06 November 2016

PROMOSI BUKU DANISH DAN PAF PASTRI SECARA LIVE DI SURIA FM


Buku Danish dan Paf Pastri terbitan Alaf 21 adalah hasil tulisan Kak Z yang pertama. Macam mana Kak Z boleh terlibat dalam dunia tulisan ini? Kak Z sebelum ini mengajar cara membuat Danish dan Paf  Pastri.  Apabila editor Kak Z menawarkan sesiapa mahu membuat buku, Kak Z menyahut peluang ini. Sebab  di Malaysia masih lagi kurang buku begini di hasilkan. Kalau ada pun tidak di tunjuk langkah demi langkah.


THE BOOK I WRITE


Buku Danish dan Paf Pastri ini mempunyai 30 jenis rasa. Kak Z menunjukkan langkah demi langkah. dari A - Z. Melalui survey yang Kak Z dengan pembeli mereka kata mudah. Secara amnya tidak semua pembeli mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk menghasilkan pastri ini. Alternative kena datang ke kelas. Ramai yang tidak mempunyai kesempatan untuk datang ke kelas. Betul tak? Kak Z cakap melalui pengalaman. Tapi Kak Z sudah belajar membuat danish dan paf pastri semasa menunggu keptusan SPM lagi. Sebab kerja di bakeri. Cikgu pertama Kak Z orang Jepun. Hidup lagi ke tidak orang tua tu? Garang tapi baik semua ilmu dia curah kat kita. Dia pesan.. "practice make perfect".


Macam mana hendak membeli buku ini? Buku ini boleh di beli  di kedai-kedai buku atau secara online http://mall.karangkraf.com/products/DANISH-&-PAF-PASTRI/4208. Harga RM25.00 tapi kalau korang beli secara online RM21.20. 

Apa keistimewaan buku ini?  Buku ini mempunyai jenis pastri bersama dengan 30 resepi. 1. Danish Pastri dan 2. Paf Pastri. 

Apa Danish pastri?


Danish Pastri macam roti berat sebab dia beryis. Beza dia dengan roti ialah roti tidak berlapis. Danish berlapis. Danish pastri orang buat Croissant, Danish loaf dan Cinammon rolls. Inti danish pastri kebanyakkannya manis. inti blueberry, kismis atau coklat.

Apa Paf  pastri?

Paf pastri tidak beryis. Lebih ringan dan berlapis. Kalau korang suka makan Sardine paf  yang berlapis, inilah yang dinamakan paf pastri.




Dalam buku ini korang akan di ajar melipat tepung yang menjadikan pastri korang berlapis. Bukan mengunakan sebarang marjerin yer. Kena mengunakan marjerin khas. JIka tidak, habis pastri korang rosak. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman Kak Z. Sebab Kak Z mengajar. Kak Z tulis setiap detail dalam pembuatan pastri ini sebagai rujukan. Takut lupa kalau lama tidak buat. Kalau tanya cukup atau ilmu yang ada sekarang? Terus terang kata.. belum cukup hendak belajar lagi. 



Bila orang bagi peluang untuk bersiaran secara live untuk promosi buku ini..apa lagi Kak Z ambil. Supaya korang tahu buku ini ada di pasaran  dan korang boleh cuba membuatnya d rumah. Sejak ekonomi macam tan tentu arah ni. boleh buat di rumah. Anak-anak korang mesti suka. Kalau 1 kg tepung banyak boleh dapat. Banyak jenis korang dapat Makan pun puas.

Selamat mencuba.. kalau beli jangan simpan.. kena buat. PRACTICE MAKE PERFECT

Ok bai




SELERA SANTAI AURA.. RESTORAN STEAM BOAT, CHINESE CUISINE DAN DIM SUM



"Adik.. awak dah cuba makan Chinese Muslim di Alam Damai?" Kak ipar Kak Z tanya
"Belum kak.. best ke Kak Tie?"
"Best...kedai kawan akak nanti awak pergilah" Jawap Kak Tie



Akhirnya sampai juga Kak Z ke restoran ni. Secara kebetulan datang ke Alam Damai, Cheras untuk satu cerita lain. Masa datang nampak kedai ni. Apa lagi dalam perjalanan balik singgah lah. Selera Santai Aura nama yang menarik...joom kita masuk. Akak di sambut oleh pemilik restoran . Joanna Nathalia Ti Abdullah.

Nampak simple dari luar. Mungkin Kak Z sampai awal pukul 3 petang. Pelanggan pun tidak berapa ramai. Tapi bila masuk ke dalam meriah. Mereka menyediakan menu makan Cina yang menarik  seperti Dim Sum, Steam boat dan A la carte makanan Cina. Hendak makan apa ni? Banyak sangat. perut lapar tahap gedik selepas interview di Suria FM terus lari ke Alam Damai.Pukul  3 baru hendak Breakfast and lunch. Patut lah berat badan turun...hii.





