30 January 2016

Peraduan Bonanza OK 2015.. majlis penyampian hadiah


Apa itu OK? OK ialah produk Orang Kampung. Selalu kita tengok minuman Long Jack Orang Kampung atau Kacip Fatimah Orang Kampung.


Pada 9hb Januari 2016, Orang Kampung telah mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Bonanza OK 2015. Acara ini telah di adakan di Mahkota Prade Melaka.





Akak sebagai blogger telah di jemput menghadiri majlis ini. Hadiah yang sediakan kepada para pemenang sangat menarik. Pemenang Utama akan mendapat Kereta Axia, pemenang kedua akan mendapat Motor vespa dan pemenang ketiga mendapat motor Modenas. Terdapat juga hadiah lain seperti emas, tv dan talipon.

Peraduan ini telah dia adakan dari tahun 2015. Pemilihan pertama telah diadakan pada bulan Jun 2015. Ini adalah pemilihan kedua. Para pemenang datang dari seluruh Malaysia.

Sebelum pemenang utama di umumkan, mereka harus bersaing terlebih dahulu.. hanya 3 pemenang utama telah terpilih.





Banyak benda yang menarik dari produk Orang Kampung ini. Produk orang kampung bukan hanya minuman ada juga barangan kesihatan yang lain.




Majlis ini memberi kami sebagai blogger meramah mesra dengan pekerja Orang Kampung. Terima kasih atas layanan yang baik kepada kami dan jemputan.







Ok bai

Zang Toi West 57th Street Cafe Freeport A Famosa Outlet



Zang Toi bukan sekadar jenama pakaian di butik. Zang Toi juga ada cafe. Konsepnya mudah Zang Toi Boutique Cafe. Cafe yang akak pergi ialah di Freeport A Famosa Outlet, Melaka. Zang Toi cafe yang utama terletak di tingkat 4, Parkson Pavillion dan Restaurant Zang Toi di Lot 10. Masa zaman sekolah di Kuala Lumpur dulu, balim sekolah lalu Bukit Bintang mesti jumpa butik dia. Tapi kami tak mampu nak masuk sebab tau jer lah budak sekolah.




Simpan impian dalam hati..satu hari mesti sampai. Setelah 20tahun tinggalkan sekolah kat Bukit Bintang tu baru lah dapat rasa masuk butik ZangToi. Di jemput untuk datang..waaa..bangga kejap.. Tokey dia ajak makan dia kafe Zang Toi.. apa lagi.. lupa aku tengah diet..









Pintu masuk kedai beralamatkan butik Zang Toi di New York. Masuk sahaja cafe..wow so cozzy. Simple tapi menarik. Sambil Makan boleh pilih baju. Jenama Zang Toi tu...





Di sambut oleh manager Amir Abdullah dan yang lain-lain.





Pertama kali datang ialah pada bulan Disember lepas. Waktu itu sempat juga lah berkenalan dengan pemilik kafe. Kali ini datang dia masih lagi ingat akak.. padahal aku sudah hampir lupa wajahnya.. Pelupa akak semenjak dua menjak ni..hii..ok dah tua..hokey..







Dia pun ajak makan dia kedai dia. Hulur tapak tangan satu dulang mak tadah kan. Macam-macam lah kami dapat makan. Adik-adik yang datang puas hati sangat lah dapat makan.





Hidang utama ialah chicken chop dan nasi lemak rendang. Lepas makan hidangan utama.. kami hendak makan sandwich. Sebab macam sedap dalam gambar poster dia.



Sedap engkao..penuh dengan rasa cheese.. paling terasa ialah parmesan.. mak oii habis diet makcik. Makan tak hingat doniaa..






Dah kenyang makan sandwich makan kek lah pulak..lagi tambah kilo. Tadi timbang tambah 1kilo..huu.. nangis..tapi sedap punya pasal. Makan juga. Paling akak suka ialah Pandan cocounat cheese cake. Wangi rasa pandan dan kelapa parut..perrrhh authentic taste guwa cakap luuoohh..







Makan pula Chocolate Banana Cakes dan Lemon Tea Cakes. Mana boleh tahan tengok orang lain makan. Akak pun makan lah..sedap memang sedap...walaupun akak kurang dengan kek coklat. Hidangam ini semua kita layan dengan minum Zang Toi Tea punch. Orang putih kata so cooling. Sebab menyejukkan.

Kami ni allergy jumpa kamera mesti hendak bergambar.




Layanan pekerja yang melayan kerenah kami. Terima kasih adik-adik..riuh lah kedai



Nanti kami datang lagi tau. Jangan jemu layan kami. Lain kali nak makan lain pula. Tapi Zang Toi Tea Punch no. 1

Ok bai

Chinese New Year Dinner di Huang Restoran A Famosa Melaka

Masih memikirkan makan malam di mana sempena Menyambut Tahun Baru Cina? Entri saya akan menyelesaikan masalah anda.



Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016 atau Tahun Monyet, Huang A Famosa Resort Menawarkan package yang menarik. Hidangam yang enak dan berbaloi dengan harganya.

















Akak dan geng yang suka jalan-jalan cari makan dah cuba semua makanan ni. Sedap dan memenuhi citarasa. Ada ayam, udang, daging dan ikan. Akhir sekali kami di hidangkan dengan pencuci mulut yang menyegarkan.



Habis licin lapan orang makan. Sedap sungguh ler tu. Tetiba chef lalu depan mata. 'Chef..can i take picture with you?'. Selama akak datang makan disini pertama kali jumpa chef yang masak untuk akak.

'Chef sedap lah you masak hari ini?'..meleret chef senyum



Ok bai

Freeport A Famosa Outlet..Upacara Pembukaan

Freeport A’Famosa Outlet mempunyai lebih dari 60 buah kedai fashion, sport dan perhiasan diri keluasan kawasan ialah 180,000 kakimpersegi yang di hiasi tasik buatan manusia, air pancit dan kincir angin yang menarik. Ini adalah berlatar belakang bangunan Belanda di negeri Melaka.

Jenama yang ada seperti Nike, Cotton On, Esprit, Puma, G2000, Carlo Rino, Clarks, Forever 21, Samsonite, Folli Follie dan banyak lagi. Pada 28hb Januari 2016, tempat ini telah di rasmikan pembukaanya oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.



Kehadiran kami sambut oleh gadis berkebaya baba nyonya Melaka. Sungguh menarik kerana kerana warna warni yang mengambarkan Pelbilang kaum di Malaysia.





Freeport akan menjadi tempat shopping terbaru akak lepas ni..hii
Banyak pilihan dan harga yang berbaloi.



Mempunyai tempat letak kereta yang luas. Jika k7ta menghadapi masalah ramai kakitangan akan membantu semasa kita disana.


Kemudahan asas yang lain ialah tempat makan yang selesa, surau, tandas dan nursery. Suasana yang luas mudah untuk membawa anak-anak di sini.








Pengacara untuk majlis ini ialah Wan Zaleha Radzi. Dalam kepanasan pagi suasana masih happening dengan adik-adik blogger yang lain. Rakan media dari utusan, berita harian, awani rtm dan awanimturut hadir





Untuk ke Freeport A Famos outlet mudah sahaja. Melalui Lebuhraya Utara-Selatan/E2 ke Lebuh AMJ/Route 19 in Kampung Taboh, Alor Gajah. Ambil susur keluar 227-Simpang Ampat dari Lebuhraya Utara-Selatan/AH2/E2. Dari toll ke pekan Simpang Ampat terus ke Freeport A’Famosa.

Selamat bershopping di Negeri Melaka..ok bai