11 November 2019

MEH BELAJAU BAHASA MELAKA HAWAU






Bila Kak Z duduk di negeri orang ramai kah yang cuba hendak berbahasa Melaka. Tapi macam hawau sahaja bunyinya. Hari Kak Z share perkataan yang biasa di gunakan oleh orang Melaka. Oleh sebab cuti sekolah dah dekat. Korang suka datang Melaka, cuba belajar bahasa Melaka. Mana lah tahu dapat discount masa bershopping atau di kedai makan.

1. Kainsal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Gadak,Berbokoh, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. BerKepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
24. Sengkuap
25. Mengkewan
26. Pare - yg Kt Dapur

Info : DJ AMY #lokos #thanksebabshare

PERTAMA KALI MENCUBA CAKAP MINANG


Untuk yang baru hendak belajar bahasa minang, tolong berhati-hati kepada sesetengah perkataan..
Contoh
1. Ketat - kotek.. ( bukan kotek.. itu lucah .. perkataan betul ..kotat)
2. Kertas - kotey.. (bukan kotey..lucah jugak tu... perkataan betul.. koteehh.. jangan salah sebut tau)

Jadi sebelum nak pinang orang yg berbahasa minang, sila belajar betul- betul. Jika tidak,ko kono golak dongan bakal metuo kau sobab ko melucah

Ok bai

04 November 2019

TRAVELOG 30: DARI HONG KONG KE MACAU

Travelog hong kong dan macau 10-13 may 2018. Ini adalah trip kedua trip pertama 9-12 mac 2018
Percubaan menaiki tongkang di kawloon harbour pada hari pertama gagal. Dah naik turun balik sebab angin kuat. Takut. Try kali ke-2 pd hari ketiga hari cerah berjaya round harbour dengan aqualuna bot. Hari kedua ke  macau naik turbo jet @ Water jet  balik di badai ombak dan ribut. Sepanjang perjalanan alert warning. Hari pertama dan kedua ribut bawa hujan mist..sejuk..24c..
Hari ketiga pagi naik star ferry.. sebab seronok. Maka naik berulang kali

Kawloon -center -kawloon
Kawloon -wan chai

Lepas tu Round Hong kong island naik tram dari central ..  pesan akaktak perlu beli package utk naik tram. Korang naik je dari mana2 tram round satu island HKD2.30. petang kul 3 naik aqualuna sebab hari pertama tidak berjaya
this good experience for me. When you are travelling by sea and by air..Lepas tu jumpa manusia tidur tepi sogo because sale..rupanya diaorg ni personal shopper..make up..minyak wangi skin care memang amat murah kat Hong Kong..
Handbeg chanel prada lv lebih murah dari harga kat Malaysia..
Akak duduk di chungkin mansion memang shopping area. Sebelum ni akak duduk di chungkin mansion hampir kena pickpoket. Kali ni rasa selamat lift dah 2. Dulu satu.
Area ni mudah utk korang access mana tempat korang nak pergi hanya walking distant sahaja. Dan MTR station keliling Chungkun mansion. Ada supermarket beli barang keperluan namanya International supermarket agak murah. Jgn beli kat isquare mahal

Perbelanjaan.
Topup octopus card HKD300 tapi hanya belanja HKD123.00
Tiket aqualuna beli di Klook daylight trip RM69.00
Turbo jet pergi balik hong kong -macau  HKD331.00.
Bus di Macau -30.00 (duit macau)
Dim sum HKD56.00
Makanan bawa dari malaysia. Jadi jimat utk backpacker yg jimat cermat mcm akak.
#hongkongtrip #macautrip #travelblogger #makcikbackpacker #lifestyleblogger #solotraveler
Ok bai

13 October 2019

PETUA: MENGHILANGKAN BAU DALAM BLENDER DENGAN SERBUK KOPI



Benda paling menyampah bila hendak guna blender untuk bancuh tepung atau buat juice. Bau yang selalu ada ialah bau bawang putih atau merah dari dalam blender tu. Macam mana hendak hilangkan bau tu? Ada yang bagi petua basuh dengan sabun serbuk. Akhirnya juice Kak Z berbau sabun. Ada kata pakai garam. Bau juga. Tapi bila Kak Z jumpa guna serbuk kopi.. menjadi ko. Hilang bau bekas blender aku. Menakjub kan.


Bukan hanya guna pada bekas blender. Tapi boleh juga guna petua ini pada tupperware atau bekas kita yang simpan tempoyak. Aku tidak suka tempoyak. Durian pun tidak suka. Apatah lagi tempoyak.


Caranya ialah bancuh 2 sudu serbuk kopi dengan secawan air panas. Masukkan kedalam blender atau bekas yang kita hendak hilangkan bau. Campur air paip biasa memenuhi bekas dan biarkan selama 2-3jam. Selalunya Kak Z biarkan lebih lama.


Kalau kita tidak mahu mengunakan serbuk. Boleh juga mengunakan uncang. Ambil 1 uncang campur dalam air panas dan masuk kedalam blender. Dan penuhi blender dengan air. Sama caranya dengan teknik serbuk.

Jangan guna serbuk nescafe atau 3 in 1 pula. Itu untuk korang minum. Selamat mencuba insyallah

Ok bai








16 July 2019

FLASHBACK : PERJALANAN DARI MASJID TANAH KE TAIPING


10 Mac 2017 antara tarikh yang Kak Z tidak boleh lupakan. Pukul 11.15 malam , Kak Z mendapat panggilan dari Kak Long, Abang Zul meninggal di Taiping, Perak. Bang zul adalah suami kepada Kak Lang. Terkejut dan otak macam tidak boleh hendak proses waktu tu. Rumah Kak Lang depan rumah  Kak Z je. Diaorang ke Taiping melawat kampung Bang Zul.  Kak long panggil, Zue oh zue ko ok tak? Baru tersedar. Aku baru nampak Band Zul basuh kereta BMW dia 2-3 hari lepas dekat depan rumah. Hari ini Bang Zul dah meninggal. 

