21 October 2017

CINNAMON ROLLS SENANG DI BUAT



Cinnamon rolls adalah sejenis roti juga. Roti yang di gulung dengan butter, gula perang dan serbuk kayu manis. Dalam buku Danish dan Paf Pastri yang Kak Z tulis kita mengunakan danish pastry untuk membuat cinnamon rolls. Resepi yang Kak Z tunjuk ini lebih mudah dan ringkas bahannya.

Anak-anak bila cuti sekolah kena siapkan makanan yang berat supaya kenyang. Pilihan Kak Z tentunya roti sebab mudah dan 1 kilo tepung boleh dapat pelbagai jenis roti. Cinnamon rolls juga adalah kegemaran anak-anak.

Resepi ini tidak mengunakan bread improver, softener dan telur. Dan akan tahan lembut lebih 12 jam. Kak Z olahkan dari resepi yang Kak Z dengan mr google. Maka terhasil resepi cinnamon rolls ini



Bahan A
10gm yis basah
15gm garam halus
20gm gula pasir
50ml air sejuk

Cara:
1. Campur semua bahan dan biarkan kembang

Bahan B

200ml susu tin
200ml air sejuk

Cara:
1. Panaskan susu biarkan suam

Bahan C
1kg tepung gandum
180gm gula pasir
100gm marjerin
20gm susu pekat

Cara:
1. Campurkan bahan C, A dan B.
2. Uli hingga tidak melekat di jari..
3. Jika lembik.. tambah 50gm tepung gandum
4. Masuk kedalam plastik dan ikat supaya aduanan tidak mengembang.
5. Jadikan 4 bungkus memudahkan proses mengulung doh dan mencanaikan doh
6. Masukkan kedalam peti sejuk yang beku dan biarkan selama 1 jam

Bahan D
250gm Butter
300gm gula perang
30gm serbuk kayu manis

Cara:
1. Gaul semua bahan hingga rata.

Proses mengulung dan membakar

1. Keluarkan 1 bahagian doh
2. Mengunakan roller pin . Canaikankan sehingga 1/2cm
3. Sapukan bahan D seluruh doh yang dicanaikan
4. Kemudian gulung
5. Selepas gulung potong setebal 1 1/2 inci
6. Gunakan loyang tinggi untuk membakar supaya doh naik cantik
7. Sapu loyang dengan shortening
8. Kak Z mengunakan loyang 8 x 8 inci dan tinggi 2 inci
9. Susun 3 x 3
10. Biarkan selama 1 jam
11. Kemudian bakar dengan suhu 180c sehingga atas kekuningan
12. Kak Z akan wash dengan telur supaya berkilat
13. Makan di kala panas sedap

Tips

1. Korang boleh tabur kismis atau coklat chips ketika mengulung doh
2. Jangan biar doh overprove sebab akan menjadikan doh bersarang. Tidak sedap.

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...