Posts

Showing posts from December 17, 2016

SERI MUKA JINTAN MANIS

Image
Seri Muka Jintan Manis yang Kak Z akan share resepi ini adalah sesuatu yang menarik. Betul tak? Cukup santan dan gula pasti rasanya lemak berkrim. Aroma daun pandan dan pengukus buluh lagi lagi menaikkan bau seri muka ini. Jintan bukan hanya untuk masakan kari atau masakan pedas. Tapi kalau di jadikan bahan dalam seri muka baru korang tau "kick" nya rasa seri muka ini.


Kak Z mula belajar buat kuih talam ni selepas lahirkan si kembar dengan Makcik Hasma Nor. Dia menulis pelbagai buku resepi dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan. Melalui resepi yang Kak Z belajar , Kak Z membuat research dan development untuk sesuatu yang baru dan baik pulih resepi yang Kak Z belajar di internet. Buat dahulu dan baiki kelemahan. Sedap tekak dan elok kejadian baru boleh jual.
Kak Z bukan nak bangga dengan korang. Korang gaduh sana sini sebab tidak mahu share resepi. Berhentilah. Zaman Kak Z buat kuih mana ada google.. yang ada yahoo. Fb dan blog pun tarak. Buku resepi ada. Tapi ma…

AJAL DI MANA-MANA

Image
Betul orang kata..ajal orang mati kita nampak. Keadaan mereka dan dimana mereka mati. Ajal kita tak tahu. Dimana dan bagaimana. Hari ni Kak Z beli barang di Pasar Tani Pekan Masjid Tanah. Sebelah Station bus Masjid Tanah, Melaka. Tetiba kecoh sebab ada lelaki meninggal. Dari jauh Kak Z nampak mayat lelaki tersebut ada di atas kerusi tempat duduk penumpang. Katanya sejak subuh lagi lelaki tu ada di situ. Orang ramai sedang menunggu polis untuk mengambil mayat tersebut
Pengajaran yang Kak Z dapat. Di mana saja kita berada Allah boleh mengambil nyawa kita. Kita ni hanya pinjaman. Bila tak pasti. Sebab tu Allah rahsiakan tarikh kematian kita. Allah hendakkan kita sentiasa ingatkan dia. Ikut perintah dia. Kita tidak boleh menghakimi perangai orang. Mungkin luaran nampak jahat. Dalaman hanya Allah yang tahu.
Bila fikir senangnya lelaki tadi tu mati. Parking motor lepas tu duduk atas kerusi rebah dan meninggal. Kita macam mana..walhualam.. tunggu bila-bila masa aje Allah boleh ambil nya…