19 July 2013

Seri Muka Batik


Assalamualaiukum,

Seri muka ini mengunakan pulut hitam. di panggil seri muka batik mungkin kerana berbelang putih hitam

selamat mencuba..!!

Seri muka batik

Resepi:-

Bahan bawah

400gm beras pulut
100gm pulut hitam – rebus hingga kembang dan tapis
100ml santan
100ml air pulut hitam
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air pulut hitam dan garam hingga masak
3.       Gaul pulut yang telah dikukus dengan pulut hitam hingga rata
4.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
5.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula pasir
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air
10 helai daun pandan .. kisar bersama 700ml air
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..

5.       Potong apabila sejuk.

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...