01 July 2013

Kuih Tako

assalamualaikum,

sempana hari raya ni ramai tercari resepi sepanjang bulan puasa...
 cuba kuih tako.. simple dan senang


image copy - www.jennyong.co.uk



Kuih Tako

Bahan - bahan

Lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee /tepung kacang hijau
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang cina- dibersihkan dan dipotong dadu

Lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas-bekas kecil sebagai acuan

Cara - cara

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment