02 April 2018

KEINDAHAN PULAU LANGKAWI DARI CABLE CAR LANGKAWI



LANGKAWI CABLE CAR
(Gambar Hakmilik - bharian.com.my)

Selepas travel around the world balik ke Malaysia Impian Kak Z hendak ke Pulau Langkawi. Kawan-kawan Kak Z gelakkan Kak Z, satu dunia dah jelajah, tapi Langkawi belum sampai. Azam ialah menjejak Gunung Mat Cincang dengan cable car. Sebelum ini, Kak Z memang tiada impian untuk menaiki cable car kerana gayat. Tempat yang tinggi seperti Gunung Mat Cincang juga mungkin Kak Z.  tidak akan sampai. Tetapi selepas menaiki cable car di Mount Shosha, Himeji dan cable car di Lantau Island, Hong Kong, Kak Z menjadi berani.  Oleh sebab Kak Z naik di Pulau Langkawi. Korang juga boleh google mengenai LANGKAWI CABLE CAR untuk keterangan lanjut. Perjalanan 15 minit untuk naik keatas. Macam-macam perasaan yang akan timbul. Tengok bawah pun takut. Tetapi bila keadaan sudah selesa baru Kak Z mampu melihat kehadapan dan ke bawah. Memang cantik sebab di bawah ada hutan hujan tropika yang cantik dan pemandang sekliling kearah laut dan hutan. Keadaan ini tidak sama  semasa di Jepun dan Hong Kong. Dalam hati tidak berhenti berdoa jangan takut. Tetapi kecantikan persekitaran menutup segala rasa takut.

Apa ada di Langkawi?

1. Cable Car Langkawi 

Cable car Langkawi untuk sampai ke puncak adalah selama 15 minit. Dalam perjalanan menaiki gunung ke puncak gunung Mat Cincang, kita akan melihat pemandangan ke hutan hujan, pulau kecil dan air terjun Langkawi. 

2. Langkawi Sky Bridge 



SKY BRIDGE LANGKAWI
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Langkawi Sky Bridge adalah jambatan pejalan kaki yang melengkung sepanjang 125 meter. Kita boleh pemandangan Gunung Mat Cincang, Telaga Tujuh dan beberapa pulau kecil yang mengelilingi Langkawi. Terletak 700 meter di atas paras laut, ia hanya boleh di hubungi melalui stesen akhir dari Langkawi Cable Car.

3. Dataran Lang 


DATARAN LANG LANGKAWI
(Gambar Hakmilik - cuti.my)

 Dataran Lang, juga dikenali sebagai Eagle Square, adalah sebuah arca yang menarik 12 meter tinggi helang yang bersedia untuk terbang dipaparkan di atas platform yang tinggi. Menjadi tempat popular untuk melihat feri berlabuh pada waktu petang.


4. Underwater World Langkawi  

Terletak di Pantai Cenang, Underwater World Langkawi menempatkan lebih daripada 500 spesies makhluk laut termasuk anjing laut pelabuhan, penguin rockhopper, seahorses, serta flamingo dan itik mandarin. Salah satu acara utama ialah terowong bawah air sepanjang 15 meter, di mana anda boleh menikmati pemandangan jerung, ikan pari raksasa, dan kura-kura hijau.

5. Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise 

Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise menempatkan lebih daripada 2,500 burung eksotik dari 150 spesies seperti burung kenari, itik, parakeet, burung hantu, helang, toucan, tanduk dan flamingo. 

6. Taman Laut Pulau Payar 


PULAU PAYAR
(Gambar Hakmilik - utusan.com.my)

Taman Laut Pulau Payar adalah tempat yang terkenal untuk snorkeling dan menyelam. Ia adalah kira-kira 45 minit dari Jeti Kuah dan anda boleh mengambil sama ada bot nelayan atau bot laju untuk sampai ke sana. Salah satu ciri-ciri terbaik Taman Laut Pulau Payar ialah Coral Garden, bahagian terpencil yang dipenuhi dengan karang berwarna-warni. Mereka yang ingin meneroka taman itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa (memancing dilarang sama sekali) untuk aktiviti snorkeling.

