assalamualaikum
nak buat kek akan jadi mudah kalau semua bahan dah tersedia... harii ini nak share buat simple tiramisu dalama masa 30 min dah siap
ini dia wajah tiramisu 30 min
resepi
bahan
500gm cream cheese
1 pek ladyfinger
200ml whippng cream
100gm gula castor
400ml air panas
1 pek instant nescafe
2 sud besar serbuk koko
cara:-
- campurkan air panas dengan nescafe dan ketepikan sebentar biarkan sejuk
- pukul cream cheese hingga lembut
- campurkan gula castor dan pukul lagi hingga rata
- masukkan whipping cream dan pukul hingga gebu
- ambil ladyfinger rendam dlm air nescafe tadi sekejap sahaja kemudian susun dalam loyang ukuran 6 x 6 inci
- ambil adunan cream cheese tadi dan letakkan atas ladyfinger dan ratakan..
- mengunakan ayak halus taburkan serbuk koko
- letak lapisan ladyfinger lagi dan masukkan cream cheese
- taburkan lagi serbuk koko
- simpan dalam peti sejuk bahagian beku atau chiller dalam 10 min untuk mengeraskan cheese tadi
- selepas 10 min blh di potong dan hidang
selamat mencuba
ok bai