A Famosa Wonderworld Safari, Melaka,memang terkenal dengan safari. Boleh tengok harimau, singa, rusa, zirafah dan seladang. Sekarang ada tarikan baru Alpaca dan Hippopotamus atau badak air. Binatang-binatang ini boleh di lihat dari dekat. Paling takut singa dan harimau. Sekali dia ngap habis tinggal tulang. Nasib baik jeep yang bawa kita tu semua bergerigi. Selalu haiwan ini dalam sangkar. Kali ini kami pula yang duduk dalam sangkar.
A Famosa Wonderworld Safari
Best atau tidak? Terus terang best.. kenapa? Semua zoo di Malaysia, Kak Z dah pergi semua hidup dalam sangkar. Dan mereka hanya tidur dan tidak aktif seperti yang kita tonton di Animal Planet. Tapi kali ini menarik, Kak z dapat melihat harimau dan singa yang aktif di depan mata. Gayat mak..
Apa Alpaca? Alpaca berasal dari Selatan Amerika. Ada 2 jenis alpaca iaitu Suri Alpaca dan Huacaya Alpaca. Ketinggian Alpaca antara 80-100cm dan berat 50-90kg. Hayat Alpaca ialah 20 tahun. Alpaca jantan dewasa berumur 2-3 tahun. Manakala Alpaca betina pula dewasa 2 tahun lebih dari Alpaca jantan. Alpaca hidup dalam kelompok kecil di mana jantan, betina dan anak mereka. Mereka mempunyai pandangan yang tajam. Alpaca mempunyai tendangan sisi kiri atau kanan yang kuat . Bahaya duduk tepi diaorang ni..silap-silap hari bulan kena tendang. Makanan Alpaca ialah rumput, hay dan daun. Penternak Alpaca akan mengambil bulunya. Sebab bulu Alpaca seperti bulu biri-biri. Oleh kerana bulunya seperti biri-biri, Alpaca telah di bawa dan di ternak ke Australia. Bulu Akpaca sangat bernilai untuk membuat selimut, baju panas, sarung tangan, topi dan tekstil. Alpaca dari keluarga Ilama dan Vicuna. Alpaca di A Famosa Safari berasal dari Australia.
Aplaca
Hippopotamus atau badak air berasal dari sub-saharan Afrika. Berat jantan 1500kg dan betina 1300kg. Berat sungguh. Badak jantan dewasa 5-6 tahun dan betina 7-7.5 tahun.Kenapa badak air? Sebab dia dia suka duduk dalam air. Teringat kuih badak berendam. Serupa..haaa. Hippopotamus ini duduk sahaja didalam air. Kadang-kadang dia keluar untuk panaskan badan. Kulit dia tebal bagi menggelakkan dari di serang buas. Contoh buaya yang berkongsi tempat dengan mereka. Hippopotamus kuat makan. Walaupun berbadan besar, binatang ini boleh lari 30km/jam. Walaupun besar kuat juga ko lari yer badak..
Hippopotamus
Perjalanan dalam lori ranger memakan masa lebih kurang setengah jam. Mr Simon adalah salah seorang pengurus di safari ini menerangkan kami setiap kehidupan dan aktiviti haiwan disini. Tidak boring. Haiwan-haiwan di sihat dan cantik. Kak Z akan datang lagi dengan anak-anak sebab menyarik. Tidak seperti di zoo yang akak telah pergi di Malaysia.
Harga tiket dan tempahan
http://www.afamosa.com/price-package
Tempat:
A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Tel: 06-552 0888
Maps:
Tempat:
A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Tel: 06-552 0888
Maps:
Ok bai