Negeri Kedah bukan hanya ada Pulau Langkawi sahaja. Tetapi banyak tempat menarik yang lain korang boleh kunjungi. Kedah Lebih di kenali negeri jelapang padi. Terletak di utara Malaysia. Kalau korang memandu kereta dari Jitra ke Sungai Petani, kiri dan kanan jalan di penuhi dengan sawah padi. Selama 3 tahun Kak Z tinggal di Sungai Petani, Kedah banyak tempat yang dapat di lawati. Kedah juga terdapat banyak aktiviti dan pusat pelancongan yang kita tidak ketahui. Kak Z sendiri tidak tahu pada mulanya wujud tempat-tempat menarik di Kedah. Bila jiran-jiran Kak Z cerita, barulah kita tahu kewujudan tempat-tempat menarik ini.  Silalahgoogle https://www.traveloka.com /en-my/travel/malaysia/kedah.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kedah. Dalam  blogpost ini Kak Z akan cerita tempat yang Kak Z pernah pergi untuk korang kunjungi jika datang ke negeri Kedah:-

Antara Tempat Untuk Di lawati

1. Gunung Jerai




KETINGGIAN GUNUNG JERAI DI JERAI RESORT
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Gunung Jerai terletak di Gurun, Kedah. Mengambil masa 20-30minit untuk menaiki gunung ini dengan kenderaan. Jika kita melalui lebuhraya PLUS  dari Sungai Petani ke Gurun atau Alor Star ke Gurun kita dapat melihat  gunung ini di selaputi kabus sangat cantik. Dari Pantai Merdeka pun cantik terutama waktu pagi selepas hujan. Udara di atas gunung sejuk dan segar . Ketika Zaman Sriwajaya Gunung Jerai ini adalah petunjuk kepada para pedagang yang datang berdagang dengan Kerajaan Kedah Lama. Oleh sebab itu, dikaki Gunung Jerai memang banyak candi hindu lama. Tinggalan itu masih kelihatan sehingga ke hari ini. Ketinggian iaitu 1,217 meter di atas paras laut dan merupakan puncak tertinggi di Kedah. Gunung Jerai juga sangat popular dengan pendakian tangga Kenari 1000 tahun yang bermula dari  Hutan Rekreasi Titi Hayun. Terdapat juga taman rekrasi yang lain iaitu Hutan Rekreasi Seri Perigi dan Hutan Rekreasi Sungai Teroi terletak di kawasan itu. Gunung Jerai antara tempat kegemaran Kak Z kunjungi. Kalau bermalam di Gunung Jerai Resort. Aktiviti utama ialah berjoging. 

GUNUNG JERAI DARI PANTAI MERDEKA
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Dari Puncak kita akan kelihatan sawah padi terbentang luas dari Yan ke Alor Star terutama ketika musim menanam padi dan menuai padi. Di satu bahagian kita dapat melihat Pulau Sumatra dan Pulau Langkawi. Terutama ketika hari cerah. Si sepanjang Selat Melaka akan kelihatan Kapal-kapal besar sedang menyeberangi Selat Melaka. Juga pulau-pulau kecel di persisiran pantai Yan. Dari satu sudut yang lain kita dapat melihat Pulau Pinang dan Pantai Merdeka. 