Kak Long tanya nak pergi atau tidak. Arwah akan di kebumikan di Taiping.Terus jawap yer adik pergi. Sebab teringat Kak Lang yang memang rapat dengan Kak Z. Rumah dia depan, rumah Kak Z belakang. Mesti pergi. Hati kata kesian kakak aku. Pukul 11.30 malam, Kak Z kejutkan semua anak-anak, Beritahu yang Paklang Zul meninggal. Semua terkejut walaupun dalam keadaan pisat.  Kak Z suruh Siapkan baju nuntuk pergi ke Taiping malam itu juga. 

Dalam masa hendak bersiap baru teringat kereta aku tidak boleh jalan jauh. Sebab tau je lah kereta dah uzur. Dekat-dekat bolehlah. Sekarang hendak naik kereta apa? Atau nak naik bus pagi esok dengan anak-anak. Naik bus sampai sana pastinya dah petang.  Sambil termenung ternampak kereta Gen 2, kereta anak Kak Lang yang dah lama tidak guna. Pergi tengok road tax masih hidup. Ambil kunci dalam rumah Kak Lang cuba start. Alhamdullilah enjinnya boleh di hidupkan. Tapi kena periksa yang lain juga. Antaranya :-

1. Minyak hitam – bila Kak Z periksa ada lagi
2. Tayar – masih ada angin
3. Air dalam Tangki – Penuh
4. Air Radiator – penuh
5. Air Bateri – ada sikit kena tambah
6. Minyak kereta – kena tambah
7. Tayar spare -  ada angin atau tidak sebab kita tidak tahu apa akan terjadi di tengah jalan betul tak?

Image result for bateri kereta
Bateri Kereta - Sumber Google

Bila semua berada dalam keadaan baik, kami bertolak pada pukul 2.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan Kak Z pesan pada anak-anak kena jaga adab di tempat orang. Cara mengendalikan jenaazah mungkin tidak sama di tempat orang dengan tempat kita. Kak Z dah merantau banyak tempat dan berbeza. Pesan anak-anak mulut kena jaga. Perjalanan kita jauh. Manalah tau muncul mahluk yang tidak di jemput. Takut lah. Dah lah Kak Z memandu seorang. Anak-anak pasti semuanya tidur dalam perjalanan. Memulakan perjalanan dengan baca doa supaya perjalanan pergi dan balik kita selamat. Antara doa yang Kak Z selalu amalkan ialah:-

1. Doa perjalanan supaya perjalanan kita selamat pergi dan balik
2. Doa naik kenderaan
3. Surah Al Fatihah
4 Ayat Kursi
5. surah al Mulk ayat 1-5
6. Surah al Taubah  ayat 129


Pukul 2.00am-3.00am adalah waktu paling nyenyak kita tidur. Kita digalakkan bangun waktu ini untuk Qiamullai. Kak Z risau mengantuk masa dalam pemanduan. Tapi pada hari itu adalah hari Jumaat , anak-anak balik sekolah pukul 12.00.  Sampai sahaja rumah Kak Z terus baring dan tidur. Kak Z dah masak sebelum ambil diaorang dari sekolah. anka-anak makan sendiri, pergi solat jumaat sendiri. Kak Z tidur tidak ingat dunia dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 7.00 petang. Nikmatnya. Aku uzur @ period so ada excuse tidak solat yer. Rupanya malam tu kena drive ke Taiping.  Cerah mata sepanjang perjalanan aku…haaa.  Ini lah di namakan percaturan Allah. Betul tak?


Pukul 3.50pagi  sampai di Lembah Klang.  Lajunya aku drive. Singgah Starbuck. Area mana tidak ingat. Rasanya area Damansara. Maka belilah kopi Starbuck dan air mineral botol besar.  Kenapa? Kopi Starbuck sebagai booster untuk Kak Z. booster tu bagi tenagalah. Bila air kopi habis. Kak Z tambahkan dengan air mineral tu. Rasa ngantuk sedut je air mineral tu. Sampai R & R Tapah berhenti buang air. Passenger 3 kat belakang dah sampai alam mana entah. Orang berhenti pun tidak sedar. Co pilot abang hakim boleh harap. Dia sama-sama berjaga. 

Sampai taiping Pukul 7.30pagi.  Kak Lang memang sedih lah sebab suami dia meninggal.  Semua urusan selesai pukul 11.00pagi.  Pukul 1.00 tengahari , aku pun tidur sampai pukul 5 petang. Bangun untuk persiapan tahlil malam tu. 




Tayar Botak - Sumber Google

Hari  Ahad Kak Z kena balik ke Melaka semula. Sebelum memulakan perjalanan kena periksa semua. Tapi satu  benda yang Kak Z tidak periksa ialah keadaan tayar di sebelah dalam. Sebenarnya ke empat-empat taray kereta Gen 2 yang Kak z  pandu menunggu masa untuk pecah. Dah teruk sangat. Itu pun selepas anak saudara Kak Z bagi tahu ketika dia hendak service kereta. Allah memang melindungi kami lima beranak. Melaka- Taiping- Melaka. Itu adalah kecuaian Kak Z. Cerita dua tahun lepas. 


Bateriku.com.  Kak Z pun tidak tahu apa bendanya bateriku.com ni. Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan kereta di lokasi dengan hanya panggilan telefon atau WhatsApp. Diaorang akan datang ke tempat atau lokasi kita dengan segera untuk membantu kita terutama yang kurang berpengetahuan tentang bateri dan masalah kereta. Kita hanya perlu relax dan menunggu krew bateriku.com datang dan menjalankan perkhidmatan mereka. Masyallah senangnya.

Selepas ini Kak Z tidak perlu risau jika bateri kong samada di rumah atau atas jalan. Pengalaman travel dengan memandu kereta memang banyak. Kena tipu dnegan bengkel pun pernah. Oleh itu sebelum memulakan perjalanan Kak Z memang akan melakukan pemeriksa antaranya bateri. Dengan wujudnya bateriku.com, lagilah mudah perjalanan Kak Z. boleh melancong on the road  seluruh semenanjung tanpa risau bateri kereta kong tengah jalan dengan adanya bateriku.com. 

 Talipon 0111-600-600-8. Customer service akan membantu korang. Atau bukan laman web bateriku.com carian kawasan korang berada contoh Melaka. Dapat nombor talipon yang korang boleh minta bantuan. Mudah kan?

Ok bai


12 July 2019

GRADUATION FLOWERS: DIFFERENT TYPE OF GRADUATION LEIS BY LITTLE FLOWER HUT


One way of celebrating a graduation is a gift of graduation flower lei. Many graduates, kids and adults, want to have leis on graduation day. So, if you want to greet someone on graduation day, you can send Flower Delivery of leis. The Little Flower Hut offers different types of graduation leis for florist delivery on graduation day. Check them out here:




  • Traditional Leis
Traditional leis for graduation ceremony are something that you can give to the graduate to convey your heartfelt greetings. This flower design is also perfect to put on the graduation robes and to add something to the graduation outfit. The leis are made from purple Orchids. Traditional leis can be given on or before the graduation ceremony depending on the rules of the school. This is the most common design available at any flower shop.

  • Paper Money Leis
Paper money leis are also another popular type of graduation leis. The florist can arrange special money lei based on your order and request. You can send or give money lei to the graduate after the ceremony or even during the celebration at home or in the venue. You can also pair it with a stunning graduation flower.



  • Candy Leis
Candies are used to design and create cute and adorable candy leis. The candies wrapped with colorful plastic are an alternative to the flowers and leaves. This special gift is a simple yet very adorable way to wish the graduate good luck and happiness for the achievement. 

  • Ti Leaf Leis
A Ti leaf lei is very simple in appearance but very symbolic of a cheerful greeting for the male graduates. This is a great choice of gift to someone graduating from college. The online florist creates special leis for the graduation gift as ordered. 

  • Silk Leis
The florist also has beautiful designs for silk leis. Silk leis are graduation flowers gift made from silk. They are available in different colors, flower designs, and sizes. There are silk leis in designs like Carnations, Orchids, Ti Leaf, Daisy, Rose, and Lily. 

The tradition of giving leis to the graduate on graduation ceremony or after the ceremony has long been practiced. This is intended not just to convey your heartfelt and sincerest greetings but also to make the event special and unforgettable. The Flower Delivery of graduation flower leis makes a thoughtful gift for a very special person who completed the course. 

graduation flowers gift flower shop graduation flower

05 May 2019

GLOBAL FLAVOUR BURGER DI HARD ROCK CAFE MELAKA


GLOBAL FLAVOUR BURGER


As usual. Petang Sabtu hari pawww... mak. Ini adalah masa untuk kami berlima untuk lepak, makan, gelak atau menonton wayang. Hari ini 4hb Mei 2019. Maknanya 2 hari lagi akan berpuasa iaitu 6hb Mei 2019. Kami nak makan puas-puas. Kemana kita kali ini. Kali ini kami ke Hard Rock Cafe Melaka makan burger.


Start dari  1hb Mei 2019, Hard Rock Cafe  Melaka dan seluruh dunia sedang menawarkan burger gabungan  pelbagai rasa antarabangsa dan berciri tradisional. GLOBAL FLAVOUR BURGER. Masa tawaran burger yang sedap ini adalah terhad dari 1 Mei -30 June 2019. 


Wow... semua mata terbeliak tengok burger yang juicy, cheezy and yummy. Mak faham anak-anak,  korang peminta burger and cheese.  Jadi makanlah sampai kenyang. 

Ada 6 jenis burger untuk masa ini. Jom list out:-

  • Double-Decker Double Cheeseburger - RM79.00

Inspirasi oleh London Heritage "The Down Town Double Decker Burger". Menu pertama dari tahun 1971.  Rasa yang sangat juicy, ada cheddar cheese, mayonnaise, lettuce, tomato dan bawang merah. Dan dah tentu ada hot bun


  • Tex Mex  Cheeseburger - RM66.00

BurgerRocker of the year from Chicago. Hard Rock signature. Memang patut jadu signature burger. Thumb up. Ada tortillas, di ikuti guacamole, pico de gallo, lettuce, tomato, onion and toasted bun.



  • Petties Burger

1. Mango Fruit Slider - RM58.00

3 pcs petties burger dengan Jack Cheese. Rasa dia ada avocado, mangga salai, daging turkey salai. Bila tengok bahan-bahan macam pelikkan. Tapi bila masuk mulut OMG sedapnya. Anak aku yang tak suka kepelikan pun makan sampai licin. Maknanya sedap lah tu

2. All American Sliders -RM58.00

3 petties burger. Paling tak menahan nafsu untuk terus masuk mulut ialah melted cheddar cheese. Dengan onion ring and coleslaw dan tosted bun. Nampak macam biasa. Tapi rasa ada lain sikit. Kalau tanya abang Hakim.. sedap ke? Dia jawap sedap.. ko tu semua sedap. Tapi memang sedap..

3. Buffalo Style Slider.

Budak 4 orang tu bila dengar buffalo, semua tengak kepala. Ada yang kata. Hanif tak makan buffola momee.. aiishhh budak ni. Daging salai yang momee masak tu daging buffalo lah.  Nama je Buffalo Style Sliders. Tapi daging lembu. Sebab sosnya adalah classic buffalo sauce. Agaknya inspired dari Buffalo USA. Korang boleh pilih cooling ranch atau blue cheese dressing.. bismillah..yumm..


  • BBQ Bacon Cheese Burger -RM66.00

Bacon? Jangan risau ni bukan yang tidak halal. Semua yang Kak Z makan adalah halal. Bacon yang digunakan ialah daging turkey. Penyediaan burger ini BBQ sauce, melted cheddar cheese, crispy turkey bacon dan crunchy shoestring onion straw. Di ikuti dengan fresh lettuce dan tomato bersama toasted bun. Kak Z suka sangat BBQ sauce dia. Rasa smokey.. prune pun ada..plum pun.. jenuh risik chef dia.. secret ingredient katanya.. kalau tanya kak z macam mana.. korang kena datang sini dan  rasa sendiri.  Kak Z tak dapat nak subcribe lah..kan kan kan


Bila Kak Z start posting cerita ni, mesti ada yang akan tanya halal ke? Makan yang Kak Z makan semua halal. Makanan dalam Hard Rock Cafe Melaka semua halal. Pembekal bahan mentah mereka mempunyai sijil halal. Cuma ada sesetengah minuman mereka yang beralkahol. Cawan untuk minuman halal dan non halal juga di asingkan. Harap tidak keluar statement mengutuk yer. Sila cakap murni-murni...hii



Jadi korang nak cuba burger-burger boleh lah datang ke Hard Rock Cafe Melaka.

DON'T MESS WITH MELAKA' AN

Ok bai






20 April 2019

PETUA MENGHAPUSKAN KUTU KUCING DI DALAM RUMAH

KUTU KUCING 

(Gambar Wikipedia)

Kutu kucing.. manalah datang kutu kucing menyebabkan Kak Z dan anak-anak gatal-gatal. Memula Kak Z ingat kami kena kudis buta. Pergilah buat rawatan di klinik. Doktor kata bukan kudis buta, tapi kena kutu kucing.



Bila fikirkan mana datangnya kutu kucing, rupanya dari kucing  yang datang duduk rumah Kak Z. Kak Z tidak membela kucing. Tapi kalau ada kucing menumpang Kak Z bagi makan. Kesian...

Ada seekor kucing ni suka curi masuk rumah. Tukang halau kucing itu dan bawa keluar ialah adik Hanis. Sudah tentu dia yang memangnya. Bila dia duduk depan rumah Kak Z mesti mengaru. Kami tidak kisah sangat. Tapi bila Kakak Kak Z kata dia satu family kena macam terkena kutu kucing. Kami anak-anak pun buat penyiasatan. Cheewahhh...

Yang memula terkesan dengan kutu kucing ni ialah adik hanis.. di ikuti si kembar dan abang hakim akhir sekali Kak Z lah.

Bila kami kena serangan kutu kucing satu rumah gatal-gatal dan bintik-bintik merah seperti kudis buta. Buruk weeiii... tidak boleh tidur malam sebab gatal. Terkeruk sana sini. Sakit hati aku jadinya..

Pakaian.. sofa.. karpet.. bantal dan tilam yang kami gunakan. Semua di jangkiti kutu. Sebab bila pakai baju mesti gatal-gatal, duduk atas sofa pun gatal. Tidur lagi lah..gatal yang amat bila tidur atas tilam.

Petua Kak Z untuk menghilangkan kutu ini ialah :-

1. Jemur Tilam, Bantal, dan Karpet

Apa yang Kak z buat ialah jemur tilam dan bantal bawah panas terik. Pusingkan tilam atas bawah supaya seluruh tilam dan bantal terkena panas. Secara tidak langsung membunuh kutu atau kutu akan lari

Karpet juga Kak Z jemur. Boleh tahan beratlah. Alhamdullilah ada anak yang sado. Diaorang kena angkat kalau tidak diaorang akan gatal

2. Ubat Serangga

Kak Z menyembur ubat serangga jenis aresol.  Kak z sembur di sofa dan dinding rumah. Rumah Kak Z papan. Jadi manalah tau celah-celah kayu kutu menyorok kena lah sembur dinding rumah dengan aresol

3. Mop Lantai

Pencuci lantai yang Kak z gunakan ialah ubat anti septik cecair Dettol. Satu botol besar untuk 1 rumah. Kak Z mengunakan air panas dan campur dengan cecair dettol. 

4. Lilin Dan Air


Air dan lilin apa fungsinya? Kak Z google macam mana hendak menghilangkan kutu kucing. Cara meletakkan lilin dalam air di anggap berkesan untuk memghapuskan kutu kucing. Apabila malam hendak tidur Kak Z akan menghidupkan lilin yang di letak dalam bekas berair. Biarkan semalaman. Pasti tempat yang kita hendak buat macam ini selamat. Ada juga mengunakan lampu suluh. Cara tersebut lebih selamat. Pastikan semua lampu rumah di tutup. Tujuannya ialah menarik perhatian kutu kearah lampu secara tidak langsung memerangkap kutu ke dalam air. 3-4 hari Kak Z menguna cara ini. Sampai rasa gatal-gatal hilang

5. Menghapuskan Kutu Kucing Di Baju

Kak Z hantar semua baju Kak Z dan anak-anak ke dobi. Bukan untuk basuh tapi mengunakan mesin pengering. Bila baju-baju tersebut masuk kedalam mesin pengering, ia akan membunuh kutu-kutu yang melekat di baju.

6. Vacum Carpet

Semua Carpet di rumah Kak Z vacum. Mana lah tahu ada telur di celah-celah carpet. Compom kutu akan membiak di situ. Apabila kita duduk atau tidur atas karpet. Kutu akan datang pada kita

Hampir 3 minggu kami menderita akibat gatal-gatal terkena kutu kucing. Selepas mengunakan petua di atas baru lah kami dapat tidur dengan aman dan nyenyak. Kalau tidak letak kepala di bantal aksi mengaru akan bermula.

Mungkin korang boleh mengunakan cara Kak Z menghapuskan kutu kucing. Semoga yang terkena kutu kucing akan hidup lebih aman lepas ni.

Ok bai

15 April 2019

BUFFET BERBUKA PUAS ALA-ALA KAMPUNG DI MITC MELAKA


KAMBING BAKAR SUMBAT  BUFFET RAMADHAN MITC


Bulan Ramadhan bakal tiba. Dah habis ganti puasa ke? Paling best bulan Ramadhan macam-macam jenis makanan akan berada di pasaran. Even Kak Z pun pernah berniaga di pasar Ramadhan. Seronok korang. Tidak sabar menanti Ramadhan ku.....cehhh wahhh


Sometime kita rasa nak makan luar. Buffet stail. Sebab buffet macam-macam ada. Kita boleh jadi rambang mata. Tepuk dada tanya selera. Kalau tanya akak lah.. akak suka masakan kampung. Ialah Kak Z kan orang kampung. Tapi otak moden. Jomm kita ke MITC untuk  buffet Ramadhan.



Antara suggestion akak ialah Sajian berbuka puasa Ala Kampung di Melaka International Trade Centre ( MITC Ayer Keroh Melaka ). Terasa macam rumah orang kahwin. 


Macam- macam menu ada.  Dan menu istimewanya Kambing Bakar Sumbat.. Lain-lai menu roti canai, rojak dan yong too foo. Ada pelbagai sambal ..sama l belacan, cencalok, budu, sambal jawa dan lupa pulak.. sebab banyak sangat sambal masa makan hari tu. Nak tau korang kena makan kat sana. 



Buffet Ramadhan ini akan bermula dari
10 Mei- 3 Jun 2019 (6 ptg- 10 mlm)

Harga:

Dewasa RM 43 / Kanak-Kanak RM 18 (2-12 Tahun) / Warga Emas RM 15

Noted: Nak harga promosi ?!  RM 39 tempah sebelum 1 Mei 2019

Tempahan:

Untuk tempahan boleh booking ( 06-2333330 / 019-2238622)

Lokasi :

Melaka International Trade Centre (MITC)
Level 2, Convention Centre , Jalan Konvensyen , MITC Complex, Jalan Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh , Melaka

Facebook:  Melaka International Trade Centre -MITC

Selamat menyambut bulam Ramadhan

Noted: Gambar nota chenta mummy aka mummy Julia Ali..terima kasih Jue

Ok bai



03 March 2019

TRAVELOG 27: ACCESS EXPRESS DARI NARITA AIRPORT KE ASAKUSA

Selagi belum sampai ke destinasi yang di tuju selagi itu kita akan cari yang terbaik dan murah untuk travel. Seperti yang korang tahu, Jepun segalanya mahal. Kak Z sebagai solo traveler akan mencari pengangkutan yang paling murah untuk travel. Poket tak dalam jadi faham-faham je lah. Selagi boleh jimat kita jimat.

Guesthouse yang Kak Z akan duduk selama seminggu  ialah Enaka Asakusa Hostel di Tokyo ialah My first idea dari Narita Airport ke Asakusa  naik bus sampai Tokyo Station. kemudian subway ke Asakusa. Sebab  bila tanya kawan-kawan semua buat cara yang sama.

One day kak z tanya didalam Group FB Road to Japan macam mana nak pergi ke Asakusa dengan cara yang senang dan murah. Admin grouo mencadangkan naik Access Express. Cuak juga betul ke? Harga tiket 1330 Yen. Tak pe kita cuba. Kalau salah naik bus ke. Solo travel kita kena buat keputusan on the spot.

Hari yang di nantikan sampai. Lepas sesi soal jawap selama sejam dalam airport Kak Z keluar untuk ke.Narita Terminal 1. Train station dalam terminal 1. Berjalan lah daku dalam cuaca sejuk masa tu lebih kurang 20 minit. Maka sampai lah terminal 1. Memula cari kaunter HIS sebab nak ambil pass. Lepas cari train station.

Adegan sesat bermula. Tapi di selesaikan dengan cepat. Cari information counter tanya lah kat mana station keretapi diorang. Diaorang very helpfull. Dia kata train akan sampai dalam masa 10 minit. Dengan beg gedabak, Kak Z pun lari lah kejar train. Kalau korang tanya macam mana acara larian ini berlaku adakah berjaya. Offcourse berjaya. Hasil workout selama setahun dapat lah kejar train tu. Mencunggap. Kalau tidak kena tunggu next train lebih kurang sejam lagi.

Dalam train rupanya ramai orang. Alhamdullilah dari berdiri dapat tempat duduk. Memula cuak juga betul atau tidak train aku naik ni. Tapi bila tengok kat map memang betul route yang ada. Akhirnya sampai lah station  Asakusa. legaaaaa...

Memang Kak Z suka sebab murah dan  senang sampai hostel. Lambat hanya few minute sahaja. Tidak ada apa yang hendak di kejarkan. When we are traveling jangan lah korang buat itinerary yang pack. Sebab tak enjoy. Kak Z suka relax.  Sebab kita dah tua. Kederat pun kurang ..masa sampai Tokyo demam pulak tu. Maka rugi 1 hari untuk berjalan. Plan betul-betul dan ready contigency plan. Just is case salah naik train. Dont forget doa banyak-banyak terutama solo traveler.

Ok bai


02 March 2019

TRAVELOG 26: KENA TAHAN OLEH KASTAM DI NARITA AIRPORT JEPUN


NARITA AIRPORT 2...gambar google

Selepas hampir 2 minggu di Korea Kak  Z travel ke Jepun pula. Naik flight dari Busan, sebab dari Seoul turun ke Busan. Imigresen di Busan lebih ketat dari di Seoul masa Kak Z pergi. Sekarang katanya imigresen di Seoul lebih ketat kerana kemasukan pekerja asing tanpa izin yang ramai. Jadi korang yang hendak ke Korea dalam masa  terdekat siapkan dokumen seperti booking hotel, tiket pergi balik, dan lain-lain bukti menunjukkan korang datang bercuti atau atas dasar kerja.

Masa penerbangan dari Busan ke Narita lebih kurang 2 jam. Sampai di Narita kena tahan. Serius itu adalah pengalaman. Semasa di Airport Busan. Banyak barang akak ke buang dari hand carry. Losen Nivea dalam container besi. Baby whippe dan susu pekat F & N dalam tin pergi ke tong sampah korang. Sodih den. Sampai Narita boleh pulak kena tahan... Hari lebai malang.

Sampai Narita ingatkan semua berjalan lancar tiada adegan yang tidak di ingin konon hati berkata. Lepas chop passport.. gi ambil barang. Sampai kat check luggage.. Imigresen lelaki tu tanya buat apa datang Jepun...? Akak jawap jalan-jalan. Dalam ramai-ramai punya manusia aku pulak yang kena tahan. Dah check kat counter checking. Bawa pula masuk bilik sisatan. Habis lah aku.... haaa.  Muka abang kastam tu boleh tahan garang. Awal 50an kot umur dia. Cool je dia soal siasat. Tapi baik hati siap tolong angkat beg gedabak besar. Nasib lah ko bang. Kastam perempuan habis dia raba-raba akak ko. Redha jo lah. Yang dia jumpa Handphone duit dalam poket singlet umrah dan lips balm. Memang tak de benda lain.


