11 February 2016

Suami gelak isteri jatuh



Pengalaman yang menarik untuk aku kongsi dengan korang. Semalam akak naik LRT dari TBS ke PWTC. Ada satu pasangan dan seorang usia 8-9 thn. Si suami bawa beg tarik..isteri bawa beg jinjing di tangan. Sebelah tangan lagi pegang anak. Masa menunggu LRT sampai dia duduk sebelah akak. Dengar dia cakap dialek utara. Bercakap dengan anak dan suami dia. Macam biasa akak memang tidak hirau hal orang.

LRT pun sampai. Kami pun naik. Orang ramai ketika itu. Suamimsudah duduk di satu tempat kosong. Isteri masih mencari. Dapat di sebelah akak sambil itu sibuk panggil anak untuk duduk sama.

Tetiba coach LRT tersentak..kalau kita sudah biasa kita akan bersedia. Kesian kepada wanita tadi sebab dia tidak bersedia dan jatuh tergolek. Subhanallah...paling syahdu.. suami mengelakkan si isteri tanpa menolong.

Orang lain sibuk menolong si isteri bangun dan punggut barang
Akak tahu..dia terperanjat dan mengigil.. sebab akak yang genggam tangan dia. Dia hanya mendiam diri. Dari awal dia hingga dia turun kat stesen bandaraya. Dia hanya senyap tidak seperti sebelum naik LRT tadi.

Masa nak turun...dia ucap terima kasih pada akak. Akak tepuk tangan dia.. sambil kata 'sabar lah..'Melalui air muka..hurrmmm...biarlah rahsia akak.pada suami jangan lah kan si isteri. Tolong adalah lebih afdal...betul tak?

Ok bai

1.5juta pekerja Bangla akan masuk ke Malaysia..?




Masa berada di Kuala Lumpur kelmarin, terasa macam duduk di Bollywood. Rata-rata muka macam hindustan tapi cakap bangla. Ada juga muka macam cina tapi cakap hindustan.

Keliru sekejap..Ibu negara aku ker ni? KLCC, Bukit Bintang, Jalan TAR, TBS, Pudu dan Chow kit. Penuh dengan mereka. Dulu penuh dengan indon. Sekarang sudah berubah.

Ini ibu negara Malaysia.. atau ibu negara Bangladesh..takuuutt. Apabila Datuk Zahid Hamidi mahu membawa masuk 1.5juta pekerja bangla. Aku rasa bukan cadangan yang bagus.

1. Takut masalah sosial akan bertambah
2. Pengaliran mata wang kita keluar
3. Makin malas lah rakyat Malaysia
4. MAKIN TAKUT AKU KELUAR RUMAH..

Ok bai

Zang Toi West 57th Street Cafe Paviliion .. Delicious Pandan Cheese Cakes

Zang Toi West 57th Street Cafe ..jauh ke? Tidak lah.. cafe ini di tingkat 4 Parkson Pavillion, Kuala Lumpur.





Cafe kedua Zang Toi yang dah akak pergi. Kenapa datang semula? Puncanya Pandan Cheese Cakes. Rasa authentice lemak pandan, pisang dan cheese memang kena citarasa akak.





Mula rasa kek ini di Zang Toi West 57th Street Cafe Freeport Afamosa outlet. Di tambah dengan minuman punch yang menyegarkan. Rasa keju kek ini tidak menjemukan





Bukan hanya dengan kek pandan sahaja, makanan lain juga sedap. Sudah tentu salmon sandwich. Kenapa? Sebab parmesan dan mozarella cheese bergabung menghilangkan rasa hanyir ikan tersebut.







2 jenis makanan ini akan memjadi kegemaran akak. Macam di Melaka ada juga pilihan lain seperti chicken chop, nasi lemak rendang, sosej sandwich, pasta dan kek coklat. Semua pilihan ini memenuhi citarasa pengunjung.



Suasana kedai ini seperti butik cafe.. memamg butik cafe. Peminat fashion rekaan zang toi boleh mendapat pakaian rekaan beliau disini. Bukan setakat ini terdapat juga barang hiasan dalaman di sini.







Semua ini adalah rekaan Zang Toi. Setiap sentuhan kreatif Zang Toi hasilnya disini. Suasana cafe ini cozy dan sesuai majlis sambutan hari jadi secara kecilan. Hubungi mereka dan tempahan. Anda akan di layan oleh cafe manager En Badrul.



Cafe ini di urusakn abang Zang Toi dan anak saudara beliau. Layanan mereka sungguh awesome.. thank you for your hospitality..

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...