08 June 2020

CUCUR UDANG SAYUR



Cucur Udang Sayur. Sedap untuk minum petang. Resepi ini mengunakan Eno, tidak mengunakan yis atau serbuk penaik. Resepi ini Kak Z belajar dari jiran Kak Z di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Keistimewaan Cucur udang ini tidak berapa berminyak didalamnya selepas di goreng. Kalau mengunakan soda bikarbonate, baking powder atau yis dalamnya pasti berminyak. Makan sebiji sudah menjadikan kita jemu, mual atau muak. Betul tak? Tapi jika mengunakan resepi ini tidak 3 biji seorang. Percaya lah cakap Kak Z ni. Korang boleh cuba senang jer. Lepas tu cicih dengan sos thai..perrhhh.. tak cukup seketul dik..jom buat

Resepi:-

Bahan:-

15 ekor udang  saiz M atau L (ikut suka) - buang hujung yang tajam
500gm tepung gandum
1 sudu besar garam halus
1/2 kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 biji bawang besar - di hiris
Sayuran ikut suka
800ml air
1 sudu besar eno
Minyak mengoreng

Cara:-

1. Gaulkan tepung, garam halus, pewarna, bawang dan sayur dengan air. 
2. Adunan adalah seperti jemput- jemput atau kodok pisang
3. Taburkan Eno atas aduan biarkan eno berbuih
4. Kemudian gaul  rata.
5. Biarkan selama 10 min untuk kembang
6. Panaskan minyak dalam kuali, minyak perlu banyak sebab deepfry
7. Jalan hendak membentuk bulat macam Kak Z buat gunakan senduk
8. Panaskan senduk dalam minyak panas dan selepas panas biarkan api sederhana
9.  Angkat dan isi minyak sedikit dalam senduk
10. Isikan adunan dalam senduk sebanyak 1/2 senduk
11. Letak udang atas adunan
12. Goreng dalam minyak 
13. Biarkan agak 30 saat, aduanan akan tanggal dari senduk
14. Terus terbalikkan supaya udang tidak meletop
15.Goreng hingga kekuningan

Selamat Mencuba

Ok bai
 

MASAK LEMAK CILI PADI DAGING DENGAN REBUNG




Ada jiran bagi Kak z rebung jadi akak pun asamkan rebung tu. Caranya buang kulit rebung dan potong kecil-kecil.

Basuh dan masukkan kedalam bekas yang bertutup. Campurkan air panas dan garam. Selepas 3 hari rebung sudah boleh digunakan dalam masakan

Cara memasak ada di youtube


Bahan:-
1/2 kg daging
5 ulas bawang merah
2 ketul kunyit hidup setiap satu 5cm
10 biji cili padi. Kalau suka pedas boleh tambah. 
2 keping asam keping
2 batang serai
300ml santan pekat
1liter air
Garam secukupnya
1 mangkuk rebung
Timun sebagai agen pelembut daging

Cara:-
1. Potong daging kecil-kecil dan basuh bersih
2. Kisar bawang, kunyit dan cili padi hingga halus
3. Basuh rebung untuk hilangkan rasa masin
4. Masakkan daging bersama rebung.
5. Masuk bahan kisar, serai yang di ketuk dan asam keping
6. Masukkan air dan timun masak hingga daging lembut
7. Timun digunakan untuk melembutkan daging
8. Daging dah lembut masukkan garam secukupnya
9. Masukkan santan. Dan perlu sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak
10. Lauk akan mendidih. Tutup api dan kacau lagi
11. Boleh hidang

Selamat mencuba

Ok bai
#masaklemak #stayathome #rebung #laukmelayu

ACAR BUAH BEREMPAH




Masam, Manis dan Masin. Adalah gabungan rasa Acar Buah Berempah ni. Pertama kali cuba dengan tunjuk ajar kakak Kak Z. Dia kata lulus. Sambil buat sambil rakam untuk youtube. Menjadi juga akhirnya. Memula ingat susah. Senang rupanya. Korang pun boleh buat. Step by step ada dalam video ni.
Dah jom buat. Step by step ada di youtube


Bahan:-
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji sawi
2 sudu besar bijan
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5cm halia
Buah Kundur 1 pek
Asam jeruk boleh campur pelbagai jenis
1/2 cawan cuka makan
Gula secukupnya
Garam secukup rasa

Cara:-
1. Kisar bawang merah, putih dan halia ketepikan
2. Goreng bijan tanpa minyak hingga kekuningan
3. Goreng lada hitam, ketumba, jintan dan cili kering hingga naik bau. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air
4. Kundur patahkan dan campurkan dengan jeruk.
5. Tumiskan biji sawi hingga garing. Masukkan tumisan bawang dan masak hingga  garing
6. Masukkan rempah ratus. Sentiasa kacau supaya tidak hangus
7. Sesudah garing tambahkan cuka, garam dan gula
8. Mengunakan jari korang kena rasa sedap atau tidak rasa manis, masin dan masam
9. Cukup rasa masukkan buahan dan kacau
10. Kecilkan api dan biarkan mendidih sekejap.
11. Siap simpan acar dalam pasu. Supaya mesra. Kalau tidak ada pasu bekas lain pun boleh
12. Taburkan bijan. Acar sedap di makan selepas 3 hari

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...