Inilah Beg Yang Kena Selongkar tu

Baru Kak Z perasan dalam flight tadi the only Malaysia women yang bertudung. Memang sah-sah aku kena siasat. Habis beg dia buka. Terkeluarlah baju kecik besar hitam cekelat. Semua kena keluarkan. Aku dah susun cantik-cantik dalam beg  apakan daya terpaksa keluarkan juga. Do you bring gold or any unlegal thing. Of course not lah kan. Compartment dalam beg pun dia selongkar ko. Dia tak puas hati dengan jawapan tidak tu. Dia minta document hotel, flight tiket dan bukti-bukti lain. Akak memang dah siapkan semua dokumen. JR pass, hotel booking, metro pass, flight return ticket dan itinerary. Just in case. Kita ni freelance reporter yang hanya ada card media. Memang tidak kukuh lah. Kepala lutut dah ngingil ko. Mau tak takut. Flight aku 3 minggu lagi baru balik Malaysia. Dah sudah jangan kena hantar balik udah.

Diaorang tanya pasal family pulak. Husband  dan anak-anak. Aku gi duduk  negara komunis China pun tak kena tahan dan soal siasat macam ni. Beg pun tak kena selongkar macam ni. Muka memang rasa berubah masa tu. Tapi cool down. Jangan gabra zura dalam hati bercakap-cakap. Nasib baik kastam ni boleh cakap omputih. Maka boleh lah berbincang secara baik bukan macam ayam dan itik bercakap. Hampir sejam Kak Z dia soal siasat. Bukti document dan akhir sekali Kak Z bagitau  I have family in Malaysia. I come here visiting your country  to know your country well and for my writing works. No other purposes. I gave you all evidence show what my visit for. Dia pun cakap sesama dia.. alhamdullilah lepas... dalam bilik siasatan akak minta izin susun barang dalam beg elok. Dia izinkan dan lepas. Maka terbayanglah sayap ku lebar melawat Jepun dari Tokyo ke Fukuoka. Mau tak syiok. Syiok ko. Tapi tak tak syiok bila kena kat Osaka tuan rumah Gueathouse macam hawauuu..

Pengalaman kena tahan di Narita adalah salah satu pengalaman yang bagus di share kepada mereka yang hendak ke.Jepun. Ada lagi satu pengalaman yang  Kak z tak boleh lupa walhal dah belaku lebih 20 tahun lepas. Tak boleh naik flight. Maka kena duduk airport seminggu. Itu memang menarik. Negara orang dan ko alone. A girl lak tu. Macam fugitive kan? Bila ingat tak leh lupa. Memang tak leh lupa.. once i free i'll write this story. Sebab kena flash back the whole story. Kena tahan dengan pegawai kesihatan Hong Kong sebab pakai mask muka juga menarik. Sebab musim influenza masa pergi tu. Adalah lah lagi cerita lain.

Ok bai





26 February 2019

TRAVELOG 25: HONG KONG SYURGA PERSONEL SHOPPER


Hong Kong syurga personel shopper. Kenapa? Murah dan banyak pilihan. Di Tsim Sha Tsui sendiri mempunyai pelbagai butik barangan mewah seperti Louise Vuitton, Chanel, Hermes, Ferragamo, CD, Cerruti, Ralph Lauren dan banyak lagi lah.

Masa Kak Z duduk di Sheraton Hotel. Turun je hotel  masuk SOGO.  Pada bulan Mei 2018 Kak Z keluar awal pagi sebab hendak Macau. Terperanjat orang sudah menunggu beratur panjang depan SOGO. Maknanya barangan di SOGO Hong Kong murah macam di SOGO Malaysia. Satu pintu SOGO khas untuk satu produk. Antara yang Kak Z nampak masa turun dari hotel ialah Estee Lauder, MAC, Clinique, Sheisedo dan CD.

Harbour City adalah Shopping Mall terbesar di Hong Kong. Since Kak Z duduk di Sheraton dan Chungkin Mansiin Tsim Sha Tsui. Jalan kaki 5 minit sahaja. Korang kalau kaki shopping Kak Z cadangkan duduk di area ni. Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Bukan sahaja shopping area. Tapi pengangkutan seperti subway dan bus adalah sangat mudah. Untuk melihat light symphony di Victoria harbour hanya berjalan kaki dalam 5 minit sahaja. Feri ke Hong Kong Island, Lantau, Macau dan kawasan Hong Kong pun mudah. 


Kalau korang berada dia kawasan Tsim Sha Tsui jangan terperanjat kalau ada perempuan tolak luggage besar. Dalam tu barang yang diorang akan jual secara onlinr. Dah nama personal shopper kan.
Akak memula hairan. Bila diaorang buka luggage nak masuk barang dan susun. Rupanya barang make up, beg or item-item untuk diaorang jual. Kebanyakan ni datang dari tanah besar China.



Personal shopper kebanyakan menjual barangan penjaga muka dan makeup. Butik SASA bersepah-sepah. Jalan sikit SASA. Barang di SASA murah. Dalam CKE Mall sebesar-besar SASA yang ada. Personal shopper akan beli dalam 2-3kotak barangan make up atau jagaan muka. Adakah produknya asli? Asli ko. SKII kat SASA Hong Kong tersangat murah dari SKII di Malaysia dan Jepun.

Minyak wangi jangan cakap lah. Puas hati membeli. Latest minyak wangi jual di drug store atau SASA. Kenapa lah aku promote SASA. Sebab SASA memang banyak.



