Kak Z suka mencuba pelbagai resepi. Jiran sekeliling rumah
akan menjadi juru rasa dan pengomen.mAda positive and juga komen menusuk kalbu. Sabar je la. Hari ini kak z nak share dengan semua resepi
Talam keladi. Resepi ini kak z belajar
dari chef Hasma Noor. Tapi telah diubah mengikut cara kak z. Mudah.. sesuai
dengan kita yang sentiasa sibuk dan untuk berniaga.
Kak z pernah buat kuih talam keladi ini dalam kuantiti yang banyak. Antara 1000 pcs-2000pcs sesekali event. Contoh hari raya. Sebab itu kak z ubah resepi asal supaya mudah untuk kak z buat dan potong. jom cuba buat.
Talam Keladi
Talam
Keladi
Bahan-bahan
A.
Bawah
1. 300gm tepung
beras
2. 1 pek
serbuk santan
3. 1200ml air
4. 2 sudu
kecil garam
5. 100gm
keladi yg didadu dan direbus
Cara
1. Masakkan
tepung beras, serbuk santan, air dan garam.
2. Masak
hingga menjadi som-som dan masukkan keladi.
3. Masukkan bahan
ini kedalam Loyang 10 x 10 inci tekan
dan ratakan
B.
Atas
1. 500 ml air
2. 300ml
santan
3. 4 biji
telur (A)
4. 200gm gula
5. 250gm
tepung gandum
6. ½ sudu
kecil garam
7. ½ sudu
warna ungu
8. ½ sudu
perisa keladi
Cara
1. Pukul telur
dan gula
2. Masukkan
santan, gula, tepung, pewarna, perisa dan garam kacau rata dan tapis.
3. Panas
periuk disisi air hingga mendidih
4. Double
boiler bahan tadi hingga berkilat
5. Masukkan
bahan ini diatas som-som dan kukus selama 20-30min
Insyallah jadi. Tiada apa rahsia tersembunyi. Ikut setiap langkah. Kak z mahu ilmu ini dikembangkan supaya resepi kuih talam ini tidak hilang. Secara
tidak langsung ‘generate income’.
Ok bai