Tiket keretapi ETS akak hilang. Jalan penyelesaian tidak berada di pihak akak. Rugi RM283.00 aku. Sebab KTMB tidak mempunyai rekod pembelian untuk jejaki pembelian akak. Biar betul KTMB ni. Sikit punya bapak besar syarikat tidak simpan rekod pembelian penumpang?
Apa tujuan dia minta nama akak hari tu masa beli tiket?
Jawapan yang akak dapat no way out.. buy new tiket. Sebab kami tidak boleh track rekod..dan buat apa-apa. Termenung kejap.
RM283.00..Bukan sedikit untuk akak yer.. big amount of money. Kena akui kesalahan akak sebab cuai tiket hilang.. Tapi tidak ada rekod untuk rujukan.. apa ke hal? Sila jawap KTMB..
Bila kami melihat procedure tiket KTMB. Banyak untung KTMB. Kenapa? 1 tiket hilang RM80.00. Sepuluh tiket hilang RM800.00.
Warga asing boleh naik dengan sewenangnya. Kalau dia penganas naik train dari Padang Besar ke Singapore..mudah kan?Kalau pendatang asing tanpa pengenalan diri yang sah.. mudahkan?
Patutlah lambakan pendatang asing di Malaysia ni ramai. Dan Malaysia di jadikan transit. Tengah fikir ni.. tiada jawapan dalam diri akak..tolong jawapkan kawan-kawan..
Kami bila beli tiket ets kena beli insurance.. kena ada tiket utk claim insurance. Terpikir dalam fikiran... kalau train tu terbakar.. orang terbakar tiket terbakar..macam mana nak claim.. ? Sapa2 pun boleh claim sebab walaupun tidak kena mengena.. bukti apa yer? Haaaa...
Tidak ada bukti atau rekod yang kukuh untuk kita jadikan rujukan.
Apa gunanya kami bayar insurance tu? Boleh jawap tak? Sila jawap orang KTMB.
Kalau naik komuter fahamlah tidak perlu ambil no i/c atau nama.. dah nama komuter.. tapi ini adalah perjalanan jauh. Dari Sungai Petani Ke Tampin. Semalam naik bus dari TBS ke Masjid Tanah pun minta nama dan contact nombor untuk di hubungi. Bus pun bersistem ini kan pula keretapi api.. tidak ada sistem langsung. Puji dengan sistem pernerbangan sebab memang ada rekod penumpang.
Keretapi boleh pulak tidak ada rekod dalam simpanan mereka. Rekod berapa banyak tiket terjual adalah. Rekod siapa pembeli dan siapa penumpang boleh tidak ada..haruuuu sungguh.. sistem apa agaknya yang di guna pakai oleh KTMB? Selama ini akak travel dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.. patut lah ramai pendatang asing kat dalam tu. Hati pula berkata-kata selamat ke tak selamat...
Setiap jawapan yang bagi kepada akak bila bercakap dengan customer service dan di kaunter pembelian.. kecewa.. bercakap dengan salah seorang big boss pun mengecewakan sebab tidak ada rekod yang boleh mereka trac atas nama SITI HAZURA..hurmmm sila jawap
KTMB oh KTMB sila lah upgrade prosedure anda baiki mana yang boleh... kita dah masuk negara maju tau. Tak kan hal macam ini tidak ada penyelesian yang sesuai. Kami ni pelanggan tetap. Bukan sekali 2 naik.. banyak kali. Keretapi sikit punya canggih.. walaupun tak secanggih di Jepun.. tapi canggih lah di rantau Asia Tenggara.. tapi sistem tiket.. hampeh...haaaa.. sorry wa kutuk lu KTMB..
Akak share benda ini supaya tiada ulangan kali ke dua atau seterusnya pada diri sendiri dan kawan-kawan lain.
KTMB harap korang buat something to improve your sistem.. kalau buat survey customer satisfaction sure korang dapat 1 out of 10..siste, ticketing korang lah.. kalau lain dah ok ...haaaaa
Wajib report pd SPAD...
Ok bai