27 June 2013

masak lemak ketam dan rebung

assalamualaikum

masak lemak ketam sedap untuk lunch.. campur dengan rebung lagi manis

rupa ketam yang saya guna

ketam


ketam dah jadi lauk.. lemak ketam dengan rebung

bahan

1/2 kg ketam.. saya guna ketam nipah rebus dulu..
400ml  santan pekat
400gm rebung
2 keping asam keping/gelugor
air
garam secukup rasa

bahan kisar

sebesar ibu jari kunyit hidup
10 ulas cili padi
1 ulas bawang besar

cara

1. ketam rebung asam keping dan bahan kisar di masak dulu hingga rasa asam naik
2. masukkan santan kacau biarkan mendidih tutup api

boleh hidang.. sedap kalu ada ikan kering, ulam2 dan sambal belacan

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment