02 July 2013

Popia Basah

Assalamualaikum..

image - majalah rasa


Popiah Basah

Bahan kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
2 1/2 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar minyak
Sedikit garam

Cara:
  1. Satukan semua bahan2, blend supaya tidak bergentel.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4. Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
  5. Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
  6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan


Bahan inti:

1 btg carrot hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
1 biji sengkuang hiris halus
1 biji bawang besar mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
3 batang daun bawang-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
  2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Bahan untuk sos:

100gm cili boh
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1/2 cawan gula
1 sudu besar gula perang
1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
Sedikit cuka dan garam

Cara membuat sos:

  1. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
  3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
  4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
  5.  


Bahan sampingan:

2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara penyediaan:

  1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
  3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
  4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment