17 February 2015

Kuih bakar berlauk

assalamualaikum

resepi saya belajar dengan guru hakak 10 tahun dulu.. hakak buat dan practice untuk mendapatkan yang sedap dan cantik. ikut kesesuain diri kita sendiri. hari ni nak share resepi.. esok boleh cuba..


kuih bakar berlauk

resepi

bahan inti:

500gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari daging.. saya suk guna adabi
1 biji bawang besar
daun kari
gula
garam

cara:

1. tumis bawang yang telah di hiris halus
2. masukkan serbuk kari kari dan daun kari kacau hingga naik bau
3. masukkan daging, gula dan garam secukup rasa
4. masak hingga daging garing
5. bila masak ketepikana dan biarkan sejuk

bahan tepung:

500gm tepung gandum
500ml santan
500ml air
4 biji telur
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
2 sudu besar susu tepung
minyak masak


cara:-

1. gaul semua bahan dan kisar
2. tapis dan biarkan selama 1 jam

bahan hiasan

1 biji bawang besar - hiris
3 biji cili merah - hiris
daun bawang secukup hiris

cara:-

1. panaskan acuan kuih bakar atas dapur 
2. tuangkan 2 sudu besar minyak masak
3. biarkan betul-betul panas...tanda panas berasap.. kecilkan api
4. tuangkan adunan tepung 3/4 acuan.. wajib betul-betul panas.. dia akan berbuih di tepi acuan
5. isi kan inti daging, bawang, cili da daun sup
6. tutup dengan tudung periuk 
7. pastikan api dapur paling kecil...biarkan separuh masak
8. angkat masuk kedalam oven
9. suhu bawah 140c dan atas 200c.. ikut kesesuaian oven anda
10. biarkan garing angkat dan keluar dari acuan jika tidak akan melekat

tips.. minyak yang sesuai adalah bekas dari minyak goreng tepung

selamat mencuba

ok bai


No comments:

Post a Comment