10 June 2013

Bread and butter puding with cream custard sos

assalamualaikum..

hari ni suka sgt boleh share sbb byk oder.. so tangkap gambar byk2 utk blog sy.

bread and puding with cream custard sos... senang, cepat dan murah utk dihidang kpd tetamu
 masih panas dan baru keluar oven


disiram dgn custard sos

bahan

8 keping roti- potong 4
5 biji telur A
200 gm butter
500ml susu cair
kismis
secubit serbuk kayu manis

cara:-

1. sapukan butter pd roti depan dan belakang susun dlm tempat pembakar satu persatu
2. pukul telur mcm buat telur dadar dan campurkan susu dan  garam
3. taburkan kismis.
4. tuangkan bancuhan telur susu tadi hingga roti tenggelam
5. baki butter potong kecil dan di tabur roti tadi
6. tabuskan serbuk kayu manis supaya pudding kita berbau harum
7. bakar suhu 180c hingga kekuningan.. biarkan sejuk

sedap dimakan bila sejuk

bahan sos;-

2 sudu besar custard
50gm gula
500ml susu cair
secubit garam

1. campurkan semua bahan dan masak atas api
2. hendaklah sentiasa kacau supaya tidak hangit
3. bila sudah berbuih tutup api
4. biarkan sejuk dan bila hendak makan curahkan atas pudding tadi.


selamat mencuba