Posts

Showing posts from August, 2016

MENJAYAKAN FOOD PHOTOGRAPHY DI LEXIS HIBISCUS

Image
FOOD PHOTOGRAPHY DI LEXIS HIBISCUS
Kali ini Kak Z bersama dengan Chef-Chef  di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Resepi yang diaorang sediakan semua menarik. Chef-chef ini mempunyai pengalaman yang lama dalam dunia kulinary dan perhotelan. 
Sesi photograpy kali ini di bandtu dengan pencahayan terang dari luar dan persekitaran Restoran Jepun di Lexis secara kebetulan tutup untuk pelanggan. Jadi Mudah Bagi Kak Z turun naik kerusi untuk mendapat gambar yang cantik. Chef-chef yang ada ada telahmemberi persembahan yang menarik untuk plating mereka atau food style.
Kak Z datang dan photoshoot terus. dan style kan sedikit untuk nampakkan gambar lebih meriah.Harap korang teruja melihat gambar yang Kak Z kongsikan disini. Gambar-gambar ini akan disiarkan dalam akhbar dan majalah  yang perlu Kak Z rahsiakan dahulu. Bila dah disiarkan, Kak Z akan berita ok..







Kak Z nak ucapkan terima kasih kepada  MARCOM  Lexis Hibiscus , Miss Jini, Miss Dinesh dan Mr Nabil sebab memberi peluag untuk usahasama  ini. …

KAK Z JUAL NOVEL SECONDHAND DI CAR BOOT SALES

Image
Hari ini Ahad, Kak Z jual novel lama-lama Kak Z. Kat mana? Di Car Boot Sales Bukit Katil Melaka. Kak Z ada lebih kurang 400 buah novel. Tapi hari ini Kak Z bawa separuh sahaja. Tidak muat kereta.



Sambutan alhamdullilah ok. Kak Z tak expect untuk jual banyak. Tapi setakat Kak Z tulis ni dah terjual 11 buah novel. Harga novel Kak Z hanya RM5.00. Tebal atau nipis harga tetap RM5.00



Berniaga hari ini ditemani oleh blogger muda Melaka. Siapa lagi, hero Kak z ler. Korang kalau hendak jumpa kita orang boleh datang sini

Ok bai

OREO CHEESE CAKE

Image
OREO CHEESE CAKE Kek ini adalah dari koleksi lama Kak Z. Masa mula-mula belajar ambil gambar untuk food style. Hampeeehh sungguh gambar waktu ni. Tangan gigil guna DSLR. Tahun bila Kak Z tak ingat. Dari sini Kak Z belajar sedikit demi sedikit.. lama-lama pandai lah. betul tak?
Kita cerita pasal kek  ini pulak. Anak-anak Kak Z suka sangat makan cheese cake. Kalau hendak gi Secret Recipe mau kopak. sebab bukan boleh 1 slice dia orang ni. Dari situ Kak Z mula belajar buat kek cheese. Antara kek cheese yang Kak Z belajar ini lah. Sekali hadap. Korang cuba sebab senang
Bahan:-

1 bungkus biskut  OREO
1/3 cawan  butter  cair
1kg cream cheese
3/4 cawan gula  sugar castor
1 cawan sour cream.. sy guna yogurt
1 sudu te esen  vanilla
4  biji telur

Cara -cara


Panaskan oven 180 darjahKisar biskut oreo  jgn lupa buang cream di tengah. Gaul dgn butter  utk dijadikan asas kek.   Tekan di dalam Loyang.Pukul cream cheese dan gula hingga sebatiMasukkan sour cream dan esen vanillaMasukkan telur satu persatu…

KUIH LOPEZ KAK MAS

Image
KUIH LOPEZ

Bahan untuk membuat kuih lopez:-
1/2 kg beras pulut
1/2 sudu kecil kapur
Daun pisang
1 biji kepala parut putih
Secubit garam

