19 October 2015

TBS - TERMINAL BERSEPADU SELATAN



Hari ini balik ikut gate 6. Naik bus MARA. Pukul 2.30ptg. Dalam kul 4.30ptg sampai Melaka.

Akak suka dengan konsep sekarang. Kalau di Puduraya sesak. Sebelum di ubahsuai..hokeyy. Sekarang Puduraya dah cantik. Dulu Pudu itu tempat akak naik. Sekarang TBS lah..

TBS besar dan selesa. Dari TBS kita boleh boleh naik, LRT, komuter atau ERL jika hendak ke Pusat Bandaraya. Pilih sahaja pengangkutan yang anda mahu. Hendak ke KLIA boleh guna ERL. Hendak ke KL sentral boleh guna Komuter atau ERL. Kalau ke SOGO boleh guna LRT.
Harga tiket bergantung ke tempat yang anda hendak pergi.. Kalau ke KLIA RM29.00.. kalau ke Sogo RM1.70.. Kalau naik komuter tak hingat..

Ok bai

BLUEBERRY MUFFIN FAMOUS AMOS



Dari zaman Famous Amos kenalkan muffin ini akak suka sangat makan. Tapi rasa berubah. Dulu penuh dengan fresh blueberry. Sekarang macam guna frozen blueberry. Ialah. Orang dulu kurus kedengking.. sekarang gemuk gedempol...

Mana ada.. tengah diet ni... diet lah sangat.. tadi melantak kyros kebab. Lepas tu maffin.. lepas tu mango shake.. hanis diet mak hari ini

Ok bai

JERUBU DI KUALA LUMPUR

Waduh... ingatkan Melaka yang teruk jerubu.. Kuala Lumpur pun lagi teruk. Jarak penglihatan lebih kurang 500 meter




Minggu lepas jerubu mula nampak kurang. Hari ini datang semula. Anak-anak semua cuti. Jadi mak ambil peluang untuk selesaikan kerja di Kuala Lumpur. Di Seremban tadi kurang. Masuk sahaja Bangi dah mula kelabu asap. Ingatkan winter dekat Turin, Itali... rupanya jerubu di Kuala Lumpur

Ok bai

MANGO SHAKE CHATIME...FUUUHHHH SEDAP SANGAT



Mango shake bila minum terasa buah mangga. Teringat mango lassi di Dave Deli. Sedap sangat. Sekejap aje akak sedut habis. Konon konin.. sambil jalan sambil minum.. tak sempat keluar dari SOGO siap selesai akak minum



Akak beli di Chatime. Nama dia Mango Shake. Mangga di import dari Pakistan. Mangga Pakistan memang ler sedap. Pernah ada seorang kawan pos buah mangga dari Pakistan. Besar dan manis. Lebih kurang harum manis tapi besar sikit dari harum manis.



Harga RM8.90 termasuk GST. Berbaloi.. sebab sedap..

Selamat mencuba

Ok bai

SOGO, KL

Lunch di SOGO...



Masa tinggal di KL.. SOGO adalah tempat wajib setiap bulan. Kenapa? 1. Makan 2. Shopping. SOGO mempunyai foodcourt yang menawar. Dari masakan Melayu, Cina dan India. Foodcourt di tingkat 6 tidak pernah berubah dari zaman mula-mula SOGO di buka sehingga sekarang. Tapi kedai popiah sedap dah takmada.. masa mengandungkan adik sanggup redah jam atau naik LRT untuk sampai sini. Hari ini secara kebetulan datang Kuala Lumpur. Benda wajib hendak makan Kyros Kebab di LG.



Tapi akak frust.. sejuk sahaja hidangan dia. Tidak seperti selalu. Hendak complain pun tidak guna sebab yang ada hanya pekerja sahaja. Telan sahaja lah...sebab dah bayar RM10.50. Kalau bos kyros kebab Sogo baca entry ini tolong baiki mutu makanan anda.





Shopping pula, banyak benda menarik yang di tawarkan. Terutama waktu jualan murah. Terutama baju anak-anak. Banyak pilihan. Kalau ibu-ibu kat sini handbang murah-murah, cantik-cantik. Tapi tak pernah beli pun di sini.. tak mampu..

Dari tingkat 1 hingga tingkat 5 korang pergi semua rambang mata. Kalau aku dapatlah pinggang mangkuk kat sini.. habis aku hangkut..
Sabar zura .. sabar..

Sekarang hendak balik Melaka

Ok bai