Assalamualaikum
sumber ini saya dapat dari jabatan perikanan.. saya pernah cuba tapi gambarnyer hilang entah dlm notebook lama.. so uols blh cuba yer
ok bai
KEROPOK IKAN
KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING
Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk-penduduk dari pelbagai golongan di negara ini juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa. Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka, conor dan lain-lain.
Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang daripada 15 peratus.
Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan yang digunakan, nisbah bahan utama serta proses penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng di dalam minyak panas.
Terdapat beberapa kenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.
»
Carta Alir
»
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Lekor
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Lekor |
|
Bil
|
Bahan-bahan
|
Peratus
|
Contoh
|
1
| Isi Ikan |
100
|
10 Kg
|
2
| Tepung Kanji (Ubi) / Sagu |
70
|
7 Kg
|
3
| Garam |
2.5
|
250 Gram
|
4
| Gula |
1.5
|
150 Gram
|
5
| Monosodium Glutamate (MSG) |
0.3
|
30 Gram
|
6
| Air Ais |
20 hingga 30
|
2 - 3 Kg
|
|
»
|
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Kering |
|
Bil
|
Bahan-bahan
|
Peratus
|
Contoh
|
1
| Isi Ikan |
100
|
10 Kg
|
2
| Tepung Kanji (Ubi) / Sagu Atau Campuran |
100
|
10 Kg
|
3
| Garam |
2.5
|
300 Gram
|
4
| Gula |
1.5
|
200 Gram
|
5
| Monosodium Glutamate (MSG) |
0.3
|
30 Gram
|
6
| Air Ais |
20 hingga 30
|
2 - 3 Kg
|
|
Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering
a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan campuran yang digunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais diadun dengan menggunakan mesin penggaul (mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati ialah adunan yang tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.
b) Membentuk
Adunan dibentuk menjadi silinder dan mengikut saiz yang dikehendaki (30 - 50 cm). Bergaris pusat di antara 6 cm - 10 cm, serta mempunyai berat 500 gm - 1 kg. Manakala saiz keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm - 500 gm.
c) Memasak
Keropok lekor boleh dimasak dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng. Manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.
Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang lebih baik jika dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama iaitu 1 hingga 1 1/2 jam bergantung kepada saiz. Manakala merebus hanya mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah direbus akan timbul serta naik ke permukaan air apabila ianya masak.
d) Memotong
Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan perlu disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan. Keropok boleh dipotong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.
e) Menjemur
Keropok yang telah dipotong nipis disusun di atas pemidai dan dijemur di bawah cahaya matahari selama 6 hingga 7 jam.
f) Membungkus
Keropok yang telah kering diangkat, disimpan dan dibungkus. Bungkusan ini dipateri dengan menggunakan mesin pateri.
Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk. Pembungkusan yang tidak baik akan menyebabkan produk terdedah kepada persekitaran luar seperti udara, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan produk menjadi lemau, berkulat dan hilang khasiat pemakanan. Pembungkusan yang menarik akan menjadi daya tarikan kepada pengguna.
g) Penyimpanan / Penstokan
Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 g, 200 g dan 500 g perlu disusun dengan rapi.