05 May 2015

Danish dan Paf pastri..buku tulisan saya

assalamualaikum

alhamdullilah buku ini sudah berada dipasaran. Dapatkan segera.. buku akak yang pertama. boleh didapati di kedai buku atau oder dari pihak karangkraf. harga buku ini ialah RM25.00.





Betulkan pintu kereta yang telah di godek oleh perompak aka pencuri.. kena charge RM30.00 sahaja

assalamualaikum

du ahari kereta tidak berkunci.. sebab tak boleh kunci.. si perompak itu telah merosakkan sistem kunci kereta akak.. alhamdulillah ada keta kakak.. boleh lah pinjam kalau nak kemana-mana

hari bengkel buka baru boleh hantar.. kedai kat pekan masjid tanah.. dah dua- tga kali berurusan dengan bengkel ni.. puas hati kerja kemas.. walaupun dia sorang sahaja yang handle kedai tu.. akak ni susah nak percaya bengkel .. tu kereta suzuki tu tersadai dah setahun dan cost baiki RM5000.00.. bengkal punya hal.. keta import ko jangan suka-suka nak godek.. padan muka haku..

bengkel ni ok.. RM30.00 sahaja dia charge.. sipa betulkan signal kiri yang tebakow..dari awal dia buat.. macam soalan akak tanya.. anak berapa..?saya bulum kawin kak...hii #adachancejadiboplen ku...umur berapa.. 33 thn... haaa.. melepas muda sangat #gataitaksangkalahmakajini

ok berbalik kepada kereta..

tengok gambar-gambar ni cara ia buat satu persatu akak perhatikan.. ok puas hati. next time nak suruh dia repair lain lah..#alasannakpikedaitu.. sebab murahlah..kalau gi proton RM300.00 dalam tangan hokey


















ok bai

Tamatlah riwayat selipar seorang blogger

assalamualaikum


selipar yang jauh perjalananya

harga selipart ni RM14.90. tidak termasuk gst.. sbb beli sebelum gst.. jauh sudah perjalanan selipar ni. perlis., penang, kuantan dan miri..akhirnya tamat juga riwayat sebab wayar dia dah putus 1... hurrmm ganas tuan yang pakai..

oh tidak..dah ajal dia.. nak putus.. betul tak..

kisah selipar ini.. tuan dia memang tak suka pakai kasut tinggi.. selipar ni juga yang dia pakai.. naik kapal terbang pun pakai selipar ni.. selipar ni dah naik MAS, Airasia,Malindo air..adik pun tak dapat macam ni tau..

kalau adik tau momee naik kapal terbang kiamat kecik rasanya.. dari bangun pagi sampai tido malam dia akan bluezz dengan momee dia..

nak gi beli selipar baru jap..

ok bai




Cabut gigi dapat singgit?..huurmmm..

assalamualaikum

masa kita kecil-kecil benda yang paling takut cabut gigi betul tak.. so anak-anak akak pun macam tu.. dari yang abang sampai yang adik.. 1st time jumpa doktor gigi..OMG berperang dalam bilik doktor.. mak juga kena peluk kuat-kuat untuk mudahkan nurse cabutkan gigi korang.. fuuuhhhh.. duduk juga lah mak atas kerusi yang boleh turun naik tu...meraung lah only god know.. kuat yang amat.. satu klinik gigi bergegar..
ke empat-empat anak punya kisah berbeza cabut gigi.. terutama adik yang handsome ni lah..mencabar



dudlu kalau nak cabut kena pergi jumpa dentist.. perang besar akan berlaku.. tapi dah banyak kali jumpa dia ok.. boleh gelak-gelak dengan dentist.. skg cabut sendiri.. mak dia chong dia.. adik kalau adik cabut sendiri.. malam kang pari-pari gigi bagi duit sinngit.. adik letak gigi adik bawah bantal.. dia pun latk lah gigi dia bawah bantal..

hiii.. gogak la pulak..

malam tu dia dah tidur mak ko letak singgit bawah bantal.. dia bangun dengan hati gumbira sebab ada duit singgit.. dia pun tayang duit dia pada abang.. datang si haris.. alaaa.. ko kena kelentong dengan momee.. momee yang letak singgit tu bawah bantal.. haaipppp budak ni.. sekeh baru tau..si hari spun macam tu juga dulu..

so akak nak share kalau nak rasa anak hilang takut cabut gigi try cara ini .. insyallah.. kurang sikit lah rasa takut sambil kita gembirakan dia.. 1 gigi jer tau

ok bai

Mengamalkan bismillah 9

assalamualaikum

hari ni nak share amalan membaca membaca bismillah 9. alhamdullilah semenjak mengamalkan ayat ini banyak urusan akak di permudahkan oleh allah s.w.t dengan izinnya. Contoh dalam urusan  mengawal anak-anak, kadang-kadang anak suka buat hal terutama yang kecil tu suka lah buat perangai.. sbb bongsu kan .. dia ada ngada-ngada lebih sikit macam momee dia kecik-kecik lah...terutama bangun pagi.. klu pagi selalu ada bluezz.. bila dia start blues dia jer.. mak dia diam baca ayat ni 3 kali ulang dan hembus pada dia.. alhamdullilah hilang blues tu.. kepada kawan2 yang ada masalah terutama anak yang over aktif susah nak kawal cuba amalkan ayat ni..  sebelum keluar rumah, bangun pagi.. baca ayat ni dan mohon pada allah dan yakin pada allah.

2 hari lepas akak mengalami kecurian.. bag tangan kena curi dalam kereta.. dari start tahu kena curi hingga dapat akak ulang baca ayat ini.. akak yakin dia kan pulangkan barang akak. alhamdullilah malam tu pencuri tersebut memulangkan barang akak.. tapi tab n purse yang arwah mak bagi tak dapat.. yang penting i/c akak n anak2 dapat semula.. yg lain boleh di ganti.. insyallah



 sumber gambar dari mr google


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
.
.
Fadhilat Bismillah 9
.
Fadhilat ayat  ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:
.
1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
2. Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
3. Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...