Cara Membuat Kuih Lopez:-
1. Basuh pulut untuk hilang kotoran
2. Rendam pulut dan campur kapur semalaman
3. Layur daun pisang
3. Potong daun pisang lebih kurang lebar 5 inci dan panjang 8 inci
4. Lapiskan dia supaya daun tidak mudah pecah ketika ikat dan bungkus
5. Gulung seperti kone
6. Masukkan pulut dalam daun dengan sukatan 1 1/2 sudu.
7. Kalau lebih dia besar sangat tak cantik dihidang . Daun besar senang membungkus .
8. Ikat supaya beras tidak keluar dari daun.
9. Siapkan air dalam periuk anggaran air untuk 3 jam
10. Masukkan lopez tadi dan tutup dengan lesung batu
11. Rebus selama 3 jam
12. Selepas 3 jam cepat-cepat toskan supaya tidak kembang
13. Biarkan sejuk sebentar
14. Gaul kelapa dan garam
15. Keluarkan lopez dari kulit pisang
16. Salutkan dengan kelapa tadi

Bahan untuk Kuah gula:-
2 ketul gula melaka
Sehelai Daun pandan
300ml Air
100gmGula pasir

Cara buat kuah:-

1. M…

BUTTER CAKE DENGAN PURE BUTTER

Image
BUTTER CAKE
Butter cake sedap kalau dapat di makan masa panas-panas. Bila kita mengunakan pure butter seperti Anchor atau Tartura atau seangkatan dengannya, aroma butter akan membuka selara kita untuk makan. Melalui resepi ini kita boleh kek butter oren. Lagi best betul tak? Kak Z skan buat kurang manis dan minum bersama teh panas sambil tengok TV di petang hari. Resepi mudah korang lah mencubanya
Resepi Butter Cake
Bahan-bahan
250gm butter Anchor 220gm gula castor.  5 biji kuning 1 sudu teh esen vanilla 220gm tepung naik sendiri 1 sudu teh baking powder 1 cawan susu UHT

Cara membuat kek:-
1. Pukul telur dan gula hingga butter putih 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi 3. Masukkan esen vanilla 4. Campurkan baking power kedalam tepung 5. Bahagiakan tepung kepada 3 bahagian 6. Bahagikan susu kepada 2 bahagian 7. Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata 8. Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata. 9. Ulang sehingga habis 10. Potong kertas minyak ikut ukura…

MARBLE CHEESE CAKE

Image
MARBLE CHEESE CAKE

Resepi Kek
Bahan:-
1 kg cream cheese 210gm sour cream 300gm gula castor 1 sudu besar perahan lemon 4 biji telur 2 sudu besar coklat pes 250gm biskut digestive dikisar halus 3 sudu besar butter cairkan
Untuk kilatan
1/2 cawan gula pasir 1/4 cawan air  masak hingga pekat
Cara-
1. biskut dan butter cair gaul bersama dan ditekan kedalam acuan kek 2. pukul cream cheese hingga kembang 3. masukkan sour cream 4. masukkan telur satu persatu 5. masukkan perahan limau. 6. pukul lagi hingga rata. 7. ambil aduan tadi sebanyak 3 sudu besar dan campur bersama  coklat pes 8. aduan putih masuk kedalam acuan 9. aduan coklat tadi di buat corak atas aduan putih 10 bakar hingga masak lebih kurang 1 jam dgn api 170c/kembang 11. untuk berkilat  sapukan gula yang telah dimasak tadi
selamat mencuba

BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE

Image
BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE Blueberry cheese cupcake ini idea Mat Gebu , tuan empunya tiffinbiru.com. Ngences..thanks mat sebab bagi idea Resepi ada tersimpan dalam gobok buku. Hujung minggu anak-anak ada di rumah. Semua geng kuat makan. Minggu ini dia orang minta cheese cake. Tidak boleh tidak. Kalau tidak boleh momee kena beli dekat secret resepi depan rumah...huuu.. sungguh tidak mampu..
Beli bahan RM23.90. Kalau gi secret resepi RM100++. Ok mak korang buat. Oleh itu akak share resepi mudah ini dan langkah demi langkah.


BAHAN-BAHAN UNTUK BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE
Resepi 
Bahan:-
250gm cream cheese - akak guna tartura 125gm gula castor 100gm butter -nak guna selain anchor pun boleh 3 biji telur 1 pek oreo 1/2 sudu teh esen vanilla Blueberry fruit filling Cup  secukupnya
Cara:-
1. Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu 2. Masukkan butterndanb pukul lagi 3. Masukkan telur dan esen vanilla 4. Pukul sampai semua bahan rata 5. Susun cawan dalam loyang pembakar 6. Oreo perlu di buang crea…