10 June 2013

Kek Kukus Buah

Assalamualaikum..

kek kukus  ada banyak version. klu di negara mat salleh mereka mngunakan bahan campuran Rum untuk mengekalkan ketahanan kek tersebut. kek ini akan dihidangkan terutama pada hari  krismas. hari ini saya hendak share kek ini yg halal. tidak mengunakan bahan yg memabukkan. kalau kek ini dijual dipasaran harganya RM60.00..


Fruit Cakes

kek yang telah dipotong

kek ini lembap dan terasa banyak buah


Bahan-bahan
Bahan A:-
250gm butter anchor
350gm gula pasir
60ml air
500gm buah-buahan campuran
200gm gram kacang walnut

Bahan B - diayak
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan C
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1.       Masak gula hingga keperangan dan masukkan air perlahan-lahan biarkan sebati .
2.       Masukkan butter sehingga cair
3.       masukkan buah-buahan campuran dan kacang walnut dan kacau rata biarkan sejukkan.
4.       Bila sejuk masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
5.       Pukul telur dan esen sehingga kembang
6.       masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
7.       Masukan kedalam Loyang dan tutup dgn plastik film atau plastic yg diikat. Pasti tidak terbuka ketika mengukus.
8.       Panaskan kukus. Kukuskan selama  4jam. Jgn buka tudung pengukus ketika mengukus .
9.       Jika mahu tambah air gunakan air panas supaya wap panas tidak menganggu texture kek ketika masak.
10.   Pastikan kek di potong ketika betul2 sejuk.


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...