10 December 2016

SUNAT.. TIPS PENJAGAAN MUDAH ANAK BERSUNAT



Sekarang ni musim sunat.  Kak Z ada 4 anak lelaki semua sudah bersunat sebelum menjejaki darjah satu. Abang Hakim, Hanif dan Haris umur 4 tahun. Adik Hanis 6 tahun. Masa Abang Hakim bersunat, Kak Z tidak ada pengalaman langsung. Ialah kita dah tak ada mak hendak tunjuk ajar. Nurse hospital yang ajar. Masa tu bersunat di Hospital Ampang Puteri. Tips yang dia beri pada Kak Z sangat berguna. So adik-adik dia Kak Z mengunakan cara yang sama. Senang dan tidak menyakitkan anak-anak.

1. CARA MEMBERSIHKAN SELEPAS KENCING

Masa Abang Hakim bersunat kesian tengok dia menangis sebab sakit. Terutama lepas kencing kita hendak basuh supaya bersih. Betul tak? Cuba tips yang nurse tu bagi.  Caranya apabila dia kencing Kak Z akan masukkan dia kedalam besen air suam dan diletak sedikit anti septik. Mula-mula dia nangis. Tapi lepas tu dia lega. Kak Z siapkan air satu besen. setiap kali lepas kencing dia akan masuk kedalam besen tersebut.




2. CARA MEMBERSIHKAN NANAH DAN KERUPING

Kita hendak pegang benda toot tu memang dia tak bagi lah. Sebab sakit woii. Jadi macam mana kita hendak bersihkan nanah dan keruping selepas bersunat. Korang rendamkan dia dalam besen tu selama 10-20min. nanti Nanah dan keruping tu akan tertanggal sendiri. tak  perlu pegang pun. Dalam masa 4 hari sudah elok. Boleh ikut mak jalan-jalan.

3. CARA MENGELAKAN ANAK-ANAK SAKIT BILA TERSENTUH KAIN

Image result for cawan polisterin


Image result for cawan polisterin

Anak-anak lelaki ni mana suka duduk diam. Kalau dah boleh bangun mesti hendak berjalan. Betul tak. Kalau berjalan pasti terkena kain. Dah meraung kesakitan. Jadi satu hal pada kita. Silap hari bulan melekat pada kain. Kalau tidak tutup lalat hinggap. Berulat pulat. Susah hendak jaga budak bersunat ni. Lebih hebat dari orang beranak. Boleh bentan woii. Korang ambil cawan polestrin lepas tu potong bontot dia. Lepas tu ambil selopen tape lekat kan di atas toott dan celeh kelengkang anak bersunat. Jangan kena toot dia. Sekaranng dia tidak ada masalah untuk berjalan atau pakai seluar. Tapi pastikan cawan tersebut tidak mudah terbuka. Kalau budak tua bersunat cukur dulu vulunya. kalau tidak sakit lain pulak..hiii

4. JAHIT ATAU CLAMP

Abang Hakim, Hanif dan Haris guna teknik jahit. Adik mengunakan clamp. Kak Z rasa teknik jahit lagi cepat sembuh dari teknik clamp. Teknik jahit 3-4 hari sudah bersih dan main bola. Teknik clamp 7 hari baru betul-betul sembuh dn tercabut clamp tersebut. Betul tak? Jadi Kak Z advice guna jahit. kalau kata clamp cantik. Tak de maknanya sebab bila besar sama jer bentuk yang terjadi.. opppss lucah sikit.

5. MORAL SUPPORT

Sakit bersunat ni. Budak-budak nampak steady tapi sakit terutama bila hendak kencing pertama kali dan basuh kencing. Bila tahap ini Kak Z akan peluk anak-anak. Waktu ni diaorang perlukan kita. Pujuk elok-elok untuk kencing dan masa hendak cuci atau masuk air. Jangan lah korang nak angin waktu. Kak Z dah lalui  dan faham. Kita penat jaga dia dan dia akan buat extra perangai.

6. SUNAT SATU PERSATU.

Kalau korang bercita-cita hendak sunat semua anak sekali serenta. Baik fikirkan semula. Baik buat satu persatu. Sebab Cabaran memang kuat. Kalau pak diaorang sanggup hendak menjaga boleh sunat serentak. Kalau mak sorang jer nak jaga. Buat gaduh laki bini jer. Kak Z walaupun kembar bleh buat sekali. Tapi Kak Z pilih untuk buat satu persatu. Sebab Kak Z rasa susah hendak jaga 2 sekali serentak. Waktu itu Kak Z kera. Habis cuti tahunan untuk anak bersunat.

Di bawah adalah tips dari FB Dr, Khairul Faizie Mohammad Kamar yang korang boleh guna sebagai rujukan mengenai bersunat. Thank you Doktor. Good tips.

Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau terutamanya mak mak.
Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman 😂😂


Selamat bersunat Adik adik

Ok Bai

pic:- Credit to Mr Google. Thank you

2 comments:

  1. Salam tanya..slps berapa hari baru bleh bersihkan keruping dgn rendam kt dalam besen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..sehari selepas bersunat dah boleh start rendam dalam air

      Delete