10 June 2013

Bread and butter puding with cream custard sos

assalamualaikum..

hari ni suka sgt boleh share sbb byk oder.. so tangkap gambar byk2 utk blog sy.

bread and puding with cream custard sos... senang, cepat dan murah utk dihidang kpd tetamu
 masih panas dan baru keluar oven


disiram dgn custard sos

bahan

8 keping roti- potong 4
5 biji telur A
200 gm butter
500ml susu cair
kismis
secubit serbuk kayu manis

cara:-

1. sapukan butter pd roti depan dan belakang susun dlm tempat pembakar satu persatu
2. pukul telur mcm buat telur dadar dan campurkan susu dan  garam
3. taburkan kismis.
4. tuangkan bancuhan telur susu tadi hingga roti tenggelam
5. baki butter potong kecil dan di tabur roti tadi
6. tabuskan serbuk kayu manis supaya pudding kita berbau harum
7. bakar suhu 180c hingga kekuningan.. biarkan sejuk

sedap dimakan bila sejuk

bahan sos;-

2 sudu besar custard
50gm gula
500ml susu cair
secubit garam

1. campurkan semua bahan dan masak atas api
2. hendaklah sentiasa kacau supaya tidak hangit
3. bila sudah berbuih tutup api
4. biarkan sejuk dan bila hendak makan curahkan atas pudding tadi.


selamat mencuba

Cream Puff - choux pastry

assalamualaikum,

cream puff sedap dimakan dgn cream custard.. mengikut kisah tok moyang mat salleh original recipe dari france. kemudian ke england.. dan tersebar keseluruh dunia.  saya suka makan dgn wipping cream lagi lemak dan mengemukkan..

share my cream puff picture.. and recipe

cream puff.. nice to look delicious to eat

bahan:-


250ml fresh milik
100gm butter
5gm garam
10gm gula
125gm tepung high protin
3 biji telur B

Cara:-

1. panaskan susu segar hingga mendidih
2. masukkan mentega, garam, gula dan kacau hingga larut
3. masukkan tepung dan gaul  hingga rata.
4. masukkan kedlm pemutar kek.. selepas seketika biarkan sejuk sebentar
5. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
6. masukkan kedlm piping beg dan bentuk bulat
7. Bakar dgn suhu 180c selama 20-25 min
8. sejukkan pipekan krim custard


Pastry Puff

Assalamualaikum 

sedapkan sejuk-sejuk ni  dan perut lapar makan puff sardine atau kari ayam sedap.. mari cuba



Bahan  A :-
1/2kg tepung high protin.. sy guna tepung gandum aje
15gm gula castor
50gm butter
5gm garam
250ml air sejuk

Bahan B:-
250gm pastry margerin

Bahan  C:-
Sebiji telur untuk sapuan

Cara
1.       Adun bahan A hingga menjadi doh.
2.       Rata doh dgn rolling pin memanjang. Masukan pastry margerin. Lipat. Bungkus dgn plastik film.. masukkan kedlm peti ais dlm 2 jam.
3.       Keluarkan lipat  selapis lg. masukkan kedlm peti ais semula biarkan selama 2 jam.
4.       Keluarkan doh. Ratakan dan bentukkan 4 segi mengikut citarasa dan isikan filling dlmnya.
5.       Sapukan doh dgn kuning telur dan bkas selama 20 min suhu 180c.


Kek Kukus Buah

Assalamualaikum..

kek kukus  ada banyak version. klu di negara mat salleh mereka mngunakan bahan campuran Rum untuk mengekalkan ketahanan kek tersebut. kek ini akan dihidangkan terutama pada hari  krismas. hari ini saya hendak share kek ini yg halal. tidak mengunakan bahan yg memabukkan. kalau kek ini dijual dipasaran harganya RM60.00..


Fruit Cakes

kek yang telah dipotong

kek ini lembap dan terasa banyak buah


Bahan-bahan
Bahan A:-
250gm butter anchor
350gm gula pasir
60ml air
500gm buah-buahan campuran
200gm gram kacang walnut

Bahan B - diayak
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan C
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1.       Masak gula hingga keperangan dan masukkan air perlahan-lahan biarkan sebati .
2.       Masukkan butter sehingga cair
3.       masukkan buah-buahan campuran dan kacang walnut dan kacau rata biarkan sejukkan.
4.       Bila sejuk masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
5.       Pukul telur dan esen sehingga kembang
6.       masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
7.       Masukan kedalam Loyang dan tutup dgn plastik film atau plastic yg diikat. Pasti tidak terbuka ketika mengukus.
8.       Panaskan kukus. Kukuskan selama  4jam. Jgn buka tudung pengukus ketika mengukus .
9.       Jika mahu tambah air gunakan air panas supaya wap panas tidak menganggu texture kek ketika masak.
10.   Pastikan kek di potong ketika betul2 sejuk.


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...