14 May 2013

Sardine Rolls with Bread crumbs

Assalamualaikum...

kuih ni senang nak buat klu ada tetamu nak datang..

sedap ni .. kena kalau nak caya sedap atau tidak

bahan:-
1 buku roti - saya guna gardenia bonanza yg besar dpt dlm 24pcs roti

cara buat roti
rolls roti supaya nipis. dan potong dua.

bahan inti:-
1 tin sardine
1 ulas bawang besar
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1 sudu besar gula

cara buat inti:-
1. hancurkan sardine. buang sos tomatonye
2. tumiskan cili boh dgn minyak hingga garing
3. masukkan bawang yg di mayang halus
4. masukkan gula dan garam masak hingga semua rata.

bahan salut:-
serbuk roti
2 biji telur
1 sudu besar tepung yang dibancuh air untuk menjadi bahan pelekat roti.
minyak masak secukupnya

cara
1. isi inti sardine dlm roti lebih kurang 1/2sudu teh
2. gulung hujung di letak tepung gandum supaya melekat.. buat hingga selesai
3. pukul telur dan celup roti kedalam telur
4. celup  pula kedalam serbuk roti
5. goreng dlm minyak panas hingga garing.. jgn terlalu lama takut hangus..

selamat mencuba