2. Muzium Candi Lembah Bujang.



CANDI LEMBAH BUJANG
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Lembah Bujang di Kedah mempunyai runtuhan purba dan artifak dari tamadun Hindu-Buddha yang hilang. Kawasan arkeologi ini adalah tapak kerajaan Hindu-Budha kuno yang memerintah wilayah ini dari abad ke-4 AD. Lebih dari 50 kuil Hindu dan Buddha atau chandis (atau candi) telah digali dari pelbagai tapak di lembah. Artifak dan peninggalan yang ditemui di kawasan pengalian, sejak abad ke-4, termasuk tembikar tembikar, patung-patung batu ikon Hindu, batu bersurat, alat logam, barang-barang seramik, hiasan, manik-manik dan batu-batu sembahyang. Sejarah Langkasuka dan Sriwijaya banyak berlaku di Lembah Bujang. Lembah Bujang terletak di Daerah Kuala Muda. Kuala Muda ketika zaman Sejarah Kedah Lama, adalah kawasan perdagangan terutama dari India dan Timur Tengah. Mereka menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk kepada mereka untuk datang ke Kuala Muda. Zaman dulu sekitar Kuala Muda memang banyak candi-candi hindu di bina. Tetapi semenjak kedatang Islam dan pertumbuhan masyarakat di sekeliling Kuala Muda, banyak candi ini telah di roboh . Walaubagaimanapun kesannya masih dapat di lihat di Lembah Bujang. Lembah Bujang terletak di kaki Gunung Jerai. Sebuah muzium khas untuk mempamerkan peninggalan lama sekitar Lembah Bujang. Didalam muzium ini terdapat serpihan pinggang mangkung, tempayan dan duit lama yang telah di gunakan ketika zaman perdagang di Kuala Muda. Usaha mencari kesan sejarah masih di jalankan di Lembah Bujang. Semasa Kak Z masih tinggal Sungai Petani, selalu ke Tanjung Dawai, Kak Z dapat melihat usaha pihak muzium mencari kesan-kesan peninggalan masih di jalankan. Bagaiman bentuk candi di Lembah Bujang? Di sekeliling Muzium ada tinggalan candi yang boleh kita lihat. Ada di antaranya yang telah di pindah dan di bina semua di sekeliling muzium ada juga yang memang itu adalah tempat asalnya. 

3. Segantang Garam



RUMAH RAKIT
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Memula dengar segantang garam rasa kelakar pun ada. Sebenarnya itu adalah nama tempat Segantang Garam. Kepada peminat memancing, Segantang Garam adalah tempat yang paling sesuai untuk memancing. Abang Kak Z ada rumah rakit untuk membela ikan di Sungai Kuala Muda. Ini adalah tempat yang selalu kami berkelah. Walaubagaimanapun ini adalah hak persendirian. Korang boleh menyewa chalet terapung di sekitar Segantang Garam, Tangkap Ikan masak boleh terus masak. Ini adalah aktiviti berbaloi bersama kaum keluarga. Kemudahan Chalet ada bilik tidur, bilik air dan tempat memasak. Jadi tidak perlu risau hendak mandi dan tidur kalau menginap di Chalet terapung Segantang Garam.

4. Tanjung Dawai


ARKED TANJUNG DAWAI
(Gambar Hakmilik - orangkedah.com)

Kakak-kakak Kak Z paling suka datang Tanjung Dawai sebab boleh membeli hasilan laut yang di oelh penduduk tempatan. Antaranya ikan bilis, ikan kering dan belacan Kedah. Belacan Kedah sedap buat laksa. Korang tahu atau tidak Tangjung Dawai salah satu tempat pengeluaran ikan bilis. Petang-petang waktu masuk senja, mesti nampak kapal bilis balik dari laut masuk ke Kuala Muda. Sungai Kuala Muda tu Besar tau. Bila kita duduk dari Pantai Merdeka kita akan melihat satu persatu kapal ini masuk. Pada mulanya Kak Z hairan kenapa banyak kapal masuk. Selepas di beritahu oleh abang Kak Z, bahawa itu adalah kapal ikan bilis, rasa teruja. Macam anak ayam masuk reban petang hari. Untuk membeli ikan segar pun boleh kalau korang datang awal pagi atau petang. Tanjung Dawai juga terkenal dengan kedai Makanan laut. Oleh itu pelbagai pilihan kepada mereka yang gemar ikan bakar. 

