oleh kerana nak makan sesuatu yg berkhasiat.. ada tempe, kentang dan ikan bilis so terjadilah lauk ini..
goreng cabai
kalau orang kl.. panggil cabai - cili atau lada. dah duk kedah ini keluar lah ayat cabai. tapi tempe memang susah lah nak cari. makanan kegemaran tu. dari kecik dah diasuh makan tempe.. pergi sampai hujung dunia pun tempe ni susah nak tinggal.
tempe
kentang pula mana-mana pergi pun ada. senang nak cari. tapi ada macam2 jenis. tapi di malaysia tak ada ditanam kentang. semua di import. kentang masak apa2 pun sedap
kentang
ikan bilis beli kat tanjung dawai. senang nak dapat. macam2 grade. ada diimport ada tempatan.
ikan bilis
gabungan tiga benda ini jadi lah lauk tadi.. tapi nak gabi nama apa yer.. dalam FB komen lauk campak2 .. boleh gitu..
bahan:-
Bahan A
1 keping tempe - goreng
2 biji kentang - hiris goreng
segenggam ikan bilis - basuh dan goreng
1 ulas bawang besar dihiris halus
bahan B
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili boh
minyak masak untuk menumis
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula.. gula dan garam ikut rasa rasa klu rasa kurang tambah
cara:-
1. tumis barang A.. dah garing masukkan gula dan garam agak dah hancur masukkan bahan A.
2. kacau rata dan masukkan bawang..
sudah siap dan selamat mencuba
No comments:
Post a Comment