kegemaran..
tapi nak buat kulit popia ada lah malas
oleh itu beli aje kat kedai kulit itu
inti buat kat rumah

mari kita buat

resepi

inti

1 biji sengkuang yang berat 1/2kg
2 batang carrot
20gm udang kering
1 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam.  - tumbuk
1/2 sudu teh gula pasir
garam secukup rasa
minyak untuk tumis

kulit
1 pek kulit popia.. brand KG
1 sudu besar tepung gandum campur dengan 3 sudu besar air - untuk lekatkan hujung kulit popia

cara
1. sengkuang dan carrot di hiris tidak terlalu halus tidak terlalu besar agak-agak lah
2. kisarkan bawang dan udang kering
3. tumiskan bawang, udang dan lada hitam hingga naik bau
4. masukkan gula dan garam kacau dan rasa
5. masukkan sengkuang dan carrot.. jangan biarkan terlalu lama dan kacau rata
6. angkat dan tapis untuk tos kan airnya
7. biarkan sejuk sebentar.. tolong jangan biarkan inti terdedah dengan udara luar supaya tidak masam dan berubah rasa
8. ambil kulit popia tadi dan pisahkan setiap keping
9. isikan satu sudu besar inti dan gulung
10. lekatkan dengan tepung tadi
11. untuk goreng minyak tidak terlalu panas dan api perlahan
12. kemudian baru di besarkan api.. tujuan untuk dapat kulit yang cantik tidak mengerutu..goreng hingga coklat
13. boleh makan dengan sos fabulos hakak yer



ok bai

Walnut chocolate chip

assalamualaikum

chocolate chip mempunyai banyak versi. Dalam simpanan saya sendiri ada lebih kurang 8 versi.. tapi versi yang post adalah yg saya ubahsuai bukan resepi orang..

mari cuba resepi ini


Walnut chocolate chip

resepi 

1 biji kuning telur
250gm butter anchor
220gm gula perang.. klu nak manis tambah lagi 30gm.. lagi auummppp
300gm tepung gandum
100gm chip coklat
100gm walnut - bakar sebentar dan cincang
1/2 sudu teh glukos cecair
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sud teh esen vanilla

cara

1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur, esen dan glukos pukul sekejap 
3. masukkann tepung dan kacang uli hingga rata
4. masukkan chip coklat
5.jemputkan doh dah letak atas papan pembakar dengan jarak 2cm
6. bakar 10 min dengan suhu 160c

ok bai



Biskut Makmur aman bahagia

Assalamulaikum

makmur aman bahagia.. sedap betul nama biskut tu
biskut makmur is something evergreen..
mcm lagu evergreen ler...biskut orang dolu dolu
makan cair dalam mulut
tapi sakit hati nak buat
siap jer masak masuk mulut.. sebab sedap lah
kalau bulan puasa kena buat lepas balik dari tarawih..klu tak takut terbatal puasa.. tak sedow meskut kat dlm molot


Biskut makmur


jom share resepi..yang lain sikit dari lain. resepi asal dari auntie hasmah noor. dia bagi buku biskut klasik keluaran utusan. dalam tu byk biskut tradisi.. buat mesti menjadi...how is she now..?

saya ubah suai untuk kesenangan saya dan citarasa saya yang mat salleh tak celop ni.. perasan betul haku ni.. tapi betul pun..


resepi

inti

30gm kacang pistachio- kisar halus
30gm serbuk gajus
30gm serbuk badam
1/2 cawan gula perang
secubit serbut kayu manis
3 sudu besar susu pekat
secubit garam
cara
1. gaulkan ketiga-tiga kacang tadi dan campurkan susu pekat
2. bulatkan inti tersebut dan ketepikan
3. kacang tersebut tidak perlu di bakar dahulu

kulit

1 cawan minyak sapi
4 sudu butter
350gm tepung gandum - sangai hingga kuning
secubit garam

cara
1. gaul semua bahan menjadi doh
2. pastikan doh ini boleh dibulat-bulatkan
3. jika terlalu keras campurkan butter dan jika terlalu lembut campur tepung sedikit demi sedikit
4. jemput doh dan leperkan dan isikan inti.. tutup jadi bulat atau bujur
5. susun atas loyang pembakar
6. bakar dengan suhu 150c hingga tapaknya kuning sedikit.. biskut ini cepat masak oleh itu berhati-hati

salutan

1 cawan gula aising - ayak

cara

1.biskut yg sudah masak tadi di gaulkan dengan gula aising semasa masih panas

isi dalam biskut makmur

ok bai



SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...