30 April 2016

Seri Muka Pulut hitam resepi terbaik Kak z



3 hari bercuti mesti ramai yang duduk rumah mahu mencuba resepi baru. Kak z share resepi seri muka pulut hitam yang kak z guna masa membekalkan pelbagai jenis kuih talam di hotel dan katering. Resepi mudah. Ramai orang suka makan kuih ni. Banyak kali kak z olah dan ini yang terbaik. Setiap kali kak z buat R & D pasal kuih muih kak z akan membuat catatan. Sebab ini akan menjadi rujukan kalau ada masalah berlaku.

Jangan kata tak ada masalah. Pasti ada masalah walau macam mana expertnya kita. Sebab anytime allah boleh kata tak jadi.. betul tak. Kak z cakap macam ni sebab selalu terjadi pada diri sendiri..chia chia chia..
Jom kita buat seri muka ini..

Resepi:-

Bahan bawah

400gm beras pulut
100gm pulut hitam – rebus hingga kembang dan tapis
100ml santan
100ml air pulut hitam
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1. Rendam pulut semalaman
2. Kukus bersama santan, air pulut hitam dan garam hingga masak
3. Gaul pulut yang telah dikukus dengan pulut hitam hingga rata
4. Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
5. Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan atas

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula pasir
4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air
10 helai daun pandan .. kisar bersama 700ml air
300ml santan pekat

Cara:-
1. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2. Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3. Curahkan bahan ini diatas pulut.
4. Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..

5. Potong apabila sejuk.

Kotex..daun sirih!



Kotex daun sirih.. produk baru ni. Tadi gi beli barang dapur hendak beli stok pad. Biasa lah orang perempuan mesti bulan mwrah menjelma. Walaupun lambat lagi, ada baiknya beli stok supaya bila dia menjwlm tidak klang klibut.

Tetiba sales girl syorkan yang ini. Hurmm menarik.. why not kita cubakan. Tadi ada lavender dan daun sirih. Kak z dah tua, orang kampung sikit guna yang sirih lah. Next time try lavender.



Katanya kotex daun sirih ini adalah untuk kekal segar dan keyakinan lengkap. Kena cuba baru tau apa yang di cakap benar atau tidak. Kak z tidak buka lagi supaya hygine bila hendak pakai nanti. Bila dah pakai nanti kak z komen hokey..

Ok bai

Makan Nasi ARab di Hadramawt Palace Melaka



Hadramawt Palace Bukit Baru, Melaka


Selalu makan western dan makanan Melayu. Tekak terasa hendak tukar makanan lain. Cuba makan makanan arab. Kali ini kak z ke Hadramawt Palace Melaka. Terletak di Bukit Baru, Melaka.Bersebelahan dengan Masjid Bukit Baru. Senang je nak cari. Kak z bukan tak tahu masak nasi Arab, tapi kemalasan melanda. Bila lah penyakit ini hendak menghilangkan diri. Macam mana kak z boleh sampai ke sini. Kali pertama datang majlis perkahwinan Rozan anak kak yang. Kak yang tu kawan kak z. Sedap kooo... apa lagi pasang niat untuk datang lagi. Alhamdullillah dapat. Kali ini bawa budak 4 orang tu. Licin depa makan..maknanya lebih sedap dari momee depa masak.





Nasi Arab ada bermacam-macam jenis. Kak z suka nasi mandy. Kenapa? Sebab smokey taste nasi tu menambah selera kita untuk makan. Chef dia original dari Timur Tengah. Mana kak z tahu? Kak z interview lah..macam biasa makcik akan tanya semua orang. Sengal tak?  Apa lagi yang ada di kedai ini selain dari mandy ayam atau kambing. Ada hormus.. mak kenapa sedap sengat hormus ni. Masa kita duk Arab dulu tak sesedap ni. Yer kak z pernah duk negara Arab dulu, sebab tu banyak makanan Arab kak z tahu.









Antara makanan yang kami makan masa pergi restoran Hadramawt kebab, roti tempayan, matbucha dan masak asam pedas Arab (tak ingat nama sebornye). Kami orang..hidang sepenuh meja. Licin.. tak tinggal balance. Buruk makan betul adik-adik kak z ni.. bukan masalah buruk makan.. sedap menjilat jari. Masa makan senyap sunyi. Habis makan tersandow. Faham-fahamlah apa maksud kak z.





Bila makan makanan Arab tekak kita rasa mahu minum air yang masam-masam. Sungguh kak z cakap ni. Orang arab suka minum susu masam macam yogurt. Ini baik untuk pengahadaman dalam perut. Tapi masa kami datang dia orang bagi minum fresh orange dan ice lemon tea. Memang sedap lah.. kak z tak berani minum tea.. ada mak tak tido sampai lusa. Tapi rasa sikit lah.. sedap pulak. Sikit jer..

Hadramawt Palace mempunyai banyak cawagan. Kalau korang duduk di Kuala Lumpur .. boleh ke Hadramawt Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hadramawt bukan sahaja restoran, kalau hendak membuat majlis perkahwinan atau company dinner boleh buat disini. Harga Rm29.00 nett. Dibuka dari 11pagi -11malam. Untuk tempahan sila hubungi 062866662..


