Posts

Showing posts from August 28, 2017

BISKUT SEMPERIT YANG LARIS

Image
BISKUT SEMPERIT Bila hari ray asibuk buka buku resepi. Bila buat tak sedap tong sampah yang kenyang. Pastinya menyumpah sampai tak sudah. Kalau beli ya rabbi mahal. nak makan 4 orang tu. sekali hadap sebotol. Kenalah buat sendiri. Berbotol-botol mak ko buat.. makan sampai hijou. Lepas tu senyap smpai tahun depan dia minta. Mom nak biskut semperit please. Jadi mak diaorang kena lah tulis dalam blog ni supaya senang nak rujuk. 
Resepi yang akak guna ialah dari  http://www.tiffinbiru.com/2015/07/biskut-raya-6-biskut-semperit-cinta.html. Memang puas hati. Mat Gebu dah biasa buat menguna resepi ni. Insyallah akan menjadi. Bahan yang digunakan pun mudah. Ada sedikit pengolahan dari akak mengikut kesesuaian diri.Korang boleh mencuba teknik dari Tiffin Biru atau olahan Kak Z. Joom kita buat..
Bahan: -
250 gram mentega - Anchor 1 kuning telur 150 gram gula aising (che mat guna 130 gram) 250 gram tepung gandum yang di sangai dalam oven selama 20 minit  150 gram tepung kastard  30 gram tepung j…