16 April 2016

Adik dan abang lawan kentut...hurmm anak mak



Selalu ada empat orang di rumah. Bila dua dah pergi kem kepimpinan. Tinggal dua. Abang dan adik. Dah tinggal dua orang nak tahu diaorang buat apa? Lawan kentut..

Abang marah adik jangan ketut.. lepas tu dia pulak yang kentut. Adik kata abang boleh, kenapa adik tak boleh.

Tetiba mak dengar.."abang kentut busukkk".


Tak kose nak layan.. baik tengok running man..dah tidur esok susah hendak kejut solat subuh kalau tidur lambat

Ok bai

Rumah sunyi .. kembar pergi kem kepimpinan



Si kembar tidak ada rumah, si adik macam kena tungau. Mana tidaknya..kawan gaduh tu..

Rumah kak z meriah sebagai mana korang tahu anak-anak kak z semua lelaki. Bergaduh perkara biasa. Tapi belum tahap bertumbuk. Hentam sikit-sikit adalah. Itu adat anak-anak yang membesar.

Si adik asyik tanya mana si abang. Bila abang kembar hendak balik . Baru ko tau sunyi bila abang kembar tak ada kat rumah. Hendak ajak abang hakim main xbox tak syiok sebab mesti abang hakim menang. Kalau ajak abang kembar.. adik ada chance untuk menang.

Tadi kak z talipon si kembar.. awak ok ker duduk kat sana. Dia orang ok aje. Masa sekolah rendah dalam darjah 1,2,3..diaorang sekolah tahfiz di Kuala Lumpur. Sekolah tu selalu buat perkhemah. Jadi tidak ada masalah untuk kembar menyesuaikan diri. Kembar nampak sahaja lembik. Tapi diaorang very adventure. Oleh kak z tidak risau sangat kalau anak-anak keluar untuk perkhemahan. Sebab kak z yakin anak-anak kak z mempunyai iktiar hidup yang tinggi. Insyallah

Ok bai

Muka Rasa Tegang Di Hari Ke 13 Ultherapy


ULTHERAPY

Muka Rasa Tegang

Kak z bukan jenis yang suka selfie tayang muka. Tapi semenjak buat ultherapy ni makin tersuka pula. Kak z dapat lihat setiap perubahan di muka. Sekarang rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang.

Selepas 13 hari. Kak z dapati pipi kak z yang kelihatan jatuh mula naik sedikit. Seperti doktor Kelvin terangkan perubahan akan nampak demi sedikit dalam masa 180-240 hari. Ini baru 13 hari...tapi sudah ada perubahan. Dagu yang belapis pun sudah mula kurang taw..flawless sangat sekarang ni.. woowzess.

Kulit muka semakin putih dan sekata. Kakak pun kata jeragat kak z mula menipis. Jerawat kecil ada naik sedikit. Tahu aje lah..bulan mengambang..hii tapi selepas buat facial.. jerawat mula kering. Lepas ni kak z kena usaha lebih untuk hilangkan jerawat yang suka sangat dengan muka kak z..chiookk z.



Bersama cucu @ anak menakan punya anak laa..



Kenapa ini terjadi? Sebab kolagen kak z sudah aktif bekerja untuk mencantikkan muka kak z. Ialah kak z faham.. kak z dah tua. Walaupun dah tua tak salahkan untuk nampak cantik. Penyanyi dan pelakon Cher sampai sekarang nampak cantik.

Kenapa perlu ransangkan kolagen? Sebab kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Tak lah bercita-cita untuk jadi remaja semula. Nampak segar dan muda pun kak z dah teruja..



Kate Whislet..pelakon titanic rupanya jalani ultherapy. Kak z tahu sebab Ultherapy Arab follow IG kak z. Ramai pelakon Hollywood yang jalani rawatan ini rupanya. Rawatan ini tidak memotong atau mengganggu permukaan kulit. Agak-agak Kajol buat rawatan apa? Hurmmm


waw boleh pakai untuk hari raya nanti,, orang nak baju cantik. Kak z nak muka, baju, tudung semua cantik tahun ini. Selamat bercantik Z.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...