14 April 2016

Your son are Alien..weii anak aku tu..



Sambungan dari cerita lepas. Kembar kak z lelaki. Hanif dan Haris. Umur 14 tahun, sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah. Masa kecil-kecil paling senang hendak jaga. Bagi susu tidur. Kalau kencing dan berak pun senyap jer.. itu lah anak kak z.



Masa kecil-kecil diaorang memang gebu. Anak-anak kak z semua saiz baby L. 3 bulan mesti jejak 9 kg. Petua nak bagi anak montel dan gebu..hurmm nangis jer kak z sumbatkan susu. Semua anak kak z minum susu cap gantung yer. Si kembar umur 4 bulan baru start campur sebab tengok badan tak cukup makan.. La la la.. faham-faham sendiri.



Macam mana kak z handle anak kembar menyusu badan. Alhamdullilah si kembar ni jarang bangun serentak. Jadi mudah untuk di uruskan bagi susu badan. Kalau kedua-dua bangun mereka akan mengalah. Bagi yang bangun dulu hisap baru lagi seorang hisap. Kalau tidak tahan haus sangat baru dia menangis. Kiri dan kanan lah gantung. Redha jer lah mak.



Demam jarang serentak.. tak pernah.. macam mana kak z buat? Bila seorang demam kak z akan asing kan dia orang. Tempat tidur, makan, botol susu dan mainan. Sebab virus demam senang nak berjangkit kalau rapat . Susah juga weeii kalau kedua-dua demam. Perkara ini kak z buat sampai umur 6 tahun.

Pernah ada satu mat salleh marah kami sebab kepala budak dua orang ni besar. Dia kata kepala anak kak z ada penyakit.. macam alien nation. ..kepala hotak punya mat salleh.. anak kembar kak z sihat. Sebab doktor kata itu adalah normal bagi anak-anak yang kita ajar tidur menyarap. Si kembar ni kak z  tidur kan menyarap. Senang, tidak mudah terjaga. Macam anak-anak mat salleh yang laim. Ada kajian saintifik mengatakan elok untuk anak. Korang cuba ..hokey.



Gaduh? Gaduh.. kalau kata tak gaduh tu bohong lah. Tapi tak lama 10 minit jer. Yang akan mengalah ialah Hanif.. twin 1. Yang Haris no komen. Komen lebih-lebih doa tu. Tapi kedua-duanya memang baik. Pandai? Sama-sama pandai. Minat? Sama-sama minat. Gatal? Haris gatal sikit dari hanif... haaa.. mana tak nya.. Haris dia ngorat. Hanif tak ngorat sebab malu. Nak tahu sape paling banyak peminat.. Hanif...hii..



Bila dah besar lagi mudah jaga. Sebab dia banyak berdikari. Bila tanya dah besar nak jadi apa..blur tak leh nak jawap. Tapi nampak gaya minat ke arah engineering. Kita galakkan aje lah.. sekarang ni belajar bahasa jepun mana lah tau gi belajar sana. Mak boleh melawat or duk sana jual nasi lemak..



Apa pun kak z nak bagi tau.. kak z faham betapa susah nak jaga anak kembar. Jadi kena banyak berdoa pada allah supaya di permudahkan urusan kita. Bukan itu sahaja. Kita mohon pada allah supaya mudah kita mendidik anak-anak kita yang lain juga. Itu sahaja yang kak z amalkan. Nanti sambung lagi. Tesco dah buka.. kak z nak shopping jap

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...