28 August 2015

KBBA Bloggers day @ Lawatan Ke Zoo Negara Kali ke 17 - PART 1

Assalamualaikum,



"kak, dah berapa kali akak pergi Zoo Negara?"
"17 kali..."

Banyak kali kan? Kenapa banyak kali?

Masa kecil kakak-kakak suka bawa adik dia yang comel bawa pergi Zoo sebab hendak kenalkan dengan binatang yang hanya ada di Zoo sahaja. Contoh harimau belang, singa, zirafah, gajah, badak air , badak sumbuk, kangaroo, babi hutan, orang hutan dan rusa. biasa kita akan melihat binatang ini di dalam television. Bila tengok depan mata baru rasa seronok.


Belakang itu adalah pintu Masuk Zoo.. dulu lain sekarang lain


Bila sudah besar selalu pergi dengan kawan-kawan, tempat dating dan sedara mara dari jauh, Kadang-kadang sekolah anak-anak buat lawatan mak dia pun ikut sekali. boleh hafal setiap jalan di dalam zoo. Tapi setiap kali pergi mesti ada perubahan.

Kedudukan zirafah masih kekal di tempat sekarang. Jirannya gajah telah berubah ke tempat lain yang di namakan savannah. Dulu keluasan Zoo negara tidak sama seperti sekarang. Sekejap sahaja jalan sudah habis. Sekarang kena habiskan masa setengah hari untuk menghabiskan seluruh zoo.

Anak dan cucu harimau


Masih ingat lagi sangkar harimau dan singa tahun 1980an. Kedudakan sangkar dalam, sempit dan berjaring. Kita akan melihat haiwan tersebut dari atas. Sekarang tidak lagi, kawasan sangkar lebih luas, dan boleh melihat lebih dekat.


Bergambar dengan gambar sahaja tak pe..kalau real takut ko.


Masih ingat lagi tidak suka bau yang tidak menyenangkan contoh zoo kotor dengan sisa makanan dan najis haiwan Tapi sekarang tidak lagi. Keadaan sangkar bersih, penjagaan binatang juga lebih teratur. Dulu tasik di tengah zoo kita boleh naik bot sekarang perkhidmatan bot tidak ada lagi. Kedai makanan juga terhad. Sekarang setiap penjuru yang kita lalui ada kedai makanan dan juga kedai cenderahati.


Dengan ahli KBBA

Pada 23hb August 2015, KBBA blogger Day, di Zoo Negara. Teruja juga sebab kali terakhir datang ialah tahun 2010, sebelum pindah ke Sungai Petani. Kali ini dalam kumpulan besar. Hakin, hanif dan Haris datang untuk kali yang ke-6 dan adik hanis untuk kali yang ke-3. Pukul 8.05pagi sampai menunggu pintu zoo di buka. Biasalah kami suka  awal.


Kami berlima sedang menunggu.. seawal 8.00 pagi sudah sampai

Kami bertolak datang awal sehari dan tidur di Bangi. Budak-budak 4 orang ni punya suka awal lagi sudah bangun. Semua pakai baju hitam sebab tema KBBA hitam dan merah. lain kali mak beli baju KBBA yer.. sarapan ringkas dalam kereta. Dalam kereta macam-macam mak pesan. jangan merayau-rayau, duduk dalam kumpulan, hendak ke toilet pun mesti inform mak dan macam-macam lagi. bila berada dlam kumpulan besar kita mungkin terlepas pandang anak-anak kita. Alhamdullilah sudah besar tidak perlu bawa botol susu, lampin, stroller dan baju lebih. Sekakarang sudah boleh jaga diri sendiri. dan lagi seronok dan faham untuk melihat haiwan yang ada.


Dengan penulis muda Azwar..

Jumpa budak ini disana.. Azwar Kamaruzaman. Penulis berbakat besar. Apa lagi bergambarlah kami. Seorang penulis buku masakan, seorang lagi penulis novel. Bila jumpa yang tua ni pun rasa muda..



Dalam kumpulan hornbill.. nasib baik tidak harimau..

Family akak di letakkan dalam kumpulan hornbill. Mudah untuk kami bergerak dalam kumpulan. Rasa macam pelancong pula. Kalau kita keluar negara terutama negara yang kurang pengunaan bahasa Inggeris kita akan mengenali kumpulan kita dengan tanda begini supaya kita tahu yang mana satu kumpulan kita. Anak-anak pun tahu dia kena gerak ikut kumpulan ini.. senang nak cari kalu hilang..Adik selalu hilang adehhhh.. anak aku tu...


Hanif the twin dengan anak Nani the triplet.



Ini farah, orang kuat untuk program KBBA blogger day ke Zoo Negara


Hanif dan Hanis


Haris dan Hanif di luar pintu masuk teruja

Sebelum masuk kami di beri penerangan, voucher makanan dan di bahagi mengikut kumpulan. Walaupun dalam kumpulan yang ramai kebajikan kami di jaga dengan baik. Setiap tempat yang  haiwan di lawati kami mendapat penerangan yang jelas. Akak rasa macam tertamu terhormat pula sebab Mr Phan dari marketing Department memberi penerangan secara individu.. sebab akak kan suka tanya dengan detail..Terima Kasih Mr Phan.

Walaubagaimana pun kunjungan kali ini lebih menarik. Keadaan Zoo negara yang bertambah baik akan menarik minat lebih ramai pengunjung. Mungkin perlu memperbaiki beberapa kelemahan. Akak nampak sebab sudah selalu pergi, Setiap kali pergi pasti ada benda baru atau sedang dalam pembaikan. Pihak pengurusan Zoo Negara.. Keep it up.. Semoga Zoo negara menjadi Zoo terbaik di rantau ini.

Sambungan di bahagian 2

ok bai







SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...