Kak Z tanya apa makanan yang menarik. Hambik ko, macam-macam dia baginya aku. Dari udang, ketam, daging dan ikan. Makan sampai kenyang. Lain dari yang lain ialah Milk Prawn @Udang susu. Korang mesti ada yang tidak pernah rasa betul tak? Mula-mula tu pelik. Selalu yang Kak Z makan ialah butter prwan atau butter milk prawn. Ini Milk Prawan.  Dalam hati kata " aku tengah pantang sebab tengah ambil vitamin C. ..udang adalah pantang". Sebab hendak mencuba sedap atau tidak. Kak Z cuba 1 ekor. Masyallah sedap ko. Dari satu jadi dua.. terus lima. Balik apa paling garu-garu ler. Doktor suruh minum air lebih. Siap kena marah. Lain kali jangan cari pasal...huuu.. Sedap punya pasal.


Buka setakat Milk Prawan yang Kak Z, ketam cili. Teringat Taeyang Big Bang kata "My Favorite Chilli Crab". Taeyang ko datang Malaysia.. Makcik bawa ko kedai ni.. sedap. Bukan sebab nak promote. Dah sedap cakap sedap lah. Kalau tak sedap cakap tak sedap. Betul Tak?





Joana bagi Kak Z makan Steam Siakap dan juga Shitake brocoli. Makan waktu lapar dan panas. Licin Nasi 1 mangkuk. Habis diet. pakwe call pun tak sedar. Pakwe..I eat a lot .. sorry to say that..." #ehh ada pakwe ke aku ni ..jawapan rahsia..ok bai









Makan tidak berhenti setakat itu sahaja...Nak nangis perut sebab makan lain pulak. Dim Sum. It my favorite. Kalau di Melaka, teringin sangat Kak Z selalu makan di Hotel Ramada Plaza. Sekarang ni kalau datang ke Kuala Lumpur teringin makan Dim Sum boleh datang ke sini.  Senang hati sebab kita tahu kedai ni halal.








Sambil makan berborak panjang pasal dia buka kedai ni. Kak Z nak buat cerita pasal kedai ini dalam surat khabar yang Kak Z tulis. Sesuatu yang menarik. Betul tak? Tengok jam tangan sudah pukul 6 petang. Time untuk balik. Suami Joana @ En. Akhlif tahan tak bagi balik lagi. korang nak tahu kenapa? Suspend juga.. sebenownya dia nak bagi Kak Z cuba steam boat dia. berdebaq hati cheq. Ingatkan apa tadi. Ada steam boat korang tau tak. Ishh.. ishhh.. mana nak sumbat ni? perut den dah kecil tak macam dulu. Tawakal jer lah.. makan juga. Subhanallah sedap. Banyak pilihan dari darat ke laut pilihan untuk steam boat. boleh makan dengan sup atau grill. Anda boleh pilih. Tanya berapa harga Steam boat dia.. RM29.90. Melopong Kak Z, murah sangat. Next time bawa hero-hero datang. Dia orang tak ikut sebab sekolah. next week lah kita datang lagi.






Sebelum Kak Z makan tadi, Sementara tunggu hidangan di masak, Joana bawa Kak Z melihat dart center  di tingkat 1. Berkonsepkan sport center. Ini adalah dart center tanpa alkohol yang di beri Aura Sport Center. Kak Z kan kepochi sikit kalau hal-hal macam ni. Selalu yang kita tahu dart center mesti ada alkohol. Kat sini tak ada. Betul tak? Joanna bagitau Kak Z, mesin dart yang dia ada boleh main online di seluruh dunia. Wooww... menarik. Dia selalu mengadakan games, pertandingan dan ada tenaga pengajar untuk dart ni. Rupanya ada wakil Malaysia ke luar negara. Ini sudah menarik. Cafe ini boleh memuatkan lebih kurang 180 orang kalau hendak membuat majlis hari jadi, jamuan pejabat, pejumpaan atau jamuan persendirian. Ada berani? Kalau hendak cuba korang ke datang sini. Kak Z tak sempat sebab dah lapow sangat. Nanti kami datang lagi..

*HIDANGAN* 

1. Ala Carte Chinese Set
2. Chinese Cuisine Dim Sum 
3. Asian Hawker Style 
4. Double Soup Steamboat & Grill Buffet 
Eat All You Can
FREE utk kanak-kanak 6 thn ke bawah
Dewasa           : RM29.90 Nett
Warga Emas   ; RM18.00 Nett
7thn - 12 thn   : RM18.00 Nett


Lebih dari 120 JENIS MAKANAN STEAM BOAT
Kambing
Daging,Ayam
Ketam
Udang
Mussel
Bamboo Shell
Chocolate Fountain
Popcorn 
ABC



Waktu Operasi 

Selasa-Khamis *1130am-12am*
Jumaat *3pm-12am*
Sabtu, Ahad & Cuti Umum *1130am-12am*
Isnin ~ Cuti
*019 3351969/013 7880187*
65 &67 Jalan Damai Niaga 1
Alam Damai Cheras KL
Fb: Selera Santai Aura
Fb: Aura Sports Academy


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...