Area Nathan Road dan Peking Road memang Shopping Heaven. Kak Z tidak ada niat nak membeli tapi que juga lah nak nyibuk. Barang dalam tu macam mana. Kali kedua Kak Z pergi ribut jadi ada hujan renyai. Korang mesti terperanjat orang sanggup que panjang untuk masuk CD dan Chanel boutique. Akak ko pun menyibuk tanya pada orang yang berbaris dengan akak. Rupanya tengah sale. Sebab nak masuk summer masa tu. Nasib baik orang tu nak jawap soalan Kak Z. Orang Hong kong ada tu sombong. Nengok kita pun tak hinggin. Tapi ada juga baik. Boleh tanya kalau sesat jalan.



Ada juga kawasan yang menjual barangan ciplak..korang boleh pergi ke Ladies street  di Mongkok atau Temple street. Perlu bijak membeli di kawasan ini. Depan mata Kak Z ada satu mat salleh couple dah bargain konon nak beli. Tapi tak beli..kena maki hamun dengan penjual tu. Memula Kak Z tak percaya. Dah tengok dengan mata kepala ..sendiri mau ingat



Untuk beli barangan electronik contoh handphone, computer, kamera dan audi korang ke Wan Chai. Wan Chai adalah di bahagian Hong Kong Island. Murah dari Malaysia. Bawa duit jo lah. Kalau idak telan air liut ye.

Itu cerita Kak Z pasal dunia beli belah Hong Kong. Siap duit. Tiket ke Hong Kong kalau bukan musim cuti murah. Berbaloilah kalau nak pergi shopping di sana. Sambil shopping sambil melayan mata.

Ok bai

24 February 2019

TRAVELOG 24: KISAH KENTANG DI FUJI


Kentang di musim sejuk. Ada yg bertanya what next? Next akak akan pergi kawasan luar dari bandar..Belajar mengenai masyarakat tempatan di tempat yang akak pergi.. Sebab akak memang tak minat shopping or pergi ammuse par. Bagi kak z itu bukan "feeling".

Bila melihat kehidupan masyarakat meresap dalam jiwa yang baik jadi pendoman yang kurang tu kita jauhkan. Contoh.. akak kata org korea tak seperti dalam cerita korea ye Dalam running man..setiap kali jumpa orang dia akan tunduk..actually tidak.. itu hanya yang kerja barisan hadapan yg kita nampak..

Di jepun Masa naik train ada ibu mengandung, orang bawa anak or orang tua mereka tidak dapat duduk di tempat yang khas untuk diaorang. Kalau kat Malaysia korang dah viral dah. Kalau di sana..apa mau cakap.

Akak memang terkejut melihat keadaan ni.. ada kawan kata orang tua malu kalau kita bagi tempat duduk.. akak bangun dan bagi tempat akak dia duduk dan cakap terima kasih. Orang lain dalam train macam terkejut. So i learn something..

Kentang ni dari kebun seorang pakcik di area fuji. Dia lambai-lambai akak. Akak pun lambai dia. Lepas tu dia kata nak pergi situ ke? Akak kata yer. Dia pun buat tangan 'best'.. tanya akak dari  mana? Indonesia.? akak kata Malaysia..

Owww... ini adalah penduduk kampung yang bagus tunduk dan hormat. Kami bercakap bahasa ayam itik dan tangan. Mana faham jawap. Mana tidak gelak. Demi tunjuk hormat pada orang. Kan?

Kentang ini simbolik di negara 4 musim mata sepet macam-macam orang ada
Sayang malaysia.
#projektravel #makcikbackpacker
Ok bai

23 February 2019

TRAVELOG 22: TINGGAL BASIKAL TEPI JALAN DI TOKYO


Pelik tapi benar. Masa Kak Z memula sampai Tokyo rasa pelik sebab selamba je letak basikal di tepi jalan. Tidak berkunci pula tu. Tak risau ke basikal ko hilang. Bukan sebiji tapi banyak biji basikal selamba je celah-celah pokok tepi jalan Tokyo. Lagi jauh jalan. Lagi banyak jumpa basikal di jalan atau bangunan. Itu yang gayat.

Bila Kak Z baca di komen dalam group FB Road To Japan, memang mereka basikal di tepi jalan tanpa rasa risau. Sebab memang tidak ada yang curi. Kalau kat Malaysia..habislah basikal ko hilang.

Kak Z kagum dengan orang Jepun tidak ambil hak orang. Di Japan ada juga orang jahat. Contoh kawan Kak z kena pickpocket di Shinjuku. Tapi dia kata bukan orang Jepun yang langgar dia masa rasa dia kena pickpoket tapi orang seperti bebangsa arab. Oleh itu di mana kita berada perlu berhati-hati.


Pada hari Kak Z jalan dari Asakusa ke Imperial Palace. Macam-macam Kak Z jumpa antaranya ikan kap yang besar ni. Akak pun terfikir kalau kat negeri aku, ikan ni best dan cantik mesti dah hilang masuk kolam orang lain. Ialah kan ikan ni cantik dan besar. Di sana ikan ni dapat hidup dengan tenang tak de orang usik pun. Atittude mereka di ajar jangan kacau hak orang. 

Ada juga perkara tidak elok Kak Z jumpa semasa di Jepun. Biasalah manusia bukan semua perfect. Tapi banyak benda yang buat kita kagum dengan masyarakat Jepun. Kak Z jalan di waktu pagi jumpa anak-anak ke sekolah tanpa di hantar oleh ibu bapa. Anak-anak ini berdikari. Terfikir mak n pak dia tak risau ke?

Berdisiplin. Banyak juga negara yang Kak Z pergi memang berdisiplin. Kurang disiplin negara arab dan china #opsss.. tulisan berdasarkan pengalaman hokey...  Yang menjadikan tidak berdisiplin ialah orang luar yang datang ke negara mereka. Di Jepun lah. Tak susah nak menampak mereka berdisiplin ataun tidak iaitu merokok. Mereka merokok di tempat khas merokok. Putung rokok pun di buang di tong sampah. Bukan selamba buang di lantai. 

Oleh itu..kita yang suka ke Jepun cuba ambil iktibar cara diaorang. Ambil yang baik. Elakkan yang tidak baik. Supaya kita tidak di chop orang yang kurang berdisiplin. Tulisan ini adalah dari sudut pandangan Kak Z. Mungkin lain orang lain pandangannya betul tak? Selamat berjalan-jalan..

