25 March 2018

TRAVELOG 14: KURASHIKI CANAL, OKAYAMA


Kurashiki Canal terletak setengah jam menaiki train dari Okayama Station. Meh nak cerita pasal lawatan Kak Z kesini. Semasa buat itinerary untuk datang ke Jepun, Kak Z banyak membaca dari blog-blog yang menulis pasal Kurashiki Canal ini. Airnya bersih dan cantik. Dengan budget yang ada, Kak Z masuk Kurashiki ke dalam itinerary. Sebab semua review kata cantik. Dalam FB group Road To Japan pun ada yang mengatakan cantik. Memang cantik. Tapi bukan tempat Kak Z.




Ku bayangkan terusan seperti di Amsterdam or di Sheffield and Tinsley Canal Trail or Havard.  Paling tidak Terusan Wan Mat Saman. Tapi tidak. Airnya jernih. Tapi pendek je terusan tu. Ada 2 ekor swan dalamnya dan boat yang yang bawa pelancong meronda canal tersebut.



Memang buat gelaklah. Sampai pun dah lewat selepas melawat Kojima Jeans street. Tepi-tepi terusan ada kedai dan bangunan rumah yang telah di ubah suai menjadi muzium dan kedai makan. Kak Z jenis yang adventures. Bila sampai tempat yang romantik, jadi lain rasanya. Salah Kak Z juga, high expectation. Bagi mereka yang suka keindahan ala-ala Inggeris, rumah tepi terusan dan menikmati teh secawan di restoran berdekatan ...why not. Boleh sahaja datang kemari.


Di sini ada arked untuk membeli cenderahati. Sedikit mahal dari Osaka. Ice Cream yang sedap.  Jalan mudah untuk sampai kesini ialah menaiki train dari Okayama Station ke Kurashiki Station. dari Kurashiki Station Jalan kaki ke kawasan terusan. Kawasan terusan adalah 10-15 minit berjalan kaki dari jalan keluar Kurashiki Station. Jalan utama, Motomachi-dori, mengarah ke selatan dari stesen ke kawasan terusan, tetapi berjalan melalui arked membeli-belah selari lagi senang dan cepat. Pelancong juga boleh mengambil bas ke hentian bas Ohara Bijutsukan (2 minit, 170 yen), yang terletak tepat di sebelah Muzium Ohara.



Kurashiki mempunyai kawasan terusan yang dipelihara yang bermula pada Tempoh Edo (1603-1867), ketika bandar itu berfungsi sebagai pusat pengedaran beras penting. Malah, nama "Kurashiki" boleh diterjemahkan secara kasar sebagai "bandar gudang", yang merujuk kepada gudang di mana beras itu disimpan.



Banyak bekas rumah Kurashiki telah diubah menjadi muzium, butik dan kafe. Muzium Ohara adalah muzium Kurashiki yang paling mengesankan, mempamerkan koleksi karya besar oleh seniman Barat yang terkenal. Kak Z tidak dapat mengambil gambar sebab waktu sampai kesini sudah lewat petang, Since it winter kawasan cepat gelap. Semasa dari stesen keretapi ada 2 cabang salan hendak kesini. Kak Z ambil jalan kanan semasa pergi dan jalan kiri ketika balik.




Jika ada plan untuk datang ke Kurashiki buat itinerary untuk Okayama untuk sehari termasuk Kurashiki. Kak Z hanya pergi ke Kojima Jeans Street dan Kurashiki ketika di Okayama. Ada juga yang datang ke Okayama untuk bermain snow masa winter. Memang cantik Okayama juga da taman dan istana yang cantik masa musim Spring. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. It will be my next plan. 

Pengalaman di Jepun ada pahit dan manis. Lebih banyak manis dari pahit. Manis orangnya tapi few days rasa pahit tu ada walaupun sedikit. Mengenai hal penginapan. Kak Z nasihat korang. cari penginapan yang betul-betul untuk  korang menginap. Jangan fikir murah sahaja tapi fikir keselesan dan keselamatan. Kak Z travel dari  Korea ke Tokyo pergi Fuji kemudian ke Kyoto akhir sekali menginap di Osaka, semua Kak Z duduk dorm. Memang best jumpa orang dari negara lain. Tapi menginap di Osaka memang serik. Geng satu dorm pun merasakan pekara yang sama. 

Satu malam pemilik geusthouse masuk tanpa mengetuk pintu ketika kami dalam bilik. Sebab Kak Z berani, Kak Z warning pada dia next time if you want to enter this room please knock the door because we all ladies here. If not i'll will write a bad review about you. Hari pertama sampai, bilik overbook. Jadinya kita lah mangsanya. Guesthouse yang mana? Better Kak Z tidak share namanya.. Sebab I don't create issue to fight with them. My advice for you guys.. cari betul-betul.

Untuk ketika ini cerita Jepun sampai disini. 16 hari travel solo di Jepun. Rasa cukup selamat. Sebelum ke Jepun, travel Korea 10 hari. Balik dari Jepun travel ke Hong Kong. Memang berbeza. Korea dan Jepun wajib sesat dan Hong Kong tidak mudah sesat. Perjalanan Kak Z adalah  research untuk membuat travelog perjalanan solo untuk wanita yang berumur seperti Kak Z iaitu Makcik Backpacker. Insyallah doakan berjaya. Buat sementara waktu ini adalah catatan perjalanan Kak Z ke Jepun. Versi lain catatan perjalanan ke Korea dan Hong Kong dan Hong Kong lagi sebab baru mendapat surat tawaran untuk ke Hong Kong semula. Julai ke Thailand. Insyallah November 2018, Kak Z akan solo road tour ke Portugal, Spain, Adorra dan Monaco. 

Doakan kejayaan projek ini.

Sekian terima kasih.

ok bai

Sumber:

https://www.jnto.go.jp/
http://www.japan-guide.com/
http://www.hyperdia.com/en/
https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/?ref=br_rs

JNTO JAPAN OKAYAMA SOLO TRAVELER Kurashiki Okayama Kojima JNTO Japan Solo Traveler JR pass Muslim

23 March 2018

TRAVELOG 13: DARI FUSHIMA INARI KE NARA PARK


Setiap kali menyentuh keyboard ada dua benda akan terjadi. Idea mencurah atau tidak ada idea langsung. Idea mencurah bermaksud baik sehari boleh menulis beribu perkataan. Di kala tiada idea sepuluh kali ulang di laptop pun belum tentu boleh menekan keyboard. Ini yang terjadi semasa menulis cerita ini. Punca apa yang hendak di cerita? Pasal tiang-tiang oren dan templenya dan pasa Nara yang banyak rusa? Mana cukup kalau tidak berencah. Rencah itu yang kena garap sampai jadi sebuah cerita yang menarik bagi menarik minat pembaca.

Kak Z bukanlah penulis blog yang tip top toe. Penulis blog yang teruk katanya. For me that is a good comment. As everybody know Kak Z hanya penulis hanya sambilan. Akak memang telus setiap penulisan Akak. So I write base on my experiemce. Kak Z juga  ada tugasan wajib yang lain sebagai ibu dan perniagaan. Bila kita telah merantau banyak tempat. Pergi ke banyak negera kita akan bawa 2 pengalaman untuk diri kita:-

1. Pengalaman yang baik boleh jadi panduan untuk hidup kita 
2. Pengalaman yang buruk yang kita kena buang jauh-jauh. 

Semasa di Jepun. Kak Z melihat negara ini bersih, displin, teratur dan menepati masa. Itu Kak Z puji. Tambahan perkerjaan bahagian depan 'Front desk staff' sangat menghormati pelanggan mereka. Contoh kepada pelancong seperti kita. Tidak dinafikan orang awam pun sangat membantu pelancong macam kita kalau kita sesat. Tapi ada juga keburukan di sebalik kebaikan. Sebab nobody perfect. Ketika menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto ada sepasang suami isteri yang tua. Keretapi sangat penuh ketika itu. Kak Z dapat tempat duduk. Tapi pasang ini tidak. Kak Z tunggu samada ada mereka akan di beri tempat duduk atau tidak. Tempat duduk Oku, ibu mengandung dan orang tua telah di penuhi oleh orang muda yang sibuk bermain handphone. Kita memahami dari airmuka dia berharap untuk dapat tempat duduk. Rasa tanggungjawab itu datang. Kak Z bangun dan beri tempat duduk kepada pasangan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih pada Kak Z. Jadi perhatian kejap dalam train. Sampai di Kyoto station kita ni slow sikit sebab nak baca google map yang kuat menipu tu.. memang kuat menipu...hiii. Sedang berjalan ada orang dari belakang tegur. Rupanya pasangan tadi hendak menolong. Cakap itik dan ayam. Mereka hendak juga menolong. Rasa terharu. Kesimpulan banyak tempat Kak Z pergi macam-macam ada.


Fushima Inari Taisha  sebuah kuil, yang terletak di Fushimi Ward di Kyoto, Jepun. Kuil ini terletak di kaki  gunung yang juga dinamakan Inari yang 233 meter (764 kaki) di atas permukaan laut, dan masuk laluan gunung ke banyak kuil yang lebih kecil yang berjarak 4 kilometer  dan mengambil kira-kira 2 jam berjalan kaki . Tiang-tiang oren ini di kenali dengan nama tori. 


Setiap torii di Fushimi Inari Taisha telah didermakan oleh perniagaan Jepun. Struktur paling awal dibina pada tahun 711 di kaki bukit Inariyama di Kyoto barat daya, tetapi kuil itu telah pindah pada 816 atas permintaan sami KÅ«kai. Struktur kuil utama dibina pada tahun 1499.  Di bahagian bawah bukit adalah pintu utama dan kuil utama. Di bahagian belakang kuil utama adalah gunung di atas gunung, ada tempat suci. Untuk naik ke atas korang berjalan di bawah ribuan torii.  Kak Z tak mampu. Sakit lutut..

Senbon torii


Torii yang banyak-banyak ini dipanggil Senbon torii. Kegiatan mendermakan torii ni telah bermula tersebar sejak zaman Edo (1603 - 1868) untuk menunaikan hajat dan ucapan terima kasih kepada tuhan mereka. Kita pulak datang sini sebab hendak gambar sebab tori tu very artistik . Yang Islam kalau berhajat di sini boleh jadi syirik dan pada yang beragama lain boleh meneruskan niat anda.


Tempat suci ini terletak di luar Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki  jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass. Lepas melawat Fushima Inari Kak Z meneruskan adventure ke Nara Park di Nara. 30 minit juga perjalanan dari Inari ke Nara.Tempat suci ini dibuka 24 jam  dan tiada bayaran masuk.


Sampai di Nara tempat yang Kak Z cari ialah Nara Tourist Information Counter.  Kenapa? Walaupun ada google maps untuk panduan. Tiada keyakinan. Pasti berlaku unsur penipuan. So jalan penyelesaian pergi information counter. Kemudian cari bus ke Nara Park. Berdasarkan tunjuk ajar encik information counter naik bus no. 2 warna kuning. 


5 minit naik bus kuning dah sampai Nara Park.. belum habis mak nak berangan. Turun betul-betul di Nara Park. Dari jauh dah nampak rusa. WARNING ada bau kurang menyenangkan. Faham-fahamlah korang kat ladang rusa. Tahan ler sikit.  Jalan lebih kurang 5 minit dari bus stop kita akan nampak Nandaimon Gate.

Sebelah Kiri kita kedai yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati. Bila beli makanan sila berhati-hati bungkus elok-elok supaya rusa tidak kejar kita.  Masuk ke dalam Nandaimon Gate kena jalan sikit untuk sampai Todaiji Temple. 


Todaiji adalah salah satu kuil yang paling terkenal dan bersejarah di Jepun. Todaiji juga adalah mercu tanda Nara. Kuil itu dibina pada tahun 752 sebagai kuil kepala semua kuil Buddha seluruh di Jepun. Asalnya Nara adalah bandar utama. Oleh sebab terlalu sibuk bandar di pendah ke tempat lain pada tahun 784. 


Dewan utama Todaiji, Daibutsuden adalah bangunan kayu terbesar di dunia, walaupun pada masa kini pembinaan semula 1692 hanya dua pertiga daripada saiz dewan kuil yang asal. Bangunan besar-besaran ini merupakan salah satu patung gangsa Buddha terbesar di Jepun (Daibutsu). Tinggi 15 meter, Buddha duduk mewakili Vairocana dan diapit oleh dua Bodhisattva.


Keluar dari Nandaimon Gate, Kak Z menuju ke Museum National Museum. Konon nak masuk muzium tapi ada bayaran. Sebelum masuk baca dulu info. Dalam muzium ada beberapa patung buddha dan gambar sahaja. maka cancel. Seberang jalanYoshikien Garden. Sebab terlupa charge bateri maka gambar garden tidak dapat di ambil. Coverage Kak Z hanya untuk kawasan Nara Park. jadi selesai tugasan Kak Z perlu balik ke Kyoto. Sebab petang tersebut perlu menghadiri suatu event di Osaka. Nara next time Kak Z datang lagi untuk explore Nara hingga Wakayama.

Nara Park  lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.

Sebaiknya untuk datang kesini ambil masa suntuk untuk berjalan seluruh Nara. Kak Z tidak sempat. Rasa macam rugi. Sebab Nara banyak benda  menarik boleh kita lihat. Kak Z baca didalam www.japan-guide.com rasa rugi datang setengah hari. Kena plan betul-betul. Jangan main redah nanti korang yang rugi


Cara datang ke Fushima Inari

Keluar dari Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki  jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass.

Cara datang ke Fushima Inari

Nara Park  lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.

Ok bai

Sumber:

https://www.jnto.go.jp/
http://www.japan-guide.com/
http://www.hyperdia.com/en/
https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/?ref=br_rs

JNTO JAPAN KYOTO SOLO TRAVELER  JNTO Japan Solo Traveler JR pass Muslim

TRAVELOG 12: BAMBOO GROVES ARASHIYAMA, KYOTO




BAMBO GROVES, ARASHIYAMA

Terbayang-bayang buluh yang rimbu ketika berada di Bamboo Groves, Arashiyama.  Rimbun betulkan kepada yang pernah sampai ke sini. Kalau lah dapat kat anak-anak Kak Z for sure jadi meriam buluh. Bergegar rumah. Nasib baik duduk kampung Melaka. Kalau duduk Kg Pandan macam dulu mesti datang polis tahan. Kemeriahan meriam buluh sudah tidak ada lagi sekarang Punca ramai pencipta meriam besi yang hilang tangan. Orang suruh buat pakai buluh ko buat pakai besi. Insoof mak...


Melalui pembacaan Kak Z untuk memasuki Bamboo Groves ada 2 tempat masuk.:-

1. Dari Tenryu-ji Temple
2. Dari Stesen Torakko Arashiyama.

Kak Z masuk dari Stesen Torakko Arashiyama. Mencabar sikit sebab jalan tanah merah berbukit. Bukan jalan merah macam di Malaysia. Jalan ni cantiklah dan tidak berlumpur. Cuma licin  sikit kalau selepas hujan jadi korang kena berhati-hati sedikit. Kalau yang bawa stroller atau naik wheel chair Kak Z cadangkan masuk dari  Tenryu-ji Temple. Mudah sebab jalan lebih rata. 



Apa yang Kak Z cari di sini yer? Sebab di sebalik buluh tu tanah perkuburan. Orang Jepun rasanya suka di kebumikan  kat kawasan berbuluh. Kalau korang naik shinkansen dari Mishima ke Fukuoka korang akan nampak perkampungan orang Jepun. Di setiap perkampungan yang Kak Z nampak kawasan perkuburan adalah di kaki bukit dan kawasan berbuluh. Di Korea pun bergitu. Masa naik KTX dari Seoul ke Busan kawasan perkuburan mereka sama macam Jepun. Cuma di Korea ada yang besar-besar. Maybe orang kaya. Di  Jepun saiz kecil..paling seram kubur orang Melayu. tettttt.... alamak cerita pasal kubur lak.. 


Sebenarnya nak datang waktu malam sebab nak tengok Arashiyama Hanatoro yang berlangsung pada December 8 to 17, 2017 time: .17:00 to 20:30. Akibat penakut setelah tahu di sebalik buluh ialah kubur cancel jawapannya. Maka datang siang hari. Pukul 9.30 pagi Kak Z dah sampai. Untung belum ramai orang. Hendak bergambar pun senang. Buluh-buluh di sini bukan macam Malaysia. Dia tumbuh sebatang-sebatang. Cari juga rebung dia kat mana. Tak de.. kalau arwah mak dapat ni. Masak lemak daging dengan rebung lah jadinya. Selamat ko rebung Jepun. 



Mereka betul-betul jaga bamboo groves. Dia tutup kiri kanan trail supaya buluh terjaga elok. Tapi ada juga tangan yang gatal mengukir nama kat buluh. Buat malu Malaysia jer..silalah ubah-ubah perangai vandalism sebelum ke negara orang adik-adik. Aku asyik kutuk dalam hati pasal pelancong dari China buat perangai. Anak Malaysia pun buat perangai kat Jepun..maluuu..sebab tu sentiasa tutup muka.


Jalan-jalan sambil jalan berangan..nak tanam buluh depan rumah..cantik ko..lepas tu fikir semula. Baik tak payah silap hari bulan nampak mahluk UFO celah buluh tu. Tak mo..takutt. Pokok buluh di Bamboo Groves ni di jaga rapi supaya hidup sihat. Tinggi-tinggi pulak tu. Ni baru ada imej hantu galah. Dia orang buat kajian dan menjaga kawasan ini jika pokok buluh ini rosak. Kenapa? Sebab Jepun mahu mengekalkan groves ini sebagai tarikan pelancong. Kalau korang ke Jepun memang ramai pelancong. Semua rasa selamat. Itu cara Jepun menjaga pelancong yang datang. Malaysia patut contohi Jepun. Kak Z hendak berjalan sensorang di Kuala Lumpur sekarang pun takut. Dulu KL tu aku yang punya. Sekarang tidak lagi..oleh itu harap sangat penguasa kita buat sesuatu secepat mungkin.



Baru-baru ni Kak Z ke Hong Kong. Ramai orang yang berniaga sesuka hati di tepi jalan. Di Jepun kedainya teratur. Hendak berniaga tepi jalan pun di pasar karat. Masuk dari Station Torakko Arashiyama keluar di  kawasan Tenryu-ji temple, tiada orang berniaga atau membuat kacau di kawasan ini. Kedai-kedai di sini memang teratur. Penarik beca pun tidak rebut pelanggan. Mereka sangat hormat dan sopan dengan pelancong. Di Malaysia what can i say.. speachless. Bukan hendak kutuk tapi memang kena perbaiki. 


Balik kepada bamboo groves. Jalan didalam groves tu memang tidak panas..sebab jalan di lindungi buluh. Selepas pukul 9.30 pagi pengunjung dari arah Tenryu-ji Temple telah mula ramai. Alhamdulillah sesi mengambil gambar dah selesai. Jika tidak sesak. Kak Z cadangkan korang datang awal untuk menikmati kawasan dan bergambar dengan tenang.




Dari bamboo groves kita ke Togetsukyo bridge. Akak hendak bergambar di situ ya Allah punya ramai manusia masa tu. Macam mana nak pacakkan tripod DSLR ambil gambar diri sendiri ni. Akhirnya pacak gopro kecik sikit. Akibatnya banyak gambar kurang memuaskan. Kecewa sikit. Editor pun cakap..nanti hantar you lagi ambil gambar banyak-banyak di situ. Nak meloncat dah tua. Maka dalam hati kata..yahoooo...alhamdullilah. Togetsukyo bridge ko tunggu aku datang tahun 2020. Doakan akak sihat sampai waktunya. Seronok ko.




Togetsukyo Bridge atau di kenali dengan "Moon Crossing Bridge" adalah mercu tanda Arashiyama yang paling ikonik. Ia pada asalnya dibina semasa Tempoh Heian (794-1185) dan paling baru dibina pada tahun 1930-an. Jambatan ini kelihatan menarik dalam kombinasi dengan pergunungan hutan di latar belakang. Katanya ada sebuah taman ditepi sungai dengan berpuluh-puluh pokok ceri terletak bersebelahan dengan jambatan. Masalah semua daun dah gugur masa aku datang. So tidak  nampak pokok ceri yang ada di tepi jambatan, sungai dan yang ada hanya ranting pokok. Siapa suruh datang masa sejuk datang lah waktu blossom betul tak? Oleh korang plan betul-betul untuk tengok Cherry Blossom untuk menikmati permandangan yang cantik.



Kedai makan dan cenderahati memang banyak bila korang keluar dari bamboo grove tu. Tapi pilihan Kak Z Lawson juga. Kedai lain nak masuk takut 'ba alif ba ya'. Lepas tu kita sakit makan berpantang. Kena kurangkan daging. Ayam sure tak sembelih. Masuk lawson makan onigiri tuna dan air Van Hauten. Bagi backpacker macam akak.. kenyang dan jimat ko makan benda alaaaahh tu. Jadi tidak kelaparan lah korang di sana.



Katanya boleh sewa kimono. Ramai pelancong pakai kimono. Comel je pakai. Sopan sungguh jalan. Kak Z tak teringin nak pakai. Oversize.. Tapi teringin nak naik beca tarik tu. Memandangkan poket guwa licking tanamkan lah impian dalam bamboo groves tadi..


Habis kawasan di lawat next destination Kinkakuji temple. Naik bus aje dari Saga Arashiyama. Kalau korang ada pass. Memang jimat lah. Kak Z guna Icoca je.. sebab travel naik train dah guna JR pass. Lapi pun bukan nak travel jauh. Dokek-dokek jo..so korang kalau nak guna mana-mana pass rancang dulu perjalanan korang supaya jimat..transportation Japan mahal untuk tempat-tempat korang nak kunjungi. Malaysia masih murah. Hong kong lagi murah.


Harap korang suka baca travelog Kak Z ni. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan pada korang yang hendak datang sini. Next Inari dan Nara.


Cara Untuk Ke Kawasan Saga Arashiyama:-

1. Keretapi Jepun (JR)

Cara terpantas dari Stesen Kyoto ke Arashiyama disediakan oleh JR Sagano Line (juga dikenali sebagai JR Sanin Line). Satu perjalanan ke Stesen Saga-Arashiyama mengambil masa 15 minit dan kos 240 yen. Dari Stesen Saga-Arashiyama, pusat Arashiyama boleh dicapai dalam perjalanan 5-10 minit.

2. Keretapi Keifuku (Randen)

Kereta api kecil di Laluan Keifuku Arashiyama menghubungkan Arashiyama dengan Stesen Omiya di persimpangan Shijo Street dan Omiya Street di Kyoto pusat (20 minit, 210 yen). Keifuku Railways juga menyediakan akses ke Stesen Kitanohakubaicho di utara Kyoto, tidak jauh dari Kinkakuji, Ryoanji dan Kuil Ninnaji (20-30 minit, 210 yen). Kena transfer sekali di Stesen Keifuku Arashiyama terletak di tengah-tengah Arashiyama.

3. Keretapi Hankyu

Dari Stesen Kawaramachi atau Karasuma di pusat bandar Kyoto (Shijo Street), mengambil Hankyu Main Line ke Stesen Katsura dan dipindahkan ke Hankyu Arashiyama Line untuk Arashiyama. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira 20 minit dan kos 220 yen. Stesen Hankyu Arashiyama terletak di seberang sungai, iaitu perlu menyeberang jambatan Togetsukyo kira-kira 5-10 minit berjalan kaki dari pusat Arashiyama.

4. Dengan bas

Talian bas menghubungkan Arashiyama dengan beberapa bahagian Kyoto, namun, disarankan untuk ke Arashiyama dengan kereta api untuk mengelakkan risiko terjebak dalam kesesakan lalu lintas.

5. Dengan kereta

Datang dengan kereta tidak disyorkan kerana kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta yang terhad. Walau bagaimanapun, pengembara dengan kereta yang berminat boleh juga  melawat kawasan pegunungan Takao, jalan tol Arashiyama Takao Parkway jalan yang mudah menghubungkan Arashiyama dengan Takao (1180 yen satu arah).


Ok bai


Bambo groves Arashiyama Kyoto JTNO Backpacker Japan Osaka Sagano JR Togetsukyo JNTO JAPAN KYOTO SOLO TRAVELER  JNTO Japan Solo Traveler JR pass Muslim


22 March 2018

TRAVELOG 11: SAGANO ROMANTIC TRAIN



Sagano Romantic Train apa yang anda lihat dengan menaiki keretapi ini? Kak Z pun tidak pasti sebelum menaiki keretapi ini. Katanya pemandangan cantik ketika musim spring dan autumn. Kak Z naik di akhir autumn. Apa lagi sejuk tahap gigil. Duduk lagi coach yang tidak bertutup padan muka aku. Pakai sarung tangan pun beku. Nak menyumpah pun tak boleh sebab sendiri yang cari pasal, jadi sabar je lah sampai turun. 