5. Bisik-Bisik 




BISIK_BISIK SEDANG DI JALANKAN
(Gambar Hakmilik - utusan.com.my)

Bisik-Bisik dalah aktiviti menjual ikan secara berbisik antara penjual dan pembeli. Pasar Bisik-bisik ini terdapat di Kota Kuala Muda. Untung para pembeli jika pandai tawar-menawar. Udang besar, ikan segar dan banyak pilihan. Masa mula-mula Kak Z mengenali pasar bisik-bisk selalu kecewa. Sebab tidak pandai tawar menawar. Bila jiran Kak Z ajar, selepas itu orang kata ‘expert’. Aktiviti ini siapa cepat dia dapat. Pada yang mula datang kesini seelok-eloknya ajar orang tempatan untuk mendapat twaran yang menarik. Pasar Bisik-Bisik  adalah setiap hari di Kota Kuala Muda


ANTARA MAKANAN PILIHAN:-

1. Nasi Ulam 

Di Kelantan nasi ulam di kenali nasi kerabu. Tetapi di Kedah memang di panggil Nasi Ulam. Nasi Ulam adalah hidangan yang unik di mana nasi dicampur dengan sayur-sayuran mentah segar dan bahan istimewa termasuk bunga halia, udang kering, cili padi, timun, buah-buahan dan kelapa parut yang dipanggang. Ia adalah hidangan tradisional yang kebanyakannya dimakan semasa bulan puasa orang Melayu. Nasi ulam ini dihidangkan bersama daging dengan air limau dan gula Melaka.

2. Pulut Inti 


PULUT UDANG
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Pulut Inti atau nama lain pulut udang, Di Sungai Petani, Kak Z selalu beli pulut inti di gerai makcik Simpang Tikam Batu – Teluk Wang. 5 keping RM2.00. Inti dalam pulut udang ini ialah kelapa yang di masak dengan cili, serai, bawang dan udang. Kemudian pulut di isikan inti kelapa tadi dan di balut dengan daun pisang. Di bakar atas bara arang. Tempat lain memang jarang kita jumpa. Memang nikmat. 

3. Laksa Kedah 


LAKSA KEDAH
(Gambar Hakmilik - jkkn.com.my)

Laksa kedah memang sedaplah sebab mengunakan ikan segar. Ikan kembung di Kedah adalah ikan segar untuk membuat kuah laksa. Bila di campur dengan belacan Kedah. Lebih-lebih lagi mee laksa yang di buat sendiri. Jika kawan-kawan cerita kedah memang teringat laksa Kedah.

4. Kuih Karas 

KUIH KARAS
(Gambar Hakmilik - kedahnews.com)

Jika korang ke Pekan Rabu, Alor Star kuih karas di jual panas-panas. Korang boleh tengok macam mana dia buat kuih karas tu. Rasa lemak dan manis. Kuih kena goreng dan berbentuk seperti mee hoon

5. Gulai Nangka 

Gulai Nangka dan daging antara makanan tradisi wajib korang cari di Kedah. Kalau kenduri kahwin biasa kita jumpa. Kalau tidak ada, korang boleh makanan di kedai masak kampung. Sebab ini antara makanan yang sedap mengunakan kari cara orang Kedah memasak. Selkain dari nasi kandar

6. Ikan Bakar 

Ikan bakar pergi mana-mana pun orang suka. Sebab Kak Z duduk di Sungai Petani tempat yang best untuk makan ikan bakar ialah Tanjung Dawai. Sebab Tanjung Dawai adalah kawasan nelayan. Banyak pilihan ikan yang di tangkap oleh nelayan sekitar Tanjung Dawai

Sebenarnya banyak lagi tempat yang Kak Z belum terokai lagi di Malaysia bila melihat  UNSEEN MALAYSIA dihttps://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia. Insyallah ada kelapangan Kak Z akan bawa anak-anak untuk mengunjugi tempat-tempat menarik di Malaysia.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...