20 July 2013

Bingka ubi..

Assalamualaikum,

masa ke pasar tani di pekan baru sg petani.. terpikat pulak trengok ubi yg cantik.. terasa nak buat bingka ubi. inilah hasilnya


resepi

bahan:-

1.4kg ubi kayu parut
1 cawan air sejuk
2 3/4 cawan santan
480g gula pasir
3 sudu makan tepung jagung/sago
3 biji telur 
3 sudu makan marjerin
1 1/2 sudu teh vanilla
1 1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

cara:-

  1.  Panaskan oven pada suhu 175 degrees C
  2.  sapukan  marjerin pada sekeliling dan bawah tin pembakar (9 x 9 x 3) dan alaskan dengan kertas minyak/parchment paper.
  3. Campurkan ubi parut dan air sejuk. Gaulkan hingga rata. Kemudian perahkan ubi kayu dengan menggunakan kain muslin dan perapkan airnya selama 1/2 jam. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buangkan airnya. Ambil sagu yang telah mendap tadi dan gaulkan bersama ubi kayu yang telah diperah tadi gaul hingga rata dan ketepikan.
  4. Santan, gula, tepung jagung, telur,butter, vanilla dan garam di satukan. Dengan menggunakan whisker, kacau hingga sebati. Masak hingga panas sahaja (jangan biarkan mendidih). Campurkan adunan santan yang masih panas dengan ubi kayu tadi dan aduk hingga sebati. Masukkan pewarna kuning dan aduk lagi.
  5. Tuangkan adunan ubi kayu tadi kedalam tin pembakar dan bakar selama 1 - 1/2 jam atau hingga permukaan kuih garing. Sejukkan dulu sebelum di potong. 



selamat mencuba

2 comments:

  1. sedapnya bingka ubi...tp perut ni berangin je selalu, kalo mkn sekeping je boleh kot..kan..hihi

    ReplyDelete
  2. Dah makan 1 keping nak lagi... SBB sedap

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...