19 July 2013

Talam ubi kayu

assalamualaikum,

talam ubi.. antara koleksi resepi dlm simpanan saya masa sy mengajar membuat kuih talam dulu. cuba yer


Talam ubi

A.      Lapisan bawah

Bahan:-

I kg ubi kayu – kisarkan ubi kayu dgn 1 ½ cawan air – (perah atau tapis untuk buang air) dapatkan 600gm ubi kayu parut.
30gm tepung jagung bancuh bersama  1 cawan air
300gm gula masak dgn 2 cawan air buat air gula

1 sudu teh pewarna kuning
2 sudu makan tepung beras

Cara-
1.       Campurkan air gula, tepung jagung, tepung beras, air dan ubi kacau hingga pekat .
2.       Tuang kedalam Loyang dan kukus 30 min

B.      Lapisan atas

Bahan
90gm tepung beras
2 biji kelapa dapatkan 1200ml santan
30gm tepung kacang hijau
1 sudu the garam
Cara:-
1.       Bancuh  bahan tersebut hingga sebati
2.       Double boiler dan kacau hingga naik wap
3.       Tuang atas ubi biarkan hingga masak

No comments:

Post a Comment