Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi. resepi mudah utk buat..
dalam ayam ni saya masukkan nasi.. protien + karbohidrat
sedap
Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi
jom cuba resepi saya
resepi
1 ekor ayam
2 biji jus lemon
daun rosemary
2 sudu besar lada hitam - di tumbuk / kisar
serbuk BBQ ada di jual di TESCO atau Giant.. - sbb kat sp nak cari benda mcm ni kat Tesco n Giant yang mudah
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar butter
1 cawan nasi 3/4 masak
2 biji kentang
1 batang carrot
2 biji tomato
tempat pembakar hakak balut dengan aluminium foil
supaya senang untuk membasuh
cara
1. ayam basuh bersih2 dan buang isi dalam perut
2. Saya kukus ayam selama 5 min.. utk separuh masak.. air kukusan masak dengan nasi
3. lumur kan ayam dengan serbuk bbq, garam, gula, jus lemon dan lada hitam
4.potong dadu besar2 carrot dan kentang letak di samping ayam kulit lemon tadi jangan di buang belah 4 letakkan sekali.
5. masukkan nasi kedalam perut ayam dan taburkan rosemary
6. perap utk 5 jam atau lebih sikit tutup dengan plastik wrapping dan letak dalam peti sejuk
7. selepas 5 jam bakar sebelum bakar potong tomato letak di samping ayam dan letakkan butter
8. bakar hingga ayam masak.. suhu 160c
aroma daun rosemary dan lemon akan naik. apabila masak.
Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi
dalam ayam ada nasi
petua..
1. api jangan terlalu kuat..
2. air dari ayam kan memasakkan nasi dalam ayam, kentang, carrot dan tomato tadi
3. rasa dulu sebelum mengaramkan ayam
4. kalau mat salleh guna wine utk menaikkan aroma ayam.. tapi kita guna lemon jus atau limau nipis
selamat mencuba
ok bai