Thank you Mummy Julia bagi share gambar..

Ok bai

Makan-makan di ZENDE Cafe, Seri Pacific Kuala Lumpur


Zende Cafe, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 


Kak z berada di Zende Cafe, Seri Pacific dari pagi hingga lewat petang. Sepanjang hari di situ macam-macam yang kak z makan. Sebab datang hari Jumaat , jadi tidak ada buffet lunch, kena makan ala carte sahaja. Buffet lunch hanya hari Isnin dan Khamis. Tapi sarapan di sediakan setiap hari. Cafe ini di buka dari kul 7.00pagi -1.00malam.

Apa yang ada? Macam-macam ada. Dari menu barat ke menu timur. Western, Chinese, masakan Melayu dan India. Kalau boleh macam-macam kak z nak cuba. Mana boleh masuk semua, mau pitam kekenyang dan kena extra joging ler makcik lepas ni. Kak z mula makan sarapan pagi. Sebab dah sampai dari Melaka perut lapar gedik..kena makan sebelum buat kerja. Kang pengsan ada adegan drama swasta lah pulak kat situ. Malu oii.











Ini antara gambar yang kak z makan di waktu pagi. Sesuai untuk kita sebelum memulakan hari kita. Kak z makan apa yang suka sahaja. Ada juga hidangan lain. Sebab makanan tu berat, seperti nasi lemak, mee sup, bubur, roti canai dan mee goreng, kak z tak ambil. Kak z nak makan sepanjang hari. Perut kena bahagi kepada beberapa bahagian. Melalui mata kak z yang melihat. Semua sedap...semua mahu cuba. Apa pun sabar z, kita makan dessert dulu..









Gigih kak z mengira kalori.. habis..hancur diet sebab makanan yang ada. Kena makan. Sebab kek-kek ini sediakan oleh chef pastri antara yang terbaik di Malaysia. Kena makanlah. Kalau tidak rugi. Balik lari 10km z. Denda sebab ko degil makan juga. Dah sedap makanlah.. betul tak? Lunch lagi nangis.. sebab tidak ada buffet jadi pilihan yang ada makan ala carte.







Kak z makan Sirloin steak and minum smooties manggo. Apakah akan terjadi lepas ni? Lempang diri sendiri sebab nampak steak tak menahan untuk makan. Hancuusss.. dah tahan tapi anak cacing kata..momee makan lah sedap.. chia chia chia... janji muka tegang.

Ada juga menu lain untuk ala carte. Yang korang mesti cuba. Kak z tengok aje. Tau jer la. Perut penuh. Tapi chef-chef kat Zende Cafe ni tunjuk macam pula. Nangis .. nangis mak. Chef please don't spoil me. Ini antara yang ada dalam ala carte









Ini hanya teaser sahaja. Nanti akan ada lagi. Kak z belum habis lagi untuk cuba. Tak boleh show sekarang, ramai sakit jantung. Akhir sekali kak z bergambar dengan chef-chef yang telah bagi kak z makan dengan banyaknya. Chef... next round i come back.



Ok bai

Shooting Majalah Aroma Bersama Chef Seri Pacific


Chef Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur


Hari ni seharian kak z duduk dalam Cafe Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur. Semuanya berjalan lancar dan habis cepat. Sebab chef-chef amat membantu. Shooting ini adalah untuk Majalah Aroma keluaran Jun 2016 sempena bulan Ramadan.



Chef-chef ini berkongsi resepi mereka dalam Majalah Aroma. Peranan kak z ambil gambar supaya pembaca meleleh air liur bila tengok majalah ini. Tolong jangan kecam Kak z ..chia chia chia... kak z tak bersalah.

Korang nak tau sempena Ramadan ini, Seri Pacific, Kuala Lumpur akan mengadakan buffet Ramadan. Fuuhh.. bila tengok menu tadi semua sedap-sedap. Kak z tak merasa lah.. sebab jauh mau pergi woii.. korang pergi lah. Kalau book awal harga  murah. Sebelum 15hb Mei 2016.

Katanya diaorang buat stail hawker. Duduk makan dalam ballroom. Chef yang masak ni ada 21 tahun pengalaman masak masakan Melayu. Tadi ngences tau tengok ox tail masak asam.. sabar z sabar..ko dah lah diet. Shooting gambar tak apa tapi jangan ngap.. piisttt sebenornya.. tenghari tu PR marcom Seri Pacific belanja makan steak..

Seri Pacifc Kuala Lumpur, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab banyak membantu saya sepanjang pengambaran. Terutama Chef Azman serta team kitchen banquet dan pelayan Zende Cafe, Seri Pacific.  Habis pokok bunga korang tercabut. Tapi epal tu.. nangis sebab cantik  tak boleh makan. PR Manager Miss Chan dan Cik Fatin  yang cantik manis thank you so much for the hospitality.  Kerja 6 jam selesai dalam masa 2 jam. Thank you Kelab Blogger Ben Ashaari atas sokongan, terutama founder Ben Ashaari ( kawan gaduh). Next trip insyallah Kak Z akan ke Renaissance dan Concorde Hotel. Amin

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...