10 May 2016

Tempahan Awal Buffet Ramadan Di Seri Pacific, Kuala Lumpur


Bulan Ramadan pada tahun ini akan bermula pada 7hb Jun 2016. Pasti Ramadan ini ramai mencari tempat sedap dan menarik untuk berbuka Puasa di Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau membuat tempahan dari sekarang anda boleh mendapat haga yang murah dari biasa.


Image result for seri pacific hotel

Buffet Ramadan Seri Pacific, Kuala Lumpur

Joom berbula di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Hotel Seri Pacific terletak bersebelahan dengan PWTC. Hotel Seri Pacific menyediakan lebih dari 120 jenis hidangan bagi juadah berbuka puasa. untuk Buffet Ramadan tahun ini.Buffet Ramadan di Seri Pacific, Kuala Lumpur, berharga RM98.00 nett kepada dewasa dan RM49.00nett untuk kanak-kanak.dari 5 Jun – 6 Julai 2016.  Tempahan sebelum 15 May 2016 akan mendapat potongan harga dan buffet berharga RM70.00.

Juadah buffet Ramadan ini di sediakan oleh Chef Azman Bin Jemangin akan menyediakan makanan Melayu berkonsepkan 'Nostalgia Lama' untuk memenuhi citarasa  pelanggan. Chef Azman berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang makanan melayu. Walaupun hanya 5 bulan di Seri Pacific tetapi  beliau telah berkerja di banyak hotel di seluruh Malaysia. Gambar Di bawah adalah antara hidangan yang akan di sediakan Chef Azman.


Masak Ikan patin Asam tempoyank Tun Teja


Masak Lemak Ketam Nenas Madu

Masak Sambal Petai Udang

Masak Asam Pedas Tulang Seri Pacific


Mee Udang Zende

Kerabu Mangga Meletop

Kerabu kaki Ayam

Masakan yang chef sediakan akan mengingatkan kita berbuka puasa di kampung halaman . Chef Azman akan menyediakn masakan melayu lama seperti masak lemak ketam madu 3, ayam masak Palembang, NAsi biryani, Daging salai berempah dan pelbagai jenis kerabu. Chef Azman di bantu 4 orang chef di bawah kendalian beliau.

Persediaan untuk buffet Ramadan telah bermula 2 bulan sebelum Ramadan. Walaubagaimanapun menu untuk Ramadah ini telah disediakn 6 bulan terdahulu.  Chef Azman tidak mahu pelanggan merasa kecewa jika makanan yang disediakan tidak sedap. Chef yang pernah memenangi anugerah Chaine de rotisue mahu setiap pelanggan merasa puas dan akan kembali semula menikmati makanan yang beliau sediakan.

ok bai

Noted:- 

  1. Buffet Ramadan  di Pacific Ballroom berharga RM98.00 nett kepada dewasa dan RM49.00nett untuk kanak-kanak.dari 5 Jun – 6 Julai 2016.  Tempahan sebelum 15 May 2016 akan mendapat potongan harga dan buffet berharga RM70.00.
  2. Buffet Di Zende Restaurant pula RM128.00 nett dewasa dan RM64.00 nett untuk kanak-kanak. Bermula dari 8 Jun – 4 Julai 2016


Address:- Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia  http://www.seripacifichotel.com/location/

Tempahan : +60 3-4042 6555

Gambar hotel terima kasih kepada Cuti Malaysia.

Tag: Seri Pacific Malaysia, Buffet Ramadan, Paficic Ballroom, Zende Restaurant, 

Blogger Muda..Abang Hakim dalam Berita Harian



Masa Kakak Farah Dafri masuk suratkhabar nampak dia posisi belakang aje. Frust katanya. Momee dia bagitau insyallah kalau ada rezeki abang keluarlah suratkhabar. Tu dia artikel pasal dia sorang yang keluar. Meloncat sampai tingkat 23 The Straits Hotel and Suites.Terpampang gambar dia sorang. Bila baca balik. Gambar mak dan adik-adik pun ada. Mak tumpang glamer anak..hii

Rasa bangga? Kalau kata tidak.. nampak sangat bohong. Bangga juga lah. Sebab anak kita di beri peluang masuk dalam surat khabar. Satu sekolah tau. Glamournlah dia sekejap. Kak z sengaja beri dia pendedahan awal dengan dunia blogging. Supaya dia buka mata dan luaskan cara pemikiran dia. Setiap kali pergi berjalan dia akan belajar benda baru. Begitu juga dengan adik-adik dia.

Kak z tetap monitor apa dia yang buat. Masih bawah umur. Mencari identity dan tidak mahu dia terjebak dengan anasir negatif. Dalam keratan akhbar tu dia mengatakan mahu memberi maklumat kepada kawan-kawan dia. Maklumat yang mahu disampaikan ialah gaya hidup trending anak muda dan juga tempat-tempat dia pernah pergi. Bagus..pandai dia cakap.

Ada kematangan dia di situ. Serius kak z katakan.. dia mula matang. Mungkin dari kecil tiada ayah. Mak pula sorang diri, kak z ajar dia berdikari. Kalau kak z demam, dia akan masak untuk kak z dan adik-adik. Percaya tak? Kena percaya. Umur 16 tahun.. dia pandai buat kuih koci tau.. kak z pernah bagitau kalau belajar oversea kuih ini boleh buat jualan part time. Sungguh.. ibu duit tu..

Kak z harap dia jadi anak yang soleh. Baik dan bertanggung jawab. Kak z tau dia sayang mak dia. Walaupun tidak tunjuk dalam diam dia concern pasal mak dia. Momee kalau ada lelaki gatal kacau bagitau hakim.. hakim silat kan dia. Boleh gitu? Huurmmm.. melepas mak nak cari pakwe..tapi dia tau mak dia baik..

Ok bai

Cheezy bun..Step By Step


Kak z pernah mendapat tempahan 500pcs Cheezy bun. Oven kak z hanya 1 try sahaja. sekali masak boleh muat dalam 20 pcs bun yang panjang. Tanpa pembantu. Macam mana hendak buat? Setiap masalah ada jalan penyelesaian betul tak? 

Bahan mentah wajib cukup. Mudah untuk untuk menguli. Kita kena kira setiap Kilogram tepung berapa biji bun kita boleh dapat. Berat doh kak Z adalah 45gm Dapat lebih kurang 35 biji bun. Macam mana boleh dapat anggaran 35 biji bun? Bila setiap hari kita buat roti kita buat catatan lah sayang oiii. Modal tepung berapa, gula, telur dan bahan mentah yang lain. Kalau tidak tahu modal macam mana kita hendak bagi harga. Bila kita hendak membuat bun dalan kuantiti yang besar kita perlu kira supaya tidka rugi bahan mentah. Bahan mentah boleh tahan mahalnya sekarang. Ok anda semua boleh cuba dan try resepi Kak Z ni yer.

Cheezy Bun





Resepi 

untuk bun

1 kg tepung high protien
200gm gula pasir
2 biji telur
10gm garam halus.. ..jgn kasar tercekik nak makan..
25gm yis
5 gm bread improver - bukan softener
5gm double action powder - jual kat kedai bahan bakery
600ml air sejuk + ais
100gm shortening
2 sudu besar susu tepung + 50ml air utk wash/sapu atas roti

cheezy

cheese cheddar - ikut suka hampa lah nak byk mana
gula pasir utk tabur
serbuk basil.. ada jual kat tesco.. korang mesti jumpa lah. dia tulis basil hancur @ basil flake  harga RM2.99.. jgn tanya lg baca betul betul BASIL..

cara
1. uli semua bahan  kecuali shortening
2. setelah rata baru masukkan shortening
3. biarkan dlm 10 minit
4. selepas itu uli kecil2 dan biarkan 5 min
5. masukkan kedalam paper cup dan biarkan hingga kembang
6. washkan dgn susu tadi
7. parutkan cheddar.. ikut suka jenis apa dlm pasaran kraf ada, bega ada, anchor ada lain2 tak hingat doh den
8. taburkan gula dan serbuk basil
9. bakar selama.. kekuningan sbb hakak tak pernah nak timing roti haku.. kuning dah masak lah.. coklat hangit .. jgn hitam itu hukumnyer rentong..
10. sedia utk ngap ngeep ngoop


Teknik... follow step by step insyallah kerja anda mudah..



 1. doh 40gm perlu di bulat2 kan 


2. bujur kan doh bulat tadi dan biarkan 5 min


3. panjangkan doh yang bujur tadi ikut ukuran cup anda dan biarkan 5 min

4. leperkan doh yang di panjangkan tadi dengan mengunakan roller

5. masukkan kedalam papercup.. panjang.. sebab ini teknik panjang yer


6. Wash kan doh dengan susu @ telur.. saya guna telur


7. taburkan cheese cheddar yang telah di parut.. berapa byk ikut suka lah


8.taburkan gula pasir  ..berapa byk pun ikut suka lah


9.taburkan  basil flake..berapa byk pun ikut suka jugak lah




10. setelah buat setiap langkah di atas.. ambil dan susun dlm dulang pembakar
tunggu naik/kembang baru bakar hingga kekuningan



gambar kecik sebagai rujukkan

#daridiakitadatangkepadadiakitakembali

ok bai.. 

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...