19 July 2013

Seri Muka Gula Merah


Assalamualaikum

Lagi 1 resepi seri muka.. mengunakan gula merah..


Seri Muka Gula merah

Resepi

Bahan bawah:-

500gm beras pulut
100ml santan
100ml air
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air dan garam hingga masak
3.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
4.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas:-

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
250gm gula pasir
100gm gula merah – masak dahulu
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air dari gula merah yang masak terlebih dahulu tadi
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..
5.       Potong apabila sejuk.



No comments:

Post a Comment