Memang romantik kalau berdua tengok keindahan kawasan sepanjang trek keretapi. Kalau sejuk boleh warm each other. Tapi beku kalau ko solo traveller. Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Taubat nasuha aku. Sejuk punya pasal. Hidup kat negara -40c tak lah sesejuk ini. Ini memang sejuk betul. 



Dalam perjalanan menaiki keretapi ini kita akan melalui pemandangan indah di sepanjang Sungai Hozu. Pokok di sepanjang perjalanan masih berwarna merah oren dan kuning . Ada juga yang berwarna hijau. Kalau Kak Z sampai lebih awal  mungkin lebih cantik. Sebab melihat yang di tulis didalam blog-blog lain, Sagano Romantic train mungkin seronok di naiki ketika spring atau awal autumn. jangan datang akhir autumn atau musim sejuk. Mulut dan pipi korang pasti mengalami kekejangan macam Kak Z. Cuba hendak senyum pada Malaysian yang tegur pun tak mampu. adehhh.. sejuuuukkk



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Walaupun sejuk Keretapi ini penuh dengan penumpang. Ada beberapa coach. Pasti yang berebut ialah coach tanpa bumbung. Kak Z tanpa sedar diri asal dari negara panas book coach tersebut. Tiket Kak Z telah tempah awal sehari sebelum perjalanan di Stesen Tambaguchi, Kyoto. Awalnya macam panik mungkin tidak dapat tiket untuk awal pagi. Tanya pada master station boleh atau tidak beli tiket Sagano Romatic Train di stesen beliau. Beliau akata boleh. Alhamdullilah Train Master boleh berbahasa Inggeris. Rata-rata train master di Jepun yang Kak Z jumpa boleh berbahasa basic English. Jadi korang jangan risau kalau sesat di Station keretapi. Sebab yang muda-muda semua boleh berbahasa Inggeris. Tapi masalah kalau naik bus. Semua yang jumpa tidak tahu berbahasa Inggeris. Yang sukanya mereka suka hendak menolong walaupun seorang bahasa itik dan seorang lagi bahasa ayam.


Semasa membuat tempahan master station akan tanya pukul berapa? dari mana ke mana? coach yang mana? Tempat yang mana jika ada kekosongan? Berlagak..pilih pukul 9.15 pagi. Dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Coach tidak bertutup dan duduk tepi tingkap. 


Pergi balik hostel, mamat arab yang jaga counter reception. Dia tanya "are you serius choosing that coach?" dia bantai gelak. Dia nasihat bawa extra baju panas sebab sejuk. Akibat kedegilan diri sendiri memang sejuk. hingga tidak mampu mengambil gambar yang cantik. Sedikit frust. Kalau tanya Kak Z, are you goin to ride again? Jawapannya tidak. Mungkin 10 minit dan harga tiket 620Yen boleh beli Kebab. Itu pendapat Kak Z. Mungkin orang lain pendapatnya lain. So korang study betul-betul sebelum buat keputusan.




Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station untuk ke Bamboo Forest. Turun keretapi hanya 5 minit sahaja berjalan kaki dari station. Bagi ibubapa yang bawa anak dengan memakai stroller agak sukar juga untuk melalui tersebut. Kalau korang nak cuba juga why not boleh aje. Daku tidak sanggup. Maybe dah tua kot. Anak-anak pun dah besar rasa macam susah tengok orang lain susah payah bawa stroller anak-anak meraka menaiki tangga station dan berjalan ke bamboo forest.



Macam mana hendak menaiki Sagano Ramantic Train ini? Korang boleh membuat tempahan awal atau beli di station di hari untuk menaiki train tersebut. Book awal dapat tempat duduk dan pilih the best seat dah pastinya seat tepi mengadap sungai. Tempahan boleh di buat di JR ticket Kyoto Station atau kawasan sekitarnya. Kak Z beli di station kecil iaitu Station Tambaguchi. Sebab mereka boleh check dalam sistem samada ada kekosong atau tidak. Kak Z pun seperti korang juga yang belum pernah naik keretapi ini. Risau tiket habis. Bila tanya pada master station rupanya boleh juga di beli dengan dia orang. 

Ada beberapa pilihan untuk menaiki keretapi ini Kak Z pilih Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Pilihan lain dari naik dari Saga Arashiyama turun di Torokko Kameoka. Atau dari Saga Arashiyama station turun di Torokko Arashiyama kemudian ke Bamboo Forest. Tapi Laluan Saga Arashiyama ke Torokko Arshiyama tidak beberapa menarik katanya melalui review blogger yang lain. 



Oleh kerana Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station, Kak Z ambil train dari station Tambaguchi arah Kameoka dan turun di Umahori Station. Bayaran tidak pasti sebab pakai JR pass. Korang boleh check di www.hyperdia.com atau www.rome2rio.com. Disana ada detail mengenai harga tiket keretapi.




Turun di Umahori kena berjalan lebih kuran 20 minit. Dalam cuaca sejuk perlahan sikit berjalan. Jangan risau ada pertunjuk di sepanjang perjalanan. Lalu sahaja bawah jambatan sudah nampak sawah padi. Orang jepun tanam padi bukan tabur tapi semai cara cucuk anak padi ke dalam tanah. Macam mana Kak Z tahu? Sebab mak pak kami dulu tanah padi cara ni. Cuba lihat sawah ini. Ikut susanan dan teratur. 

 

Dari sawah padi terus belok ke kanan. Jalan terus hingga nampak station Sagano Scenic Station. Sepanjang perjalanan kita mungkin bertemu orang tempatan. Cuba-cubalah senyum pada mereka. Insyallah mereka akan tunjuk arah pada korang mana hendak di tuju. Diorang tahu kita ni pelancongan luar. Jangan takut lah....


Sampai sahaja station korang kena naik atas setingkat. Pada meraka yang bawa stroller atau wheel chair ada lalu untuk mereka yang memerlukan. Yang sihat dan mampu naik tangga je lah.. Senang lah semua kemudahan ada disini.










Sampai atas ada ticket counter. Yang tidak membeli ticket lagi boleh beli di sini. Tempat duduk 'pat pat dia punya" siapa cepat dia dapat lah. Kalau lambat maybe kena berdiri atau tempat duduk lebih kearah bukit bukan cerunan sungai.  Tidak mengapa berdiri lagi senang untuk ambil gambar 15 minit jer pun. Pada tiket ada tertera tempat duduk yang telah kita pilih. Jangan risau kalau tetiba tempat duduk kita kena chop dengan orang lain. Memang orang itu cari nahas.



Keretapi dari Saga Arashiyama adalah pada pukul 9.00pagi. Keretapi akan sampai di station Torokko Kameoka pada pukul 9.15. Gate akan di buka pada pukul 9.00. Sambil menunggu keretapi sampai bolehlah bergambar. Orang memang ramai jadi berhati-hati dan jangan tolak menolak. Semasa Kak Z nak naik sedih juga kita beratur tapi pelancong dari negara lain bertolak dan berebut. Korang jangan ikut perangai macam tu faham..



10 minit kesejukan didalam train sampai di Torakko Arashiyama. Kenapa turun di Torakko Arashiyama sebab hendak ke Bamboo Forest. Ini namanya jalan belakang. Waktu Kak Z sampai masih tidak berapa ramai orang senang hendak bergambar. Oleh itu next travelog kita cerita pasal Bamboo forest...pisttt belakang bamboo forest tu ada kubur tau...hiii


Lokasi

Arashiyama, Kyoto, Japan

Jam Beroperasi

Masa dari 9:00 hingga 16:00 (sehingga pukul 17:00 pada waktu sibuk)

Tutup

Rabu (kecuali cuti umum, semasa musim cuti musim panas dan musim cuti musim gugur), 30 Disember hingga akhir bulan Februari

Kemasukan

620 yen sehala antara Stesen Torokko Saga dan Stesen Torokko Kameoka

Ok bai

Sumber:

https://www.jnto.go.jp/
http://www.japan-guide.com/
http://www.hyperdia.com/en/
https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/?ref=br_rs

JNTO JAPAN KYOTO SOLO TRAVELER  JNTO Japan Solo Traveler JR pass Muslim

Bambo groves Arashiyama Kyoto JTNO Backpacker Japan Osaka Sagano JR Togetsukyo Sagano Romantic train

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...