13 May 2016

Ramada Plaza Melaka.. Cantik dan Klasik

Masa kecil-kecil dulu selau kalau ke Bandar Melaka pasti lalu di sebelah hotel ini.Dulu nama hotel ini ialah Hotel Renaissance. Sekarang berubah nama kepada  Hotel Ramada Plaza Melaka. Bangunan hotel ini adalah bangunan tertinggi waktu itu. Terletak di Jalan Bendahara, Melaka. Hotel ini bertaraf 5 bintang dan  mempunyai 296 bilik. Setiap jenis bilik mempunyai saiz dan ciri keistimewaan yang berbeza.


Ramada Plaza Melaka





Apabila Kak Z masuk di setiap bilik, rasa sungguh exlusive. Bila tanya harga bilik terkejut sekejap sebab murah. Harga bilik antara RM270.00 – RM420.00. Murahkan? Ini hotel 5 bintang. Jika di Kuala Lumpur melihat keadaan bilik yang exclusive pasti harganya lebih mahal.





Sampai di hotel Kak z di sapa dengan mesra. “selamat pagi Puan, selamat datang di Ramada Plaza Melaka”. off course I'm happy bila ada orang tegur kita elok-elok pagi-pagi.. betul tak? Melangkah masuk ke lobi hotel, mata terpegun melihat chandelier di atas kepala. Memang cantik menampilkan wajah hotel 5 bintang. Kak Z disambut oleh Puan Nurashiken dan Mrs Caroline Fok. dari Sales and  Marketing Group. Oleh kerana mereka berdua akan bermesyuarat Kak z telah di bawa untuk melihat bilik oleh jejak handsome Farhan. Thank you Farhan..  good experience to share.

Club Lounge


Permandangan dari Club Lounge tingkat 24


Selat Melaka dari Tingkat 24 Ramada Plaza Melaka





Lawatan bermula dari Club Lounge yang terletak di tingkap 24. Club Lounge ini adalah tempat exclusive jika mahu mengadakan sarapan, buffet atau high tea secara persendirian. Mereka yang boleh  untuk memasuki tempat ini ialah penginap di tingkat 22, 23 dan 24. Kerana lebih privasi contoh untuk keluarga diraja, para menteri dan VVIP. Permandangan dari tingkat 24 kearah laut Selat Melaka dan Bandar  Melaka. Cantik juga Bandar Melaka, sebab banyak bangunan lama yang kita boleh namoak dari posisi tinggi.

Bila Farhan bawa masuk Presidential Suite.. off course mulut Kak z terbuka luas. Cantik dan luas. Rasa hendak terjun sahaja atas katil yang ada. Korang tengok gambar kemudian baru bayangkan apa yang kak z katakan. ‘Bermimpi untuk jadi orang kaya’. Hurmmm..


Presidential Suites










Kemudian kak z ke bilik Club Room.  Bilik ini berada di tingkat 22, 23, dan 24. Apa yang membezakan bilik ini dengan bilik di tingkat yang lain ialah di hias dengan perabut yang classic dan mewah.  Yang paling penting, penginap disini mahukan privasi. Harga bilik RM500-RM550.

Club Queen





Kemudian kami ke bilik lain Premier Room. Boleh buat pilihan samada Premier King atau Premier Twin. Harga RM245-RM320 dengan sarapan atau tanpa sarapan. Setiap bilik mempunyai  tatahias yang berbeza. Jika anda berkeluarga mahu menginap disini. Boleh bertanyakan adakah bilik tersebut mempunyai sofa bed atau tidak. Kerana ada bilik di sediakan sofa bed ada yang tidak.


Premier Room






Ada juga boleh memilih Executive Deluxe. Setiap tingkat hanya ada 4 bilik sahaja.  Yang terletak di setiap penjuru setiap tingkat.  Bilik ini luas. Mudah untuk kita bergerak dan sembahyang.  Jika anda datang untuk bermesyuarat  dan melancung sambil merehatkan minda kak z cadangkan menginap di bilik ini. Harga RM320 – RM370. Murahkan?

