06 October 2015

Happy Birthday adik .. saya 7 tahun

Lahir 4hb Oktober 2008.. 4 hari raya aidil fitri..sibuk orang hendak open house sibuk dia hendak keluar. Siap makan pergi hospital beranak. Seperti biasa belah.. Ahmad Hanis Bin Ahmad Khairulddin..




Adik Dengan hadiah

Tarikh 4hb Oktober 2015, dia 7 tahun. Sekejap dia besar. Makmdia beaarkan dia seorang diri. Alhamdullilah dia baik.. tapi banyak songgel sikit dari abang-abang yang lain. Be honest diam tidak kenal ayah dia sejak lahir.. sebab kami sudah berpisah waktu itu. But mak dia besarkan dia dengan cukup kasih sayang. Insyallah.




With mom




With abang

Secara kebetulan hujung minggu. Bawa dia makan di luar. Sebab dia ni suka makan. Rezeki dia ada sponsor kami semua pizza..



Vivo Pizza.

Pizza paling besar. Bukan itu yang dia hendak. Hadiah. Bangun pukul 4 pagi. Datang peluk mak dia.. momee hari ini birthday.. kita beli oligopi. Mak kata ok. Sebenar dah beli dah semua hadiah yang dia suka. Tidak lah mahal pum beli di kedai RM2.00. Janji dia happy.. betul tak?






Hadiah dia lah tu

Seronok bila berkumpul bersama. Few years to come.. maybe kami akan berjauhan. Anak-anak dah makin membesar. Insyallah we still together.





Me and my kids

Sebab hadiah dia banyak dia bagi dia pada abang dia. Ok.. jangan gaduh sudah. Mak luku kepala sorang-sorang. Tapi sampai hari ini nampak ok aje.





Sesi tukar hadiah

Insyallah.. i try my best to be a good mom. Adik.. jadi lah anak yang beriman kepada Allah. Jaga Solat dan iman adik. Insyallah adik akan menjadi manusia paling berjaya di sisi Allah..

Amin

Ok bai

KOPITIAM BALAK, PENGKALAN BALAK, MELAKA



Ada kopitiam.. hoooo.... hooo

Suka-suka.. taste makcik ler tu.. Nama kedai Kopitiam Balak.

Lama sangat keluar dari negeri Melaka banyak benda baru. Dalam perjalanan bawa kakan-kanak gembira sarapan dan mandi laut ke Pantai Pengakalan Balak, nampak kedai ini dekat dengan Masjid Pengakalan Balak. Terus stop. Ok kita sarapan di sini anak-anak.

Dalam hati kata bukan rumah cina ke dulu..? Akak dulu-dulu memang mandi laut kat Pengkalan Balak. Jadi terkejut juga rumah itu jadi kopitiam. Memula-mula sampai was-was lah juga..kedai Melayu atau cina. Pekerja muka melayu.. masuk ok tauke Melayu. Cakap pada kembar.. it goin to be my favourite place for lepaking.

Bila masuk kedai. Woww.. cozy gila. Teringat rumah Lord Of The Ring..Macam dekat oversea pula rasanya. Ada bar counter, tiang di baluti tali sauh dari Amsterdam, lampunya membuai mata.. tapi mengekalkan struktur asal bangunan. Rumah lama kaum cina Melaka. Mengunakan kayu balak..aku masih di Melaka..ok..



Bar Counter





Bilik Atas.. asal ada 3 bilik tapi di ubahsuai




Mengunakan Kayu Balak untuk mengukuhkan bangunan





Budak 3 orang oder makanan..

Meja makan di import dari negara Korea. Nampak atau tidak tiang di balut dengan tali dari jut.. tali itu di import dari Amsterdam.





Bergambar Sementara Menanti Makanan

Banyak juga pilihan untuk sarapan pagi. Sudah tentu pilihan nasi lemak. Hanif dan Hanis pilih nasi lemak ayam.. mak dia pilih nasi lemak sotong. Haris pilih roti bakar.





Nasi Lemak Ayam




Nasi Lemai sotong




Roti Bakar

Harga menarik. Tidak mahal seperti kopitiam yang lain. Dari RM3.00 -RM10.00. Dalam otak siap kira-kira berapa lah aku kena kali ni.. Mau-mau RM40.00.. bila bayar tidak.. fuuhhh ..lega.. boleh shopping. Menu lain yang kami cuba ialah tauhu sumbat ikan. Lain dari yang lain lah...



Tauhu Sumbat ikan dan sambal balak

Tauhu sumbat ini di isi ikan. Sos sambal balak. Manis dan pedas. Hendak tanya tuan kedai lah dia buat macam mana..sedap. Akak ni semua sedap. Korang.. kalau tidak sedap tak kuasa makcik nak cerita dalam blog. Ada kena bash buat hapa..


Koleksi cawan lama tuan kedai


Kalau korang datang bercuti dan mandi laut di pantai Pengkalan Balak cuba singgah kopitiam ni. Ada makan tengahari katanya. Kami pergi pagi jadi sarapan jer. Lain kali datang makan tengahari. Menu western tu... awesome..

Landmark mudah. Dalam pekan Cowboy, Pengkalan Balak.. sebaris dengan masjid. Dari roundabout sebelah kanan dsri sungai tuang sebelah kiri. Senang sangat hendak cari. Korang boleh nampak laut dari kedai dan ada pondok polis depan tu...

Pengkalan Balak ni dekat mana kak...google ler..ayooo... Mai akak bagi..