Ok bai



TRAVELOG 20: VICTORIA PEAK TRAM DAN SKY TERRACE 428 HONG KONG


10hb Mac 2018 dengan suhu 15c sejuk juga lah. Misi hari yang sejuk ialah melihat Hong Kong di Victoria Peak.  Untuk melihat Hong Kong dengan menarik Kak Z cadangkan pergi ke Sky Terrace. Sky Terrace 428 kat mana? Sky Terrace 428, berdiri di atas 428 meter di aras paras laut, adalah platform  tertinggi di Hong Kong yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Jadi kena naik ke Victoria Peak. Sebab Sky Terrace 428 kat atas tu..hii. Dua pilihan untuk naik ke atas  iaitu samada naik tram atau mendaki naik ke atas.


Hong Kong Peak Tram adalah cara yang menyeronokkan untuk sampai ke Victoria Peak, salah satu tarikan pelancong di Hong Kong. The Peak Tram bersama-sama dengan Star Ferry adalah dua institusi ikonik Hong Kong yang telah ada selama lebih dari satu abad. Sama Macam Bukit Bendera dan Feri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah memasing.

Kak Z naik tram. Tak sanggup aku.. sebab sensorang daki kalau berdua daki juga. Ada jalan yang boleh di lalui dari kaki bukit. Waktu pagi nyaman. Kalau tengok dari atas pelantar Sky Terrace, Kak Z boleh nampak ramai yang naik dengan berjalan kaki. Geng-geng bus sekolah dan makcik bawang.. fuhhh peluh tiak.. insyallah satu hari dah ada partner i'll do it.


Victoria Peak Tram, tempuh perjalanan masa kurang dari 10 minit dan membawa anda dari stesen Terminus yang lebih rendah di Tengah ke Puncak, melalui hutan bangunan di bahagian bawah ke bahagian hijau pulau ni sampailah tiba di  terminal di Menara Sky Terrace



Sky Terrace 428 - gambar google

Untuk melihat pemandangan terbaik harbour dua pilihan popular iaitu  di puncak Sky Terrace atau The Peak Galleria Terrace. Di puncak Sky Terrace 428. Orang ramai memang sukar untuk mendapat gambar yang cantik. tapi korang boleh lihat bukan sahaja ke arah Harbour. Tapi seperti Kak Z katakan tadi pemandangan seluruh Hong Kong. Pulau kecil persisiran pantai Hong Kong. Di The Peak Galleria Terrace hanya boleh nampak harbour sahaja. Halus je feri nampak dari atas.

 


Peak Tram dibina pada tahun 1888 - pengalaman yang menyeronokka untuk dirinya sendiri. Kak Z dah merasa naik keretapi Bukit Bendera yang lama dan baru. Tapi naik Peak Tram lain rasanya. Sementara meunggu tram datang korang boleh melawat The Historical Gallery The Peak Tram yang mempunyai lebih daripada 200 gambar dan bahan sejarah yang dipamerkan. Dibahagikan kepada 15 bahagian tema, ia menunjukkan kehidupan Hong Kong pada abad ke-19 dan ke-20. The Peak Tram telah berkhidmat di Hong Kong sejak 1888 dan bertahun-tahun telah dibelanjakan untuk mengumpul bahan sejarah dari seluruh dunia dan merancang galeri. Galeri ini mempunyai replika kereta Peak Tram generasi pertama dan 1926 Haulage Room dicipta semula yang bertanggungjawab untuk menarik trem ke atas dan ke bawah Peak selama lebih dari 60 tahun.


Victoria Peak Tram-gambar google


Turun sahaja tram korang akan sampai ke Peak Market, Peak Market berada di dalam bangunan Sky Terrace. Peak Market aalah versi tertutup berhawa dingin Ladies Market  di Mongkok dan Temple Street. Macam-macam korang boleh beli tshirt, Key Chain atau cenderahati yang lain. Tidak lupa kedai jam Gshock. Boleh tahan murah



Peak Market. (gambar atas dan bawah hak milik www.hong-kong-traveller-com)


Harga mungkin sedikit lebih tinggi daripada di pasaran, tetapi harga barang masih sangat berpatutan. Kalau korang tidak sempat untuk membeli cenderahati di Ladies Street atau Temple Street  Peak Market pun ada. Kak Z  tak beli sebab plan nak pergi ke Mongkok petang tu. Mongkok memang banyak pilihan kalau korang rajin dan suka bersesak. Cuma Mongkok lain sikit cara peniaga  di sana kasar. Di Peak Market lemah lembut.

Dalam Menara Peak ada Muzium Lilin Madame Tussauds tau. Kecil sedikit dari Madame Tussaud di London. Madame Tussauds Hong Kong ada Jackie Chan dan Bruce Lee, itu wajib Keluarga di raja British. Meghan Markle belum masuk list masa ni. Sebab belum kahwin dengan Harry. Ada The Beatles, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan lain-lain pelakon Hong Kong.



Sebenarnya Kak Z ni gayat dengan tempat tinggi dan air. Bila Kak Z dah berjalan, ketakutan dapat dia atasi Contoh berada di Sky Terrace 428 ang tinggi dan curam bagi penakut mesti seram. Alhamdullilah Kak Z berjaya melihat kebawah dari tempat tinggi

 Cara pergi ke Stesen Victoria Peak

1. Dengan Kaki - Dari Stesen Pusat MTR

Ambil MTR ke Tengah dan jalankan ke J2 keluar dari stesen MTR Pusat.

Belok ke kanan, melalui Chater Garden, salib Queen's Road Central dan jalan menuju Garden Road.

Anda akan melepasi Menara Bank of China dan Citibank Plaza di sebelah kiri anda dan Katedral St John di sebelah kanan anda sebelum tiba di terminal, yang ke kiri anda.

2. Dengan Bus ke Taman Jalan Peak Tram Lower Terminus

Ambil bas 15C dari Central Pier 8 atau berjalan kaki dari MTR Central Station Exit J2 untuk mengambil Peak Tram dari Peak Tram Lower Terminus di Garden Road

Ok bai



SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...