Executive Deluxe





Bagi yang berkeluarga, boleh memilih Junior Suite. Kerana dalam bilik ini ada 2 sofa bed.  Bilik  ini seperti studio apartment, kerana ada ruang tamu dan bilik. TV pun ada 2, dalam bilik dan ruang tamu. Harga bilik ini RM370-RM420. Kak z akan pilih bilik ini. Yang besar boleh tidur di sofa bed dan kak Z tidur atas katil. Memang berbaloi


Junior Suite








Selain almari, antara kemudahan lain yang disediakan adalah :
  1. LCD TV
  2. Meja Tulis
  3. Perkhidmatan WIFI percuma
  4. Telefon
  5. Cerek elektrik
  6. Pancuran air panas

Swimming pool antara benda yang wajib kak z cari kalau tidur di hotel. Sebab anak-anak suka mandi swimming pool. Ada 2 swimming pool, untuk dewasa dan kanak-kanak. Kedalaman swimming pool dewasa dari 3 kaki – 9 kaki. Kalau kak z masuk terus tenggelam. Kalau timbul sebab dah kembung minum air. Swimming pool kanak lebih kurang 1 ½ kaki sahaja. Ada life guard yang akan mengawasi kita di swimming pool. Oleh lepaskan anak-anak sambil mak rehatkan minda..

 Swimming Pool




Di sini juga ada gym dan sauna. Kemudahan ini adalah untuk penginap hotel.  Anda juga boleh menjadi ahli club Ramada Plaza Melaka dengan yuran keahlian RM1200 setahun.  Anda boleh mengubakan gym, sauna dan swimming pool atau sehari RM45.00.

Gym



Jika mahu mengadakan jamuan, majlis perkahwinan atau annual dinner, Ballroom Ramada Plaza Melaka boleh memuatkan seramai 500 orang. Untuk kursus dalam jumlah yang kecil,  anda juga boleh mengambil package disini  bilik dan makan dengan harga yang berpatutan.


Conference Room dan Ballroom






Untuk maklumat anda boleh menghubungi:-

Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
 Tel   +6 06 284 8888.

Untuk tempahan boleh di lakukan secara online http://www.ramadaplazamelaka.com/

Price

Premier  Room ( without breakfast)
Weekday - RM270.00++
Weekend - RM320.00++

Executive Deluxe (without breakfast)
Weekday - RM320.00++
Weekend - RM3370.00++

Junior Suite ( without breakfast)
Weekday - RM370.00++
Weekend - RM420.00++

Club Room ( with breakfast for 2)
Weekday - RM500.00++

Weekend - RM550.00++

Presidential Suite - untuk tempahan boleh menghubungi pihak hotel untuk keterangan lanjut.

#Sarapan boleh di tambah dengan RM25.00++ seorang.

Entertainment &Restaurants
  • Famosa Lounge
  • Zest Restaurant
  • Olio Restaurant
  • Long Feng Restaurant
  • Melaka Garden Poolside
Sport and Recreations
  • Fitness Centre
  • Swimming pool
ok bai

tag: plaza ramada melaka, presidential suite, club room, premier room, executive deluxe, junior suite, world heritage,
melaka,


Cinnamon Rolls

Cinnamon rolls kalau makan panas-panas gua cakap sama lu.. Hantu lalu atas kepala pun tak sedar. Kali pertama buat tidak berjaya. Buat sampai berjaya. Boleh lah berjaya 80%. Nanti belajar lagi sampai jadi tokey cinnamon rolls. Teringat Cinabon. Kedai jual cinnamon rolls kat Kuala Lumpur. Jauh sangat buat sendiri lah.

Sebenarnya cinnamin rolls adalah sejenis roti tapi ada serbuk kulit kayu manis dan gula perang. Campuran dua bahan ini akan menaikkan aroma roti ini. Kalau kita guna pure butter lagi lah..sumpah..sedap yang amat. Korang cuba resepi ni. Kak z google jer dalam Mr google. Resepi ni dari Women Weekly tahun 2012. Lama kan? Ini aje resepim cinnamon rolls yang menjadi kak z pernah cuba. So mari kongsi ramai-ramai.


cinnamon rolls


cinnamon rolls tapi lain bentuk

Resepi

Bahan A
¾ cawan susu
¼ cawan margarine
3 ¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
¼ cawan gula
1 pek yis segera
½ sudu the garam
¼ cawan air
1 biji telur

Bahan B

I cawan gula perang.
1 sudu makan serbuk kayu manis
½ cawan margarine

Cara

  1. Panaskan susu sehingga berbuih. Ketepikan dan masukkan margarine kacau rata. Biarkan suam
  2. Satukan tepung, yis, gula dan garam. Masukkan air telur dan susu suam tadi. Uli selama 5 min.
  3. Biarkan tepung berehat selama ½ jam tutup dgn tuala basah.
  4. Dlm bekas yg lain satukan margarine, gula dan serbuk kayu manis.
  5. Setelah tepung naik. Uli semula hingga ruang udara keluar. Rolls tepung kepada 12 x 8 inci. Sapukan bahan kayu manis. Gulung semula dan potong sama besar.
  6. Terbalikkan dan susun dlm bekas yg telah di sapu margarine bakar sehingga kekuningan




SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...