Taip ..Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka..google ni.. mesti jumpa lah

Lepas makan dah kenyang.. apa lagi gi berendam lah dalam laut

Nanti akak cerita asal nama Pengkalan Balak..ok

Next mission makan tengahari disini

Selamat mencuba

Ok bai

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MELAKA RM4.00

Lama sungguh tidak makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Masa duduk Kuala Lumpur makanan pilihan sebab senang. Pindah Sungai Petani tidak ada pulak. Di Melaka.. makcik jumpa kedai begini apa lagi angkut 1 batalion lah.

Macam biasa hujung minggu jalan-jalan cari makan. Tempat di tuju pasti bandar Melaka. Sebab kat bandar macam-macam pilihan makanan. Sebagai blogger mesti hendak cuba pelbagai makanan baru yang ada. Kawan-kawan mengsyorkan nasi kukus ayam berempah di sebelah UITM Kampus Bandaraya Melaka. Cari punya cari di Jalan Kilang off Jln Munshi..

https://foursquare.com/user/141924715/list/melaka-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah



Billboard Kedai

Kedai betul-betul tepi jalan. Sebelah bangunan Graha Maju, sekarang telah dijadikan UITM Kampus Bandaraya Melaka. Bila ingat-ingatkan semula dekat bus stand lama sebelum pindah ke Melaka Sentral. Banyak kenangan tempat tu..




Ayam berempah

Ayam besar-besar. Tanya pekerja potong berapa. Potong 8 kak... uiihhh puas hati makan. Sebab ayam besar-besar. Selalu jumpa ayam potong 12.. Budak-budak 4 orang ni apa lagi serbu. Si kembar sedap mummy.. nanti datang lagi. Si abang nak tambah lagi boleh? Ayam dengan sos dia sedap. Tapi memang sedaplah. Ayam goreng terasa rempah.





Rempah free... dah goreng hokey


Kita kalau makan ayam goreng rempah tu yang sedap.. rempah yang garing...betulkan? Tauke kedai sudah siapkan 1 bekas rempah dari ayam goreng. Ambil berapa banyak korang hendak makan. Hanif ambil ratah..dalam pinggan dia sudah habis.. malu hendak ambil lagi. Dari pinggan mak juga dia ambil. Maknanya betul-betul sedap. Hanif pemilih sikit orangnya. Bila jumpa sesuatu yang sedap dia akan makan bersungguh-sungguh.






Set ayam goreng berempah


Set ayam goreng berempah berbaloi. RM4.00 tanpa air. Kena bagitau korangn sebab kalau bawa duit RM10.00 boleh makan bedua. Sesuailah bawa awek makan di luar. RM5.00 nasi +air. Makan 5 orang RM25.00, tanpa service tax dan GST. Pasti datang lagi nampaknya. Terkejut mak dengan harga nasi ni. Akak rasa korang sukalah. Masa kami datang ramai pelanggan yang datang. Dari Kuala Lumpur dan Singapura pun ada. Orang cina dan India pun ada. Sebab sedap dan murah. Senang parking dan terletak di kawasan yang senang hendak di cari. Orang ramai tahu sebab Harian Metro dan Sinar pernah buat cerita pasal kedai ini. Memang patut kerna sedap dan berbaloi...




Abang dan adik bersedia untuk makan

Duduk meja depan. Sebelah kaunter mengoreng... fuhh bau baik punya. Bau rempah ayam goreng. Bertambah selera makan. Korang hendak tahu tak? Sos dan kuah lain dari yang lain. Sebab kedai lain akan bagi kuah kari tapi kedai ini lain. Cili bukan sambal belacan tau.. dia pakai sos. Masam-masam, manis-manis.. macam mana nak terangkan yer... korang pergi lah makan sendiri..sudah rasa baru tahu...





Hakim makan tak toleh dah

Tempat duduk mencukupi. Tapi waktu tengahari kena cepat sebab memang ramai orang datang terutama hari bekerja. Kedai di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi - 6.30ptg.


Ayam dan sos cili


Secara kebetulan tuan kedai En Megat.. ada waktu tengahari tu akak pun tanya lah. Sehari berapa ekor abang jual.. dia kata 70 ekor. Hambik ko... 8 cawangan... yang beroperasi sekitar negeri Melaka. Rasa di semua kedai sama sebab ayam di proses satu tempat. Macam KFC lah... so rasa maintainlah di semua kedai dan cawangan dia...😆

1. Pekan sg udang
2. UiTm Lendu
3. Bukit Baru
4. Persimpangan Pulau Gadong-Klebang
5. Taman Perkota, Batu Hampar
6. UTEMT
7. Persimpangan Peringgit
8. Telok Mas.

Konsep kedai ini mudah.. kedai mampu makan. Betul-betul mampu.. korang kalau datang Melaka, korang cari kedai ini. Akak pergi kedai kat Bandar. Ingat landmark sebelah UiTM jalan bandar. Taip jer Uitm Kampus Bandaraya Melaka kat waze mesti jumpa. Kedai tepi jalan.




Makcik hendak makan

Minggu depan lepas abang PT3.. kami datang lagi tau Encik Megat.. syiookk..malam tadi mimpi ayam goreng berempah...

Kalau sesat call En Megat Zainuddin -019 3944743. Dia akan membantu tunjuk arah. Kalau hendak buat tempahan pun boleh. Yang hendak kahwin tidak lama lagi dan sedang memcari kos yang murah. Ini pilihan anda...

Selamat mencuba..